Wednesday, December 30, 2009

SUKA DUKA 2009....

Selamat Tahun Baru 2010....

2009 tinggal beberapa hari lagi. Banyak perkara suka dan duka berlaku pada tahun ni. Diawal tahun, aku rasa cukup gembira dan keluarga ku juga tumpang gembira. Mana tidak nyer, aku diminta oleh Hamdan Taha untuk menolongnya sebagai Pegawai Khas MB Perak yang baru mengambil alih kerajaan dari PR pada bulan Februari 09.
Maklum le, dah lama mengganggur, tiba-tiba dapat buat kerja untuk MB. Betapa seronok rasanya. Berbalas le juga kerja sukarela aku selama PR memerintah. Tak sia-sia le berjemur, berhujan, berembun.
Berdemo kesana kemari dengan kawan-kawan. Dan kawan-kawan pun tumpang gembira. Mungkin boleh le usahakan sesuatu. Maklum le dah kerja ngan orang kuat MB.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Mungkin betul ada orang kata. Janji orang politik ni tak boleh pakai. Seronoknya sekejap je. Lepas 8 bulan lebih, aku balik macam biasa. Habuk pun takde.
Hamdan Taha dah kaya. Selesai semua hutang piutang. Dah bertambah kereta. Rumah sewa kat Ipoh pun besar. Lengkap semuanya. Aku yang tolong dia tengok je le.... Macam cerita P.Ramlee, kamu tengok itu, aku ambil itu...kamu tengok ini, aku ambil ini!!!
Ada kawan-kawan sms dan email aku...kata dema, kamu ni buat semua ni kerana kecewa ke? Aku tulis kat blog, kat facebook. Ya!!! Memang aku kecewa. Kecewa kerana nak mampus minta tolong kat aku, dah senang 'kencing' kawan. Apa punya manusia macam ni?
Janji ngan aku macam-macam!!! Aku dah lama susah, dan bila orang janji memang aku berharap. Last hampeh pun takde.
Anak aku sakit buah pinggang hujung tahun 09 ni. Apa Hamdan Taha tolong? Aku tak kisah tak nak tolong pun tapi yang aku kecewa dia boleh sms marah-marah aku bila aku pergi Pejabat MB minta bantuan untuk kos rawatan anak aku. Kenapa? Pejabat MB tu dia je ke yang boleh pergi? Aku tak boleh ke???
DR ZAMBRY NI MB PERAK KE MB HAMDAN TAHA????.......

SELAMAT TINGGAL 2009!!!!

No comments: