Tuesday, December 2, 2014

Bloggers Bengang



BERITA BENGANG
Najib kata 'bangang', apa komen Kadir Jasin
KUALA LUMPUR: "Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah 'bangang' yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin," tulis Datuk A Kadir Jasin.


Tokoh Wartawan Negara itu menyatakan demikian menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan penggulungan Najib pada perhimpunan agung parti itu semalam yang menggelarkan blogger upahan Umno sebagai bangang.
Berikut tulisan penuh beliau.
PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.
Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.
Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.
Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.
Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."
Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)
Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.
Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.
Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.
Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.
Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.
Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.
Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.
Wallahuaklam.
HARAKAHDAILY , 30 November 2014.

Sunday, October 20, 2013

TRANSFORMASI...& MEREMAJAKAN UMNO!!!


Berakhirlah sudah Pemilihan UMNO 2013 yang dinanti-nantikan oleh bukan sahaja ahli UMNO malah seluruh rakyat Malaysia.
Seperti yang sedia maklum, sejak Dato Seri Najib jadi PM, maka berbagai slogan telah kita dengar. Antara slogan yang cukup popular ialah 1Malaysia dan TRANSFORMASI. Jika mengikut kamus, transformasi membawa maksud penjelmaan atau biasa juga kita dengar ramai yang menggunakan maksud re-branding.
Sejak dari sebelum PRU13, rakyat menantikan apakah re-branding yang cuba dibawa oleh UMNO yang diterajui oleh Najib. Rakyat menanti kerana rakyat merasakan UMNO sudah teruk tercalar dan meletakan harapan yang tinggi kepada Najib untuk membawa perubahan dalam UMNO dan mengembalikan keyakinan mereka kepada parti yang mewakili orang Melayu.
Namun sayang seribu kali sayang, bila berakhirnya pemilihan parti semua impian dan harapan tinggal menjadi sesuatu khayalan...Pemilihan tiada maknanya kerana hampir semua pemegang jawatan masih lagi otai-otai dalam parti. Agak sedikit ruang untuk orang-orang yang punyai idea untuk meremajakan UMNO.
Dengan barisan kepimpinan yang masih merupakan muka lama, pemikiran yang mungkin sudah sampai tahap 'tepu' apakah mereka masih mampu untuk berhadapan  dengan cabaran yang semakin hebat?
Mampukah mereka bersaing dialam maya yang merupakan salah satu alat yang dilihat mampu mempengaruhi pemikiran rakyat sedangkan dikalangan pemimpin ini akaun FB pun dikendalikan oleh orang lain. 
Maka, pemilihan kali ini tiada yang 'special' malah boleh dianggap sekadar untuk melengkapkan dan memenuhi peraturan dan pelembagaan parti.

Thursday, May 30, 2013

MEMINTA JAWATAN...


Dua orang lelaki meminta
Rasullullah menberi mereka jawatan,
maka Rasullullah S.A.W menjawab:
Kami tidak akan melantik mereka
yang meminta dan inginkan jawatan!!!

(Riwayat Bukhari)