Tuesday, March 17, 2009

TERKINI: PRK P59 BUKIT GANTANG

Selepas sahaja Timbalan Perdana Menteri mengisytiharkan nama calon BN, satu golombang telah kelihatan begitu ketara di Bukit Gantang. Kebangkitan golongan muda dapat dilihat dengan jelas melalui bendera-bendera BN yang berkibar megah dikawasan yang dianggap hitam seperti di Cangkat Ibol, Kg. Cheh, Jelutong dan beberapa kawasan yang sebelum ini tak berani pemuda nak masuk. Selain itu, pertemuan dengan kumpulan atas pagar rancak berlangsung. Masyarakat india memberikan jaminan mereka akan bagi pada BN kali ni. Orang-orang melayu yang tak berparti juga komited. Pekida dan seangkatan dengannya juga banyak membantu. Tabik hormat untuk mereka. Hari ini masyarakat dah mula sedar, Pas gagal mengangkat martabat Islam seperti yang diwar-warkan. Nizar dianggap ikon kepada penghinaan terhadap agama dan raja. Pemuda Bukit Gantang kini sudah mula berbicara soal politik bangsa dan hala tuju masa depan. Sebelas bulan pemerintahan Boneka DAP menyebabkan pemuda sedar tidak boleh diletakan harapan kepada Pas. Kepada orang-orang muda teruskan perjuangan....Takbir

No comments: