Saturday, August 8, 2009

AMARAN BUAT DAP...


Sebenarnya aku hilang idea hendak menulis. Mungkin agak terkejut dengan apa yang berlaku sehari dua ni. Tidak pernah terfikir begitu beraninya DAP melancarkan serangan terhadap Islam. Berbagai cemuhan dan kata-kata kesat dilontarkan kepada orang-orang Islam diMalaysia.

Bermula dengan tuduhan terhadap JIM yang menurut ahli Parlimen DAP dianggap sebagai ekstrim agama. Kemudian diikuti dengan apa yang berlaku diSelangor. Bagaimana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah merampas arak yang dijual tanpa lesen dan penjualan kepada orang Islam telah ditentang sekeras-kerasnya oleh EXCO Selangor dan minta supaya arak tersebut dipulangkan. Seterusnya kata-kata kesat telah dihamburkan kepada seorang pendakwah oleh Ketua Pemuda DAP dan juga telah menghina DYTM Raja Muda Perak. Begitu lantang dan kurang ajarnya DAP hari ini.

Aku tak kisah PAS dan DAP boleh bersama kerana UMNO juga boleh bersama dengan MCA. Tapi MCA tidak pernah menghina agama dan Raja walaupun dah lebih 50 tahun bersama UMNO. UMNO memang pernah krisis dengan institusi Raja namun MCA tidak pernah campur tangan dalam krisis tersebut. MCA juga menghormati agama Islam dan begitu juga sebaliknya.

Namun baru beberapa bulan DAP dan PAS bersama, hari ini DAP telah menunjukkan warna sebenar mereka. Begitu kurang ajarnya DAP ni tapi apa yang menyedihkan sahabat mereka dari PAS diam seribu bahasa.

Apakah PAS takut dengan DAP atau PAS merasakan ini perkara enteng dan tak perlu berbuat apa. Atau pun PAS takut kehilangan kuasa akibat dari menegur rakan mereka dari DAP.
PAS sebenarnya sudah hilang idealisma perjuangan mereka. Islam bukan lagi menjadi wardah perjuangan parti. Demi memastikan survivor kuasa, PAS sanggup mengadaikan agama Islam yang telah dipertahankan dan diperjuangkan.

Aku tak kisah apa parti pun. Baik UMNO mahupun PAS. Jangan asyik sibuk berpolitik sehingga kita lupa tentang agama kita yang sedang diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Jangan sampai nanti Azan pun tak boleh guna pembesar suara. TV pun dah tak boleh dengar bacaan Quran.

KEPADA DAP...AKU NAK BERI AMARAN. 'STOP IT'. AKU TAK TAKUT UNTUK BERTINDAK WALAUPUN AKU SEORANG...AKU MINTA DAP MOHON MAAF SECARA TERBUKA DENGAN KENYATAAN MELAMPAU KEPADA UMAT ISLAM DIMALAYSIA...
ANWAR IBRAHIM...SEBAGAI PENASIHAT PR, NYATAKAN PENDIRIAN KAMU!!!

Ingat!!! Sabar itu sebahagian dari IMAN. Ada sebahagian lagi....



2 comments:

ajijasin said...

MELAYU DAN RAJA SULTANNYA.

ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAT
ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAB
MELAYU ITU ISLAM
MELAYU TAAT SETIA PADA RAJA SULTANNYA

ZAMAN BERZAMAN MELAYU PERCAYA
ADANYA TUHAN
MELAYU BANYAK PETUA DAN FALSAFAHNYA

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
AGAMANYA JANGAN ENGKAU LUDAHI
MAUT PADANYA NANTI

RAJA SULTANNYA JANGAN ENGKAU LANGKAHI
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING
BERCERAI NYAWA DARI BADAN KAMU NANTI

BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
HIDUPNYA MELAYU BIAR MISKIN HARTA
JANGAN MISKIN BUDI BAHASA

MERDEKANYA MELAYU DENGAN GEMA
MERRRRRDEKAAA!!!!!!!

BUKAN KECIL LANGKAH MELAYU
HAMPIR LIMA ABAD MENJADI HAMBA
BERMANDI DARAH DAN KERINGAT
MEMBASAHI TANAH BERTUAH INI
TANAH INI MELAYU EMPUNYA.....!!!!!!!!

TOPAN ALAM said...

Arghhh...sakit hati aku,
apa lupakah mereka sejarah, negara ditumpah darah dek kerana sialnya kata kata.
" seorang melayu itu" dikecam dan disial hanya kerana mulutnya berkata "sebelum dlu, mereka kesini mencari sejahtera".
"sabar itu separuh dari iman"
AKU dah di separuh lagi....