Friday, March 13, 2009

TERKINI DARI TUGU PENDERHAKAAN

Saya baru balik dari Tugu Penderhakaan. Rupa-rupanya tugu tu dah kena pecah. Turut berada disana, Nizar, Kula, Tai, Ustaz Zul, Misbah dan beberapa orang penyokong Pakatan Pembangkang. Yang ramai reporter. Bila sampai disana reporter tengah buat PC. Bila jadi perkara ni, saya teringat masa pilihanraya kecil Teluk Kemang (Roslan Kassim vs. Sothinathan). Masa tu saya bersama jentera keadilan. Kami buat gerbang yang cukup besar dan menarik dengan poster-poster keadilan dan calon. Dua hari sebelum hari mengundi kami pakat-pakat pergi gergaji kaki gerbang tu. Malam sebelum hari mengundi, gerbang tu pun roboh. Pagi hari mengundi, pengundi yang lalu di kawasan tersebut diharap akan bersimpati dengan keadilan dan memberi undi kepada parti. Itu lah yang sedang dibuat oleh Pakatan Pembangkang. Pecahkan tugu dengan harapan orang ramai yang lalu dikawasan tersebut akan bersimpati. Jangan le kita terpengaruh dengan tektik lama pembangkang ni...Yang melayu dan islam tu bawa-bawa le balik. Hari ni hari Jumaat. Baik le kita beramal ibadat kat masjid, minta pertolongan dan petunjuk dari Allah dari bersengkokol dengan yang kafir mempertahankan 'Tugu Penderhakaan' tu...TAKBIR

No comments: