Sunday, May 26, 2013

BLACKOUT 505


Semalam aku berpeluang mengikuti perhimpunan BLACKOUT di Petaling Jaya. Masa kat Kelana Jaya hajat tak sampai sempat sampai Damansara jer...jem teruk dari hingway PLUS dari Sungai Buluh lagi. 
Masa kat Ipoh pulak aku duk kat Langkawi atas urusan kerja. Sambil mengambik gambor, sempat juga le aku bersembang dengan beberapa orang yang turut hadir di perhimpunan tersebut.
Kalau sebelum-sebelum ni, majoriti orang melayu yang ramai tapi perhimpunan BLACKOUT ni semua bangsa turut terlibat. Yang menariknya, kaum cina paling ramai. Berbagai lapisan umur turut menyertai. 
Dalam sembang-sembang dengan mereka, bermacam cerita dapat dikongsikan berdasarkan latarbelakang mereka ni.
Rata-ratanya berpendapat PRU13 ni merupakan kemuncak kepada kemarahan mereka terhadap pemerintah serta SPR.


Mereka ni ramai yang menaruh harapan yang teramat tinggi dalam PRU13 kerajaan bertukar kepada PR dari BN. Mereka merasakan pemerintahan kerajaan dibawah pentadbiran BN sudah terlalu lama dan sudah banyak perkara yang mereka mahukan perubahan tidak berlaku sepanjang BN memerintah.


 Mereka menanti dengan penuh harapan pada malam Ahad 5hb 5.2013 impian dan harapan mereka menjadi kenyataan namun semuanya hancor berkecai kerana perancangan terapi dari pihak BN untuk memastikan mereka terus memerintah.
 Dikalangan meraka, ada yang mengharapkan kos sara hidup dapat dikurangkan dengan bebanan yang semakin meningkat pada setiap hari. Harapana mereka kalau PR memerintah, barang keperluan harian dapat diturunkan dengan penurunan harga petrol.
Dikalangan mahasiswa, mereka menanti detik 5/5/2013 dengan harapan PTPTN dapat dihapuskan seperti yang tercatat dalam manifesto PR.
Dikalangan peniaga-peniaga samada kecik mahupun besar, ada yang sudah pasang angan-angan nak tukar kereta baru sebab kalau PR memerintah, harga kereta akan diturunkan.

 Namun semua harapan hancur berkecai apabila mereka mendapati PRU13 dicemari dengan berbagai penipuan yang membuatkan BN terus berkuasa. Memang agak pelik PRU kali ni, dengan sistem yang serba canggih dan maklumat hanya dihujung jari tapi keputusan yang diumumkan semakin lewat sekiranya dibandingkan dengan PRU12.


Pelbagai insiden telah dikenalpasti dikebanyakan tempat sepanjang PRU13 yang lalu. Antaranya ialah:

Terdapat dibeberapa pusat mengundi, lampu telah dipadamkan berperingkat-peringkat. Pada aku ni bukan kerja TNB tapi ada tangan syaitan yang telah melakukannya demi memuaskan nafsu pemimpin politik yang takut dengan kekalahan.

Juga terdapat dibeberapa pusat mengundi, Pooling Agent dan Counting Agent diminta meninggalkan peti undi selama satu (1) jam dengan alasan meminta meraka supaya solat dulu dan hanya akan mula mengira sejam kemudian. Sungguh mulia para petugas SPR dan beberapa orang POLIS tapi rupanya mempunyai hati yang sangat busuk!!!

Terdapat dibeberapa tempat mengundi, warga asing telah ditangkap sewaktu berbaris ditempat mengundi.

Dakwat yang didakwa kekal namun terdapat beberapa bukti menunjukkan dakawt ni tak kekal selama mana pun. SPR bebelanja besar untuk dakwat kekal ni tapi sirap ros lagi tahan lama...beli kat kedai mamak jer. 

Kesimpulannya, rakyat sudah tidak percaya dengan sistem pilihanraya diMalaysia ni dan mereka tidak sanggup lagi untuk menunggu sehingga PRU14 kerana mereka cukup yankin PRU14 juga akan penuh dengan penipuan.
Maka mereka pun berhimpun dengan satu matlamat...PRU13 mesti dibersihkan. SPR mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan beberapa kejadian yang tidak diingini.

Mereka mahukan pilihanraya diadakan semula...



Friday, May 24, 2013

LEMAH IMAN...


Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. 
Jika ia tidak mampu,ubahlah dengan lidahnya. 
Jika ia tidak mampu, ubahlah dengan hatinya. 
Itu merupakan selemah-lemah iman.

(Riwayat Muslim)

Sunday, May 19, 2013

AMANAH...


Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah menjaga rakyat 
(orang bawahan)
Kemudian ia meninggal dalam keadaan menipu
Allah mengharamkannya daripada memasuki SYURGA

(Riwayat Bukhari & Ad Darimi)

SIAPA FUNDER AKU???




Salam Sejahtera...

PRU13 dah berlalu hampir 2 minggu namun cerita pasal aku bertanding calon BEBAS di N43 DUN Sungai Rapat belum reda nampaknya. Rata-rata di dalam DUN dan terutamanya dikalangan segelintir orang UMNO masih tertanya-tanya sapa funder aku termasuk le calon BN yang kalah kat DUN Sungai Rapat. Patutnya bekas YB tu muhasabah diri, fikirkan kenapa dia kalah walaupun dah 2 penggal jadi YB...bukannya duk sibuk memukul canang merata kononnya dia tau sapa funder aku bertanding.
Sedarlah...selain lebih 20 ribu pengundi di DUN Sungai Rapat dah bagitau melalui undi yang depa tak suka pada x YB, seluruh Malaysia juga tak gemorkan x YB tersebut. Tu belum masuk dema-dema yang koje dalam Pejabat MB Perak...
Jadi aku cuma mengambil kesempatan untuk menyatakan aku mewakili mereka-mereka yang tak gemorkan x YB dan juga kuncu-kuncu nyer. 
Soal funder, aku nak kabo...kawan2 aku diseluruh Malaysia telah membantu aku dari segi kewangan waima dari Sabah pun membantu untuk menewaskan x YB ni...
Jadi tidak timbul cerita kononnya Dato KB UMNO Gopeng yang jadi funder aku...bior le X YB yang tak berapa nak cerodik dan cuba nak menyalahkan orang lain pasal dia kalah, jangan le segelintir orang kuat UMNO pun nak jadi bodoh membuat tuduhan melulu kononnya Dato Hamzah menaja aku tanpa bukti. Jangan le jadi bodoh sombong...kalau UMNO tu kuat takpe le juga nak cantas merata...ni udah le UMNO tu nak mampus, yang ada dalam UMNO pun nak ditendang keluar...

AL FATIHAH...



Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Sharudin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai yang juga merupakan calon BN DUN Selinsing...Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang beriman dan beramal soleh...AL FATIHAH!!!