Wednesday, September 9, 2009

MASA UNTUK BEKERJA....

Salam Ramadhan.... 12/2/09 merupakan titik bersejarah di Negeri Perak apabila kerajaan PR yang menguasai Perak selama hampir 11 bulan bertukar tangan apabila 3 ADUN mengisytiharkan diri keluar dari parti masing-masing dan menjadi Bebas serta menyokong BN. Bermula dari tarikh itu, kerajaan Perak telah diterajui oleh BN dan Menteri Besarnya YAB Dato Sri Dr. Zambry.
Bermula dari tarikh itu juga beberapa orang telah dilantik untuk membantu MB mentadbir Negeri Perak. Dari tarikh itu juga tah berapa kali masuk mahkamah.
Kini telah hampir 7 bulan pentadbiran Dr. Zambry di Perak. Berbagai cerita suka dan duka telah kita dengar. Yang pasti tidak semua berpuashati dengan MB ni. Lantikan pegawai untuk membantu MB juga ramai yang pertikai. Bak perpatah Melayu ' Rumah siap, pahat pun berbunyi'.
Namun ada kebenarannya. 7 bulan ni, MB belum lagi menunjukkan taringnya. Macam biasa. Macam zaman Ramli, zaman Tajol dan mungkin juga macam zaman Nizar. Penasihat-penasihat Mb nampaknya bukan memberi nasihat sebaliknya memerlukan nasihat MB.
Masa terus berlalu. Rakyat masih menunggu dan mengharap, apa perubahan yang nak dibawa oleh MB ni???
Aku berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan yang tak berparti. Atas pagar le tu. Kata mereka kalau ada pilihanraya di Perak sekarang, mereka tak nampak apa sebab kena pangkah BN. Pada mereka sama je MB sekarang ngan MB dulu.
Ada juga yang dah berbunyi, nak jumpa MB pun susah. Pegawai-pegawai MB tak mesra alam. Cakap kat telefon pun lebih kurang je.
7 bulan ni juga, aku tengok pentadbiran kerajaan BN ni duk asyik layan pembangkang. Sidang dewan yang dikatakan haram pun layan. Nizar nak konvoi pun layan. Yang BN/UMNO nak layan pembangkang ni buat apa? Pembangkang buat semua ni untuk memastikan 'momentum' rakyat tak lari. Lagi pun memang ini le kerja pembangkang. UMNO sebenarnya banyak kerja lain yang lebih penting perlu diberi perhatian. Berapa banyak pengundi baru yang telah UMNO daftarkan? Agak-agaknya kalau ada pilihanraya, boleh menang ke BN di Perak?
EXCO tak nampak pun dalam paper!!! Takkan takde satu pun agenda EXCO Perak ni. Kalau setakat merasmi majlis, aku pun boleh!!! Bukannye ramai EXCO Perak ni tapi yang kerap keluar paper YB Mah je le...yang lain buat apa???
Rakyat memerhati dan rakyat menilai. Mana KPI EXCO-EXCO ni? Aku cuma risau, kalau macam ni le cara kerja, jangan salahkan rakyat kalau tak undi BN PRU-13.
Masih belum terlambat. MB kerahkan le bala tentera untuk bekerja. Bukan main politik. Semua orang ada peranan masing-masing. BN/UMNO tak boleh guna lagi pendekatan 'kurangkan majoriti'...BN/UMNO mesti menang dan aku teringat ucapan DS Najib 'kalau nak menang,kena la buat kerja cara nak menang'.

No comments: