Tuesday, October 13, 2009

JAMBATAN SIRATUL MUSTAKIM....

Menurut Al-Quran dan Hadis juga melalui beberapa kitab menceritakan tentang Jambatan Siratul Mustakim. Setiap umat manusia akan meniti jambatan ini. Jambatan ini digambarkan begitu sempit iaitu seumpama rambut yang dibelah 7. Perjalanan yang diambil untuk meniti jambatan ini cukup jauh dan memakan masa yang lama.Namun ada juga manusia yang terpilih meniti jambatan ni sepantas kilat.
Perjalanan meniti jambatan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kita akan jatuh kebawah dimana api-api Neraka sedang menunggu kita. Setelah melalui siksaan Neraka, kita akan panjat kembali keatas Jambatan Siratul Mustakim untuk meneruskan perjalanan kita keSyurga dan akan jatuh dan terus jatuh sebelum kita tiba dipenghujung jambatan.Begitulah proses yang akan kita lalui akibat dari perbuatan dan amalan kita....

Namun secara zahirnya, sedar tak kita sebenarnya kita sedang meniti Jambatan Siratul Mustakim di dunia ni. Yang terpilih untuk meniti jambatan ni sepantas kilat ialah anak-anak kecil yang lahir terus meninggal. Bayi-bayi yang dibuang dan meninggal ni meniti jambatan sepantas kilat. Mereka ini akan terus ke Syurga.
Namun kepada kita, kita sering jatuh dan bangun semula. Apabila kita jatuh, itulah siksaan & peringatan kepada kita dan kita akan bangun semula untuk meneruskan perjalanan kita sehinggalah keakhir hayat. Jadi ingat lah...Sekiranya kita tak mahu sering jatuh, maka banyakkan amalan dan melakukan perbuatan yang baik agar perjalanan kita meniti Jambatan Siratul Mustakim didunia ini berjalan lancar...Insyaallah///

Thursday, October 8, 2009

Renung-renungkan....

Betul ke Pakatan Pembangkang betul-betul berpakat? Setahu aku pakat untuk dapat kuasa je. Tak tau sapa jadi kuda, sapa penunggang kuda? Yang pasti semua kuda menguda. Kita pikir sat, kat Pulau Pinang Pakatan hanya antara DAP dan PKR, PAS tak wujud. DiKelantan cuma kerajaan PAS. Mana pegi DAP ngan PKR? Tak tau le sapa yang bodoh dan sapa yang memperbodohkan. Cuma kesimpulannya jangan le sampai MELAYU hilang kuasa....

Sunday, September 27, 2009

TRIANGLE OF SUCSESS...

Menurut pakar-pakar motivasi, kunci kejayaan seseorang akan dipengaruhi oleh 3 perkara utama. Namun ia digambarkan melalui bentuk 3 segi. 3 faktor utama yang dilihat seseorang itu berjaya ialah:

1. Sikap. Ia merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Dalam bentuk 3 segi, sikap berada di sudut puncak. Ia mewakili 80% kejayaan seseorang.

2. Pengetahuan, Ini juga aset penting untuk seseorang itu berjaya. Walaupun hanya berada disudut bawah dan hanya mewakili 10% dalam menentukan kejayaan seseorang, peranannya penting.

3. Kemahiran. ini juga sama penting dengan pengetahuan dan juga mewakili 10% kejayaan seseorang.

Ketiga-tiga ciri ini adalah asas untuk seseorang itu berjaya. Tak salah aku, semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM, beliau adalah Pengerusi Perubahan Sikap.
Untuk mengenal pasti 3 ciri ini biasanya kaedah latihan digunakan dan dikendalikan olah yang profesional.

Aku ambil yang 10% dulu.Ramai yang punyai KEMAHIRAN. Ada yang punya satu kemahiran dan ada juga yang pelbagai kemahiran (multi-skill). Kemahiran ini akan dapat samada melalui program-program atau pun melalui pengalaman. Ramai manusia yang memiliki kemahiran. Contohnya kemahiran untuk berceramah. Tak semua orang ada kemahiran ni. Hebat bila berceramah. Terpegun orang mendengar ceramahnya. Ada yang ternganga, dan tak kurang juga yang menangis dengar ceramah orang yang ada kemahiran ni.
Kemahiran juga mungkin anugerah Allah. Dengan nada dan lenggok badan membuatkan orang terpesona mendengar ceramahnya. Diselang seli dengan tafsiran dan ada juga yang sulam dengan nyanyian. Orang anggap ia sesuatu yang cukup hebat. Bila tau je penceramah ni akan turun kekampung mereka, maka berduyun-duyun lah orang akan datang walaupun hujan,panas dan apa keadaan sekali pun....
Untuk mahir dan jadi penceramah hebat, maka PENGETAHUAN juga mesti ada. Walaupun cuma 10%, namun kalau takde pengetahuan, macamana nak jadi penceramah hebat? Pengetahuan ni dapat dalam berbagai cara. Melalui pengalaman, rajin membaca atau pun sering keluar negeri. Indonesia adalah tempat yang banyak boleh dapat pengetahuan. Penduduk sana ramai, berbagai ragam dan budaya boleh dijadikan bahan untuk menimba pengetahuan. Kalau kita perasan, penceramah hebat ramai yang berrguru di Indonesia. Kerap pergi umrah juga merupakan satu kelebihan.Kerana di Mekah juga merupakan gedung untuk mendapat pengetahuan...
Apa pun 80% untuk berjaya mestilah mempunyai SIKAP yang baik. Namun inilah yang paling mencabar dan tidak mudah untuk dilaksanakan.
Biasanya, penceramah hebat ni menyeru rakyat kepada sesuatu. Dengan gaya bahasa dan lenggok badan mereka cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Rakyat diajak memerangi rasuah, berkhidmat kepada masyarakat, jangan bermusuhan dan bermacam seruan biasanya disampai penceramah. Namun apakah seruan ini juga dipraktikkan oleh penceramah? Dengan KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN yang cuma mewakili 20% kejayaan, rakyat biasanya terpedaya. Penceramah suruh rakyat buat baik, belum tentu penceramah tu baik. Dalam politik, penceramah mengajak rakyat mempertahankan kuasa, tapi penceramah sendiri tak peduli pasal kuasa kerana sibuk mengejar projek. Rakyat diminta berjimat cermat, penceramah minum petang pun di hotel-hotel mewah. Rakyat disuruh membanggakan parti, penceramah kereta pun takde lambang parti. Rakyat disuruh pakai baju yang ada lambang parti sebagai menunjukkan kesetiaan dan bangga dengan parti, penceramah pakai baju linen. Inilah sikap buruk yang ada pada penceramah yang dianggap 'front-line' atau pun agen kepada parti.
Mungkin rakyat akan terpengaruh dengan ceramah tapi lama-kelamaan melihat SIKAP penceramah itu sendiri membuatkan rakyat memikir kembali apakah mereka nak ikut apa yang penceramah cakap atau nak ikut apa yang penceramah buat?
Kejayaan seseorang tu pada aku bukan le dengan berkereta besar, berumah besar atau selalu keluar negeri.
CAKAP MEMANG SENANG, TAPI BUAT BELUM TENTU...

Friday, September 25, 2009

PEMIMPIN IBARAT TOKONG....

Salam... Hari ni aku nak menulis soal pemimpin. Aku terpanggil untuk menulis kerana melihat kemelut yang berlaku hari ni. Pemimpin diibaratkan sebagai sebuah patung ditokong-tokong. Aku kata demikian kerana kalau kita lihat senario pada hari ini, pemimpin sebenarnya diangkat oleh pengikut. Mana mungkin seorang pemimpin jadi pemimpin kalau takde pengikut.
Pengikutlah yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan seorang pemimpin itu berada ditempatnya. Ada pengikut yang sampai taksub demi memastikan pemimpinnya naik keatas. Tak kurang juga pengikut yang sanggup bergadai nyawa kerana seorang pemimpin.
Mungkin ada pengikut sanggup memutuskan hubungan keluarga kerana pemimpin. Ada juga yang bercerai berai kerana pemimpin. Jiran tak bertegur sapa kerana pemimpin. Ada yang sampai berhutang dengan AhLong kerana pemimpin.Pendek kata banyak pengorbanan pengikut demi untuk menaikkan seorang pemimpin.
Kalau kita lihat patung ditokong, dibuat cantik-cantik. Diwarnakan dengan pelbagai warna, rupa yang bermacam. Ada yang mata besar, ada yang perut besar, ada yang banyak tangan dan belbagai lagi dan akhirnya orang yang buat patung ni sembah dan puja patung ni sebagai tuhan.
Inilah yang berlaku dengan pemimpin hari ni. Diangkat dengan berbagai cara. Diletakkan pada satu tahap yang cukup tinggi, diberi pangkat, kemewahan dan belbagai lagi tapi akhirnya pemimpin hanya untuk disembah. Ramai pengikut yang nak jumpa pemimpin pun kena appointment. Pengikut tidak dilayan dan macam-macam lagi...

Monday, September 21, 2009

TERKEJUT BERUK....


Salam Syawal...
Hari ni dah hari ke 2 Syawal. Rasanya ramai yang masih meneruskan budaya kunjung mengunjung dan juga rumah terbuka. Para pemimpin UMNO terutamanya akan terus dengan majlis rumah terbuka sehingga la ke hujunh Syawal. Dari pemimpin negara diikuti pemimpin negeri dan disambung oleh pemimpin bahagian juga tak ketinggalan pemimpin cawangan. Pendek kata semua orang nak buat rumah terbuka. Murah rezeki pemimpin UMNO ni.
Hari ni aku nak kita mengimbas kembali ke tarikh yamg menjadi sejarah kepada negara iaitu 8 Mac 2008. Rasanya semua orang masih ingat tarikh tersebut dan rasanya semua orang masih 'terkejut beruk'. Mana tidaknya, semua rakyat Malaysia tak menjangkakan keputusan pilihanraya umum yang ke 12 memberikan tamparan yang cukup hebat kepada BN. UMNO kehilangan banyak kerusi, begitu juga dengan MCA. Yang lebih parah MIC kerana kalah semua kerusi yang mereka bertanding. Presiden Parti juga kalah.
Bukan saja BN yang 'terkejut beruk' malah PR juga mengalami keadaan yang sama. 5 negeri berjaya ditawan PR. Calon-calon yang kurang popular tiba-tiba jadi YB.
Di Perak, PR berjaya membentuk kerajaan tapi kerana 'terkejut beruk' calon MB pun takde. BN lagi le 'terkejut beruk' sebab PR menang dengan kelebihan 3 kerusi je. Walaupun PR bukan satu lambang, namun dengan kebijaksanaan Sultan Perak maka kerajaan Negeri Perak diberi kepada PR. Kerana 'terkejut beruk' maka satu tempoh yang lama perlu diambil oleh PR bagi menentukan siapa calon MB.
Selepas 11 bulan, PR dan BN diPerak sekali lagi 'terkejut beruk' apabila tiga ADUN dari PR mengisytiharkan diri keluar dari PR dan menjadi bebas serta menyokong BN. Fomula yang sama diambil oleh Sultan Perak, dan menyerahkan kuasa kepada BN.
Itu lah yang berlaku 8 Mac 2008. Kini sudah lebih setahun berlalu. Aku rasa kalau beruk pun tak terkejut dalam satu tempoh yang begitu lama. Tapi UMNO punya terkejut lebih lama dari beruk. Sehingga hari ini, UMNO sudah macam tenggelam punca. Kedepan tak kena, kebelakang tak kena. Nak buat apa pun rasa tak kena.
Aku nak kongsi sikit pengalaman aku dengan beruk-beruk semasa aku duk kat hutan satu masa dulu. Bila kita sergah beruk-beruk ni, memang dia akan 'terkejut beruk'. Ia akan lari meninggalkan tempatnya tah kemana. Tapi dalam beberapa minit kemudian, ia akan datang balik dan dengan jumlah yang lebih banyak dari masa ia lari. Inilah sifat beruk yang 'terkejut beruk'
Selepas 7 bulan UMNO menguasai Perak, nampaknya ramai lagi pimpinan UMNO yang masih 'terkejut beruk'. Rakyat ternanti-nanti apa benda yang nak dibawa oleh MB baru ni. Sehingga ke hari ni, tiada yang drastik dan tiada benda yang boleh menaikkan nama MB baru ni. Dimana masalahnya. Mungkin kita sendiri nampak. MB ni agresif tapi seolah-olah MB ni macam Lone Ranger. Tindakan susulan dari agensi kerajaan dan pimpinan peringkat bahagiaan tak se agrasif MB. Atau pun ada unsur sabotaj dikalangan kakitangan kerajaan. Mungkin sesetengah pimpinan bahagian tak 'ngam' dengan MB ni menyebabkan mereka tak mahu bekerjasama dengan MB.
Ataupun UMNO masih lagi 'terkejut beruk'???...///

UMNO SUDAH HILANG SEMANGAT......


Salam Syawal....
Semua umat Islam di seluruh Malaysia menyambut kedatangan Syawal dengan penuh gembira. Kunjung mengunjung yang telah menjadi budaya setiap kali Syawal menjelma diteruskan. Kepada VVIP, majlis rumah terbuka menjadi 'trend' setiap kali menyambut raya.
DiPerak, YAB Menteri Besar Perak juga tak ketinggalan mengadakan Rumah Terbuka. Aku sendiri pun tak pergi. Menurut laporan semasa Buletin Utama TV3. hampir 10 ribu orang menghadiri kemajlis rumah terbuka tersebut. Alhamdullillah, jika kehadiran rakyat itu diambil sebagai kayu pengukur, maknanya rakyat masih sukakan Dr. Zambry tapi bolehkah ini dijadikan penunjuk sokongan kepada UMNO atau betulkah laporan TV3 tu. UMNO jangan syok sendiri!!!
Aku juga berkesempatan meninjau kebeberapa tempat sambil menziarah saudara. Kalaulah boleh aku katakan banner-banner yang tergantung disimpang-simpang jalan itu ibarat sebagai panji-panji parti kalau berperang, secara sikologinya UMNO telah tewas dengan parti pembangkang. Mereka menguasai hampir setiap simpang dengan banner ucapan Selamat Hari Raya. Kalau adapun, yang UMNO dengan muka MB hanya terletak dibawah dari yang pembangkang punya. Ada satu tempat tu, banner UMNO yang ada gambar MB dah hampir masuk kedalam longkang. Jangan kata ini tiada kesan apa-apa. Kalau tiada apa-apa kenapa bila pilihanraya, UMNO berbelanja besar hanya untuk poster dan banner.
Dalam soal ini, aku meletakkan kesalahan kepada pemimpin yang dah nak senja. Kalau pemimpin pun dah macam putus asa, mana mungkin golongan muda mahu bersemangat? Jawatan mahu, sehingga sanggup berbuat apa saja untuk jawatan tapi ini lah hakikatnya...7 month, nothing happen...What happen???
Apakah UMNO sudah selesa dengan anugerah yang ALLAH kurniakan dengan memberi kembali Perak pada UMNO sehingga UMNO rasa tak perlu lagi berbuat apa-apa?
Kalau pertandingan mengikut pusingan, pusingan pertama UMNO telah tewas. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin dalam pemikiran orang dan pemimpin UMNO untuk 3 tahun ni kita kena pulun projek sebab PRU 13 kita tak boleh menang sehingga terlupa amanah yang telah diberikan ALLAH kepada UMNO untuk membela nasib bangsa. Kerana tak dapat balak, ada antara orang UMNO yang sanggup menyerang secara peribadi walaupun sesama sendiri.
Kalau inilah sikap orang UMNO, memang sepatutnya UMNO menerima padah. Sebenarnya UMNO tewas PRU 12 bukan kerana pembangkang kuat, tapi kerana rakyat nak bagi tau yang mereka dah 'getik' dengan pemimpin UMNO yang mudah lupa.
Aku rasa cukup kecewa dengan sikap pemimpin UMNO ni. Bila berceramah selalu ditakut-takutkan rakyat yang kononnya kalau UMNO tak memerintah, rakyat terutamanya orang Melayu akan mendapat padah tetapi tidak ada tindakan yang dibuat untuk mempertahankan kuasa. Masih lagi cerita yang sama balak,pasir, kuari dan tanah dari zaman Ghazali Jawi sehingga le ke zaman Dr. Zambry.
Aku masih teringat ucapan seorang penceramah hebat UMNO. Orang UMNO kena jadi 'singa jangan jadi kambing'. Apakah UMNO masih menjadi kambing? Atau sudah bertukar menjadi singa, tapi hanya seekor singa sarkes?
Sedarlah pemimpin UMNO!!! Apa yang selalu kamu takut-takutkan pada rakyat itu akan menjadi kenyataan kalau kamu sendiri masih selesa dengan kuasa yang kamu ada. Jangan lah kamu marahkan generasi muda akan datang 'kencing' di kubur kamu. Ingat lah...kalau ALLAH boleh kembalikan kuasa kepada UMNO walaupun tanpa kita terfikir, ALLAH juga boleh menarik kembali kuasa yang diberikan tanpa kita sedar...///

Friday, September 18, 2009

PERMAINAN....

Salam Syawal... Rasanya semua orang pernah main. Belbagai permainan yang pernah kita main dan kita tengok orang main. Apa saja yang kita main tak boleh main-main. Bila kita serius masa bermain, ia bukan sahaja menyeronokan malah ia akan menyihatkan badan dan minda kita. Tapi kalau kita main-main ia mungkin boleh memudaratkan kita. Mungkin akan berlaku kecederaan atau juga mungkin menyebabkan kematian kalau kita main-main.
Dari kecil sampai le ketua kita tak akan terpisah dengan main. Selagi ada nyawa kita akan terus bermain.
Aku masa kecil mula kenal main ialah main kahwin-kahwin. Lepas tu main perang dan bila dah besar sikit main bola. Selain dari tu main basikal. Tangkap labah-labah dan main laga labah=-labah. Kalau nak disenaraikan apa permainan aku dari kecil rasanya terlalu banyak.
Bila dah dibangku sekolah, aku aktif dengan permainan sukan. Masa disekolah rendah, aku masih ingat sebelum masauk kekelas kami akan bermain bolasepak dengan menggunakan bola tenis.
Bila masuk ke kelas semua berpeluh-peluh dan hilang tumpuan untuk belajar. Tapi bermula dengan bola tenis akhirnya aku berjaya mewakili sekolah dalam permainan bolasepak.
Bila pula masuk ke Sekolah Menengah, ada dua permainan sukan yang aku ceburi. Masa di menengah rendah, aku mewakili sekolah dalaam permainan bola lisut dan dua tahun berturut-turut kami menjadi naib johan peringkat sekolah-sekolah Perak.
Antara sukan atau permainan yang merbahaya pernah aku sertai ragbi. Permainan ni dianggap 'gentleman games'. Aku masih ingat ada pernah aku lihat pada t-shirt ragbi perkataan 'hanya sigagah bemain ragbi'. Itu antara permainan yang aku sendiri pernah ceburi.
Selain dari permainan yang aku sebut, banyak lagi permainan yang perlu menggunakan minda seperti chess, dam dan belbagai lagi. Begitulah sinonim nya permainan dengan hidup kita. Sehinggakan adengan diranjang juga banyak yang kata 'main'...
Tapi dalam banyak permainan yang aku pernah main, ada satu permainan yang cukup dan paling bahaya. Permainan ni tak kira umur, jantina atau latarbelakang agama. Tak kira orang kaya. miskin juga terjebak dengan permainan ini. Kadang-kadang kita pun tak sedar rupanya kita pun dah terjebak dengan permainan yang cukup bahaya ni.
Permainan ni juga cukup kejam, ganas dan takde prikemanusiaan. Ada kawan jadi musuh. musuh jadi kawan dan bermacam lagi perkara ganas dalam permainan ini. Yang terbunuh dengan permainan ini ada dan tak kurang juga yang gila kerananya.
Kalau ragbi dianggap 'gentleman games'...permainan ni tiada bandingan dengan ragbi. Ragbi hanya bermusuh dipadang dan setelah wisel penamat berbunyi, semua boleh duduk minum sekali. Tapi permainan ni tiada wisel penamat. Mungkin untuk menang, khidmat bomoh digunakan. Khidmat gengster juga ada dalam permainan ni dan permainan ini perlukan belanja besar dan mungkin kalau berjaya orang yang main permainan ni juga akan dapat projek besar...
INILAH DIA POLITIK....

Thursday, September 17, 2009

DAUN KARI....

Rasanya semua orang kenal daun kari atau masyarakat India panggil 'karipullai'. Daun ni biasanya tumbuh meliar dan banyak didapati dikampung-kampung. Kalau dibandar, untuk mendapatkan daun ni biasanya kena beli. DiHyper Market juga dijual daun kari ni.
Fungsi daun kari ni adalah untuk diletakkan dalam masakan terutamanya kalau masak kari. Selain dari itu ada juga dicampur dalam mengoreng dan kalau kita beli 'masalode' ada terdapat daun kari didalamnya.
Namun perasan tak kita, daun kari ni fungsinya hanya untuk mendapatkan rasanya sahaja dan untuk menyedapkan masakan kita.Kalau aku sendiri pun, tak makan daun kari ni kecuali termakan. Biasanya kalau kita nampak daun kari dalam pinggan kita, kita akan letakkan ketepi pinggan. Kalau dah termasuk kedalam mulut, kita akan keluarkan dari mulut kita. Itu le nasib daun kari. Besar peranannya dalam masakan tapi akhirnya dibuang walaupun banyak khasiatnya.
Ini la nasib pengikut UMNO. Bila bab nak berpanas, Melayu yang macam daun kari le yang akan kedepan. Sampai ada yang dilebel 'gangster' kerana nak pertahankan UMNO.
DiPerak misalnya, sampai masuk dalam Internet TV kerana nak pertahankan UMNO masa PR memerintah Perak. 11 bulan, Melayu daun kari le yang bersusah payah turun kepadang mengetuai suara rakyat untuk menuntut kembali pemerintahan Negeri Perak kembali pada UMNO. Berjemur, berhujan, berembun dan berbagai pengorbanan Melayu daun kari ni.
Selepas 11 bulan, UMNO dapat kembali Perak. Muncul le 'hero' yang tak tahu dari mana datangnya. Ada yang vest UMNO sampai dah berhabuk pun pakai balik. Ada yang dari KL, Johor, Pahang dan tah dari mana lagi tiba-tiba muncul.
Melayu daun kari duduk le ditepi pinggan-pinggan, diluah dari mulut dan tak dihargai langsung. Sedangkan sumbangan mereka ini cukup besar dan banyak membantu bagi memastikan UMNO kembali memerintah.
Ini le nasib MELAYU DAUN KARI....

Wednesday, September 16, 2009

BUDI BICARA....

Rasanya semua orang pernah berurusan dengan Jabatan Kerajaan atau pun YB-YB. Setiap kali kita berurusan pasti akan dengar cerita kerenah birokrasi le dan pelbagai syarat yang menyusahkan. Kalau nak berjumpa YB atau YAB pasti cerita PA-PA yang tak mesra alam dan banyak songeh lebih daripada YB sendiri.
Syarat-syarat yang dikenakan kadang-kadang terlalu ketat sehingga tak mampu disediakan. Pendek kata syaratnya bukan membantu malah mungkin akan membebankan.
Kalau orang yang berniaga, nak dapatkan pinjaman 'ya Allah' punya le susah dan kadang-kadang sampai kecewa untuk memohon.
Ada satu kes, nak buat pinjaman Tekun. Nak minta borang pun dah kena 'kutbah' dengan pegawai yang bertugas. Membebel pasal ada orang tak bayar le, nak bayar liat le dan macam-macam lagi.
Terlalu banyak kerenah bila nak berurusan dengan agensi kerajaan ni. Sehinggakan membri imej yang tidak baik kepada kerajaan. Apakah ini satu cara 'sabotaj' kakitangan kerajaan kepada kerajaan yang memerintah?
Rupa-rupanya dalam semua syarat-syarat yang dikenakan, ada satu syarat yang dikemudiankan iaitu BUDI BICARA. Bila dah naik buntu, masalah tak selesai dan orang ramai dah naik muak untuk berurusan, barulah BUDI BICARA ni digunakan.
Sepatutnya BUDI BICARA ni la didahulukan. Jadi tak timbul kerenah birokrasi dan rakyat meletakkan agensi kerajaan ni sebagai 'negetif' pada pandangan mereka....



Friday, September 11, 2009

MELAYU WAJIB BERSATU


PERPADUAN MELAYU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berpegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.