Tuesday, July 14, 2009

TITANIC...


Malam ni aku berkesempatan menonton filem Titanic. Kapal ni digambarkan cukup gah. Kapal yang paling besar pada masa tu, canggih dan hebat. Memiliki beberapa tingkat. Bilik VVIP,bilik VIP dan ada tingkat untuk orang-orang yang 'low class'. Aku rasa ramai yang dah tengok filem ni.
Kapal yang cukup hebat ini mengambil masa bertahun untuk disiapkan. Berapa ramai pakar dan pekerja yang digunakan bagi mencapai cita-cita pemiliknya. Pendek kata Titanic ni adalah sebuah kapal yang tiada tolok bandingnya.
Begitu juga Melayu. Cukup hebat. Orang Melayu adalah merupakan kaum yang paling ramai di dunia. Berbagai lapisan orang Melayu yang dapat kita lihat pada hari ini. Dari penganggur hinggalah sampai ke pemimpin negara. Tu baru yang kat dalam Malaysia. Di luar Malaysia, macam-macam jawatan yang hebat dikuasai oleh orang Melayu.
Untuk mencapai ketahap ini, Melayu telah bertungkus lumus dan bekerja keras. Ada yang terkorban dan tak kurang juga yang dikorbankan. Dari zaman kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini tahap dan taraf orng Melayu cukup tinggi dan hebat sehebat kapal Titanic.
Apa yang berlaku pada Titanic? Dalam pelayaran sulungnya kapal Titanic ni telah karam dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Begitu hebatnya Titanic. Mengambil masa bertahun untuk membinanya, tapi akhirnya karam dilautan dalam pelayaran sulungnya.
Melayu mengambil masa puluhan tahun untuk dibina dan menjadi kebanggaan hari ini, janganlah karam dan hilang dari muka bumi ini akibat sengketa sesama kita. Carilah jalan bagaimana nak mempertahankan Melayu dan bukan setakat mempertahankan, malah mengangkat Melayu lebih tinggi kedudukannya dari hari ini. Semua orang Melayu wajib memastikan Melayu tidak karam dan yang paling penting Islam terus diperjuangkan dan diangkat martabatnya.

Titanic mengingatkan aku kepada dua peristiwa:

1. Semasa Perhimpunan Pemuda UMNO 1998, Saudara Hamdan Taha dalam ucapannya mengingatkan UMNO dan menjadikan TITANIC sebagai contoh. Katanya, TITANIC dianggap cukup hebat namun dalam pelayarannya yang sulung telah karam dilautan. Begitu juga UMNO. Semua orang anggap UMNO hebat tapi tidak mustahil UMNO juga akan karam seperti TITANIC kalau kita alpa dan leka.

2. Pengalaman aku semasa di Outward Bound. Semasa pelayaran balik dari Pulau 9 bersama dengan 16 orang peserta dari INTAN (PTD). Berhadapan dengan ribut di Selat Melaka, akhirnya bot layar kami terbalik ditengah lautan dan menyebabkan kesemua peserta termasuk aku terapung dilaut yang bergelora sehingga bot penyelamat tiba. Kejadian seperti ini hanya pernah berlaku 20 tahun yang lalu. walaupun cemas namun aku bangga kerana pengalaman ini hanya aku je yang dapat...


2 comments:

PARPUKARI said...

MEMANG BETUL SAUDARA PENYAIR, INILAH HAKIKATNYA! TIADA APA YANG MUSATAHIL!

UMNO KENA BERUBAH SEKARANG KALAU TAK NAK DIUBAH KELAK!

RINDU RASANYA DENGAN PAK HAMDAN KITA NI!

asam said...

sabar ler bro parpu..insyallah pak hamdan kembali 16hb. ni.. sabar sabar..