Tuesday, November 24, 2009

APABILA TAMAK MENGUASAI....

Salam....
Lama dah rasanya tak menulis diblog ni. Aku berehat seketika kerana menghadapi masalah dengan anak sulung aku. Dia didapati positif penyakit buah pinggang. Gelabah juga dibuatnya. Namun akhirnya aku redha dan aku yakin yang penyakit itu datangnya dari Allah dan Allah juga lah yang akan menyembuhnya.
Selama hampir 8 bulan aku meninggalkan kerja aku dan bertukar angin dengan menceburi bidang politik. Itu pun bukan aku yang mau tapi kerana hendak menolong kawan, aku pun bersetuju.
Tapi rupanya politik ni bukan bidang dan permainan aku. Aku menjadi takut bila melihat kerakusan dan ketamakan menguasai orang-orang politik ni.
Walaupun telah hilang kuasa buat seketika, namun aku lihat tiada kesedaran atau keinsafan dikalangan orang politik terutamanya di Perak ni.
Pemimpin terus bermaharajalela mengejar kekayaan dan harta dunia tanpa mengira hal orang lain. Orang-orang UMNO bertelagah sesama sendiri hanya kerana merebutkan kawasan balak. Tuduh menuduh, fitnah-menfitnah dah jadi perkara biasa pada pemimpin UMNO.
Dunia tindas menindas terus berlaku dalam UMNO. SMS, email dan berbagai cara digunakan untuk menjatuhkan antara satu sama lain.
Ini semua hanya kerana tamak. Yang nak menjatuhkan dah kaya dan yang nak dijatuhkan juga dah kaya. Yang terus miskin ialah rakyat. Rakyat dibiarkan seolah-olah tiada langsung sumbangan rakyat kepada pemimpin ni.
Jangan menyesal kemudian sudah le. Rakyat memerhati dan tak sabar menunggu PRU13 untuk melepaskan geram. Selain rakyat SPRM juga sedang melihat dan ingat la...Allah juga sedang menonton permainan pemimpin yang sudah hilang pertimbangan, lupa akan tanggungjawab sebenar dan TAMAK MENGEJAR HARTA DAN PANGKAT!!!

1 comment:

sekupangdua said...

SALAM SAHABAT! teman doakan semoga penyakit anak miker cepat sembuh, kena percaya dengan janji tuhan dan kadang-kadang doktor pun manusia biasa, dia ceritakan penyakit kita usahakan penawarnya sebab termaktub alam kitab setiap penyakit ada penawarnya.

Perihal pemmpin sekarang ni memang sudah jadi penyakit, benar spt kata saudara... orang seperti kita nilah yang menelan hempedu, perjuangan saudara harap dapat di teruskan dan sememangnya matlamat kita bukan untuk mereka yang haram jadah malah mereka yang KITA TAK PERLUKAN sebab sudahlah dema tak rasa susah payah kejatuhan bila nampak kebah rupanya dema buat lagi...tak ingat lagi masa merangkak dan mengerang masa sakit.
memang pelik kera yang dihutan disusukan yang dirumah kelaparan.. adakalanya eman tengok kesian blogger perak anyak yang berjuang dengan one man geng tapi ada juga yg diluar adi anak tukar bin, begitu ker maruah serta pengorbanan.

apapun kita perlu terus tujuan dan matlamat kita, kita punya blog suka hati kita kalau nak bercakap, peduli apa dema lagi pun pada teman yang batil itu tetap batil, buat apa nak sokong orang yang akan menjatuhkan kita sepatutnya balun jer.........

sekupangdua dah cukup parut tergolek bersama......