Saturday, June 13, 2009

KHAS UNTUK ONG TEE KEAT




4 comments:

Anonymous said...

Perjuangan bangsa melayu telah di tikam oleh bangsa melayu yang berugama ISLAM itu sendiri. Bangsa lain mengambil kesempatan atas pergolakkan yang melanda. mintak itu, mintak ini. adakah kenyataan saya bersifat racis? bagaimana perkataan yang nak bawak balik chin peng? tak ke racis juga nak perjuangkan seekor cina yg kejam? buta sejarah, buta hati, fanatik dan buta keamanan! Maaf cakap kepada pemimpin bangsa lain.. siapalah anda tanpa orang melayu. nothing!

tabtibau said...

wahai penyair dari gunung, aku buka blog ini kerana tertarik dengan nama. harapanku, akan kutemui bahasa ibunda yang indah-indah. bahasa moyang kita yang bersalut manis bersulamkan kelembutan. namamu seakan mewakilkan nurani melayu yang semakin hilang kini. aku berharap aku bertemu disini hanya kerana nama PENYAIR DARI GUNUNG. tapi...gambar sebegini yang aku temui. kecewa.....

Anonymous said...

Saudara tabtibau,

Saya amat memahami apa yang Saudara rasakan. Kekecewaan Saudara itu kita kongsikan bersama.

Saya cuma menjadi pemerhati sambil membaca nukilan-nukilan penulis-penulis blog yang seangkatan dengan Penyair dari Gunung.

Cuma, saya mendoakan Allah memberikan taufik dan hidayah kepadada Penyair dari Gunung supaya matanya dibuka melihat dengan kebenaran. Lidahnya bermadah dengan kata-kata kebenaran. Hatinya disentuh dengan karan-karan kebenaran bukannya ikut-ikutan atas permintaan dunia yang tidak pernah padam-padam.

Hanya di dalam blognya sahaja saya menulis kerana melihatkan wajah enyair dari Gunung melalui gambar nya - terdapat keikhlasan jua tetapi sayangnya beliau sedang terikut dengan arus yang dianggap 'PERDANA dan penuh PERJUANGAN'.

Masanya akan tiba apabila di tengah malam pekat - kalbunya dihentak seperti dikorek-korek, ibarat mata-mata gerudi menembus tulang belulang dadanya membuang semua sisa titik-titik hitam yang melekat kerana selama ini, Penyair dari Gunung, diamnya sahaja di gunung tetapi dirinya masih bermain-main di pasar melihat barangan longgok sekupang dua sedangkan khazanah di gunung yang hadir bersama dirinya masih tidak dikenalinya lagi.

Cuma saya harus terus bersabar kerana sayangkan Penyair dari Gunung. Melalui alam maya ini, dia telah menjadi sahabat saya. Saya yakin bahawa tidak lama lagi dia akan dapat membezakan yang mana yang hak dan yang mana yang batil. Penglihatannya masih di dalam lingkungan politik berparti-parti sedangkan kebenarannya jauh berbeza.

Penyair dari Gunung masih tidak sedar bahawa berparti-parti itu ibarat gerigi-gerigi besi memenjarakan kebebasan berfikir dan persaudaran Melayu dan umat Islam.

Mungkin tulisan saya ini sukar untuk difahaminya atau yang seangkatan dengannya tetapi percayalah: Berkat kesabaran dan ketabahan dan atas kasih sayang saya kepada seorang sahabat; Penyair dari Gunung akan berubah.

Penyair dari Gunung tidak lagi perlu mendaki gunung yang tinggi tetapi jika dia telah berjaya mendaki dan duduk di puncak batu jemalanya ~ Apabila terisi dengan gema getaran karan ilahi - barulah ia sedar kenapa di era Rasulullah, tiada penamaan calon ataupun undi mengundi.

Turut bersabarlah bersama saya wahai Saudara tabtibau. Bersama-samalah kita mendoakan untuk Penyair dari Gunung ini.

....harapanku, akan kutemui bahasa ibunda yang indah-indah. bahasa moyang kita yang bersalut manis bersulamkan kelembutan. namamu seakan mewakilkan nurani melayu yang semakin hilang kini.....

Insyaallah akan menjadi kenyataan juga akhirnya.

- TJ@SR

penyair dari gunung said...

Sorry tabtitau!!!
Hanya ini bahasa yang paling indah dapat aku katakan kepada manusia yang tak pernah menghormati orang lain. Apa lagi yang melayu tak bagi pada kaum ni, mungkin lebih baik dari tempat asal mereka. Aku memang dah cuba manjaga bahasa ku tapi semakin lembut kita semakin mereka memijak kepala kita.Itu sebabnya tiada bahasa untuk Ong Tee Keat ni, hanya gambar yang seribu makna...Sekali lagi aku minta maaf kepada pembaca blog aku!!!