Gambarajah 1. TAWAF MENGELILINGI KAABAH
Gambarajah 2. PEGANG LILIN MEMPERINGATI ORANG MATI
Ada satu persoalan, yang mana lebih ISLAM dalam dua aktiviti diatas?A. Gambarajah 1
B. Gambarajah 2
C. Gambarajah 1 & 2
D. Tiada
Kepada sesiapa yang menjawap dengan betul, lulus ujian pertengahan tahun.
15 comments:
nak tolong jawab bagi pihak pembangkang bule...jawapannyer
gambarajah 2...hahahahahah
Saya kata gambarajah no 2. Sebabnya:
1) Masa itu si Nizar tidak pakai kopiah putih (yg selalu orang PAS pakai tu le..)
itu sebab yg sebelah nizar tu pakai songkok.
si nizar pakai kopiah bila bagi ceramah aje di kampung aku.
2) Si Nizar sedekahkan Al Fatihah kepada mendiang kerana mengikut mahzab PAS...ini dibenarkan mengikut surah kitab PAS ayat 007 James Bond (cit).
(Surah 007 (i) ini termasuk juga Allah juga mencarut)
Surat 007 (ii) siapa mengundi PAS gerenti masuk syurga, mengundi UMNO masuk neraka.
Tentu le gambarajah 2 lebih islamic.....
kah kah kah kah kah kah
orang bukit gantang yang sedekah undi kat PAS bertaubatlah! esok ada gerhana matahari, mari solat sunat matahari ramai ramai dalam masjid dan surau dan doakan bukit gantang kembali dipimpin oleh pemimi Islam sejati dah bukan dari parti Ajaran PAS, kita nak orang yang beruagam Islam, bukan ugama PAS
orang buat posting yang lebih islamic.
Sebab dia dah cukup hebat untuk mempersoalkan siapa lebih islamic.
Hanya orang yang cukup penuh ilmu di dada mampu nak mempersoalkan yang mana lebih Islamic.
Mungkin tahap 4 senawi tingkat 15 kut. Tu sebab dia tahu maner lebih Islamic.
p/s pergi umrah saper pun boleh tunjuk. Asal ader duit. Cuba jadi Imam sembahyang Jumaat kat Masjid Negara. Imamkan solat Jenazah. Silap silap gaya siap sujud lagi.
hahahahahahaha
dr pmerhatian sy, nizar nmpknye mcm tpksa memegang lilin tersebut..die sdar bhw tindakannya itu sudah terpesong..tp ape nk buat..sdah mkn duet,jd tpksalah ikut ngeh n nga..nzar juga tpksa mgajak yg pkai songkok join skali..if not org akn blame die mnjadi d only muslim b in d ceremony..xtaula ape nik aziz kate..ntah ape hadis yg pulok yg kuor..sy pcaye dlm hati nizar berkate.."ya Allah,ampunkanlah ape yg aku lakukan ini..ak xpunya pilihan...bla..bla.."..namun,ape niatmu sbnrnye nizar???ape nawaitu mu??kamu nmpknye sdah jd lmbu yg dicucuk hidung..kesian..
anon 10:46
aku tak kata aku lebih islamic. aku tanya sapa lebih islamic? tak paham soalan kut. tu pasal spm tak pas!!!
PDG,
hang lagi bengong.. tanya soalan mcm tu... tahap pmr jeer..
adakah cukup tayang 2 gambar nak mewakili siapa lebih islamik...
Bini PM balik trus tayang kepala.... islamik kerrrr
anon...soalan pmr pun tak boleh jawap ke????
yang nak mengarut tu buat apa? kalau jawapannya A jawap A, kalau B jawap B.yang nak merepek tu apa hal???
Kedua-duanya Islamik. Najib menunaikan ibadah umrah manakala Nizar menghormati si mati. Saya pernah di dalam keadaan kebelakang tidak boleh kehadapan tidak ikhlas, tetapi keadaan dan hubungan baik wajib dijaga asalkan ianya tidak menceraikan akidah ~ terpaksa jugalah berteleku di dalam gereja di sini.
Alhamdulillah, saya selepas itu mendapat kurniaan Ilahi apabila diberi kepercayaan dari penduduk setempat di dalam perkumpulan sosial mereka.
Saya diberi peluang untuk mengendalikan kelas Tamadun Manusia yang di adakan pada setiap hari Sabtu. Alhamdullillah saya gunakan kesempatan itu untuk menyampaikan sejarah dan peradaban manusia. Nabi Mohd s.a.w saya ketengahkan sebagai contoh manusia yang patut dicontohi dan saya juga kaitkan dengan nama-nama seperti John the Baptist, Jesus alaihissalam dan Nabi2 Allah yang lain.
Mereka terperanjat apabila mendapat tahu bahawa Abraham itu adalah Ibrahim, Jesus itu adalah Isa dan John the Baptist itu adalah Nabi Allah Yahaya. Nama-nama nabi dan rasul yang dinyatakan di dalam Al Quraan ul Karim juga terdapat di dalam Kitab Suci Injil yang mereka miliki.
Mungkin disebabkan cara saya yang bersahaja dan menghormati kepercayaan mereka, setakat hari ini saya telah menjual (tanpa mendapat keuntungan) kira-kira 27 nashkah terjemahan Al Quraan ul Karim di dalam bahasa Inggeris kepada golongan2 senior citizen yang terdiri dari bekas pegawai tinggi kerajaan, guru sekolah, pensyarah, beberapa orang profesor, ahli perniagaan, petani dan penternak kambing.
Telah ada ura-ura yang meminta saya mengajarkan kandungan Al Quraan kepada penduduk tempatan kerana ada di kalangan mereka mahu mengetahui dan mempelajarinya secara mendalam.
Saya dikira terpaksa kerana duduk di kalangan masyarakat New Zealand ini, saya bukanlah ustaz yang mempunyai ijazah atau tauliah, tetapi apabila amanah di atas bahu - saya hanya bermohon supaya Allah lancarkan lidah dan mengurniakan ilmuNya.
Bukan halal haram atau islamik atau tidak yang menjadi persoalan, tetapi hubungan baik sesama manusia.
Di dalam medan peperangan kita perlu pandai menggunakan senjata yang berbagai rupa tetapi hati dan minda menyedari akan peri diri menjadi hamba Ilahi.
Saya yakin Nizar dan Najib lebih islamik dari kita semua. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadi islamik supaya kedua-dua mereka ini dapat bersatu tenaga memperjuangkan nasib kita yang masih terkontang kanting.
Dari segi ilmu, kita jauh dari kebenaran. Dari segi ekonomi, masih terus menjadi tangan yang di bawah. Dari segi politik, masih mengharapkan sokongan undi dari orang lain. Bukankah ini kontang kanting namanya?
Hentikanlah polemik ini. Ia murah dan tidak bertamaddun. Saya disini sendirian ditengah-tengah masyarakat Kristian. Saya juga dipulaukan oleh masyarakat Islam Arab yang orthodok kerana marahkan saya bercampur gaul dengan masyarakat New Zealand yang kafir.
Doakanlah saya diluar negara dan kalian di dalam negara ~ sama-sama menegakkan syiar daulah Islam. UMNO atau PAS, sama sahaja. It is just another side of the coin. Satu memperjuangkan Islam, satu memperjuangkan Melayu. Kedua-duanya adalah diri kita.
Bayangkanlah jika pada zaman kita ini, wujudnya Nabi Allah Musa a.s. tentunya telah pecah patung-patung Hindu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Semuanya ini didirikan dan mendapat restu (kelulusan) dari pihak Kerajaan Tempatan di bawah kerajaan yang hampir kesemua pegawai-pegawai kanannya adalah umat Islam.
- Wellington, NZ
Islamikkah kita?
Kenapa kita sanggup membenarkan patung-patung ini tumbuh segar sedangkan kita tahu para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah sendiri menentang idol worshipper!
Islamikkah kita?
Apabila membiarkan diri kita menjadi peminta-minta dan mengharapkan tangan orang lain menghulurkan bantuan kewangan?
Islamikkah kita?
Apabila mendapat rezeki hutan dara tetapi menjualnya kepada yang bukan Islam seolah-olah umat Islam tidak mampu menebang pokok? Mendapat kontrak dari kerajaan bernilai jutaan ringgit lalu memberikan TOTAL SUB kepada kontraktor bukan Islam sedangkan terdapat dikalangan kontraktor umat Islam sendiri tahu membina rumah, bangunan dan jalanraya? Hatta kontraktor kelas F pun sama ragamnya memberikan kontrak 10 - 20 ribu kepada apek tua yang sanggup memberikan pendahuluan atau membuat full payment?
Islamikkah kita?
Menciplak inteligent property lalu bersalin kulit. Bermegah akulah yang buat!
Islamikkah kita?
Tidak langsung mencari alternatif atau kaedah yang baik bagi meringankan beban rakyat selain dari menaikkan tambang bas sekolah berhawa dingin, ura-ura menaikkan tariff elektrik dll.
Islamikkah kita?
Setelah 51 tahun Merdeka masih merempat, ada yang tidak berumah dan ramai pula yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
Islamikkah kita?
Berusaha untuk mewujudkan Peperangan Shiffin ke 2?
Saya ~ menyayangi Najib dan Nizar kerana kedua-duanya orang Melayu dan kedua-duanya mengucapkan dua kalimah syahadah. Doakan semoga kedua mereka dapat merungkaikan pakaian politik masing-masing dan meneruskan perjuangan nenek moyang kita dahulu ~ Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Kenali dan ramai lagi pejuang-pejuang mukmin yang telah ditenggelamkan nama mereka di dalam lipatan sejarah oleh tali barut musuh.
Islamikkah kita?
Masih berminda kuno dan beku?
- Wellington, NZ
Ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi.
Kami sokong Wellington.
TJ @ SR
Kita rosak kerana kita melacurkan saudara kita sendiri. Hentikan.
Kita rosak kerana kita mencela dan menghina sesama sendiri. Hentikan.
Cari jalan tengah supaya kita sesama kita boleh berbaik-baik. Ibarat ikan di dasar lautan, walaupun kapal dilambung ombak kerana taufan membedal, ikan tetap berenang gembira. Aman damai dan harmoni.
Jadilah seperti ikan, berenang di air masin tetapi tidak memasinkan isinya.
Tidak Allah itu membazirkan ayat di dalam QAl Quraan dengan memasukkan surah LEBAH. Kita bukannya belukang, menyondol sesama sendiri.
~ pendapat dari DUNIA BARU, mukmin jadi khalifahnya.
Kami juga sokong Wellington.
marilah kita sama2 muhasabah diri.sebenarnya apa yg. telah kita laku kan pada agama dan bangsa kita.adakah landasan politik kita ini seperti apa yang dituntut oleh Rasullullah s.a.w. atau pun telah meyimpang jauh.kita boleh megeluarkan apa2 pendapat sama ada ia meguntugkan kita.ataupun ianya yang hak.tapi sedarkah kita bahawa kita tak dapat lari walau sedetik pun dari penglihatan Allah.kita akan dipertanggungjawabkan apa-apa dari perbuatan kita.
islamik... satu tajuk yang telah mengakibatkan orang melayu islam berpecah dan telah diambil kesempatan ini oleh mereka yang bukan islam menguasai kancah politik.... dan apa jua cuba dipolitik serta diletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menggunakan label umno sebagai kerajaan di tunding akan kesalahan tersebut. Pada masa yang sma mereka berbuat atau berlakon menunjukkan mereka mengasihi satu puak melayu islam pas.... satu lakonan yang tidak disedari oleh orang-orang fanatik dalam perjuangan politik hinggakan demi menjaga kesetian sanggup bersama menjalankan acara keagamaan bukan islam atau lebih menariknya dengan erti kata kekafiran dan kekufuran.
ada kalangan penulis menyatakan bahawa ada duit boleh pergi umrah dan menunjuk-nunjuk kepada rakyat... memperlihatkan bahawa dalam tugas beliau ada kesempatan menjalankan tanggungjawab yang besar iaitu umrah ataupun menziarah mahjidil haram.
tetapi bila kita cuba bersama menjalankan amalan agama kafir menyembah atau bertafakur dengan lilin, jelas iainya adalah amalan yang salah dan mengadaikan maruah agama islam, yang mana cara tersebut dilarang sama sekali kerana melambangkan kekafiran dan kekufuran.
kenapa bila golongan pas atau pkr dilihat tidak salah dan sekiranya orang umno meraikan bersama tahun baru cina dikatakan haram (tahun baru adalah acara menyambut tahun baru golongan cina dan bukan acara keagamaan) tetapi apa yang berlaku dan dilakukan oleh nizar dan anwar adalah menjalankan rutin keagamaan golongan kafir.
mudah membezakannya..... inilah akibatnya apabila pas telah meletakkan parti pas ibarat agama, bagi orang umno pula UMNO adalah parti sebagai pletform perjuangan orang melayu dan ISLAM adalah agama yang disanjungi serta menjalankan segala yang dituntut dari segi kemajuan, pendidikan, pembangunan, memlihara institusi islam, menyerapkan islam dalam corak pentadbiran serta sentiasa melatakkan islam yang utama dalam perjuangan negara dan parti.
tuan-tuan buka mata besar-besar dan guna akal bila melihat nasib bangsa melayu dan islam..... kerana perpecahan melayu adalah punca utama segala perkara cuba dicabar baik dari segi keistimewaan islam, mahkamah syariah, kekulargaan islam, keistimewaan melayu, hak raja, hal peribumi, bumiputera, kuasa dan tanpa segan silu mereka mencerca atau menganyang orang melayu....
tanpa disedari mereka menyalahkan golongan melayu dengan menyerang parti melayu... tetapi pada hakikatnya mereka menyerang orang melayu, tanpa disedari orang melayu pun bersama mereka menyerang sesama bangsa melayu...
lihatlah bagaimana mereka menggunakan parti untuk attack melayu dan islam.... bagi mereka parti mereka hanya untuk membahagikan ruang tugas mereka... ada yang membuat kerja dalam kerajaan dan diluar mencari ruang menyalahkan kerajaan.... diluar parti mereka duduk bersama bertukar-tukar fikiran dan strategi untuk kepentingan bangsa mereka dan agama mereka....
tanpa disedarim kita tertipu... sekiranya kita bersatu seperti dahului maka tiada ruang bagi mereka memperleceh orang melayu dan kita akan sentiasa aman dan bersama. orang melayu adalah satu bangsa yang begitu bertolak ansur dari segala segi demi mencapai perpaduan dan keamanan bersama di negara ini.
bila kita lemah dan berpecah hinggakan orang melayu islam sanggup mengadaikan maruah agama kerana politi sanggup menyembah dan mengamalkan amalan agama lain tanpa memikirkan kesan terhadap islam dan tauhid kepada ALLAH.
BERSATULAH....
kembalikan kegemilangan bangsa melayu dan islam.... serta dapat menstabilkan negara dalam politik dan perpaduan sesama bangsa....
Anon
July 24, 2009 5:09 PM,
Terima kasih membaca tulisan anda. Walaupun tayar-tayar kereta anda bergoyang tetapi tahu ke mana yang anda tuju.
Wellington tidak berparti. Anda suruh bersatu tetapi masih di bawah parti. Partinya pula telah anda tetapkan kerana sejarah bukannya bidang ilmu anda. Anda memperolehi pengetahuan sejarah hasil membaca di sekolah dan apa yang disogokkan oleh media.
Walau bagaimanapun, sambutlah salam ukhwah dari kami. Semoga pada bulan Syaaban ini kita mampu melompat keluar dari kotak yang selama ini menjadi langit dan bumi kita semua.
Salam.
nota:
Pendapat Anon July 24, 2009 1:35 AM ~ beautiful...!
Post a Comment