1 Julai semakin hampir. Kes Anwar akan bermula. Kini Anwar semakin terdesak dan cuba mencari jalan bagaimana nak mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kes beliau. Kes kali ini jelas berbeza dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini (1998). Selepas 11 tahun kes ni datang lagi. Aku cukup ingat tarikh kes Anwar ni. Mana taknya, 1-9-98 anak aku yang ketiga dilahirkan dan 2-9-98 Anwar dipecat. Aku terlibat secara langsung dalam gelombang reformasi. Naik kenyang makan gas FRU. KL Ipoh tu macam balik kampung je. Kadang-kadang satu hari 2x aku ke KL dari Ipoh kerana Anwar. Masa tu, parti pun tak wujud lagi. Ramai rakan-rakan kat Perak macam aku pada masa tu. Duit pun takde tapi kerana fikirkan Anwar teraniya, kuatkan semangat terus berjuang demi manusia bernama Anwar. Untuk makluman rakan-rakan bloggers, sepanjang tempoh 11 tahun ni, ramai rakan-rakan aku yang kecundang. Ada yang lari malam kerana Ah Long. Mana taknya, pinjam duit untuk parti keadilan. Ada yang berniaga kedai runcit, sampai tutup kedai kerana berjuang. Ada yang bercerai-berai dan ramai yang dah hilang khabar berita sampai handphone pun takde nak berhubung. Kat rumah aku le Wan Azizah datang makan malam, sebelum pelancaran Parti Keadilan Negeri Perak. Nurul Izzah pun pernah kerumah aku sebelum sesi ceramah di Ipoh.Aku pernah pegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian(keadilan), SU Pemuda Negeri Perak dan EXCO Pemuda Keadilan Malaysia. Tu semua cerita lama. Berbalik kepada kes Anwar, masa 98, kesnya bukan tuan badan yang repot. Tapi kali ni tuan badan sendiri (Saiful) yang buat repot. Tak cukup dengan repot, siap buat sumpah laknat lagi. Aku ni bukan le alim sangat. Tapi teringat masa duk kat asrama dulu masa sekolah. Kalau ada berlaku kecurian kat asrama, warden akan suruh minum air(air yasin katanya). Terketar-ketar nak minum pasal ada le pernah curi biskut kawan tengah malam (lapar). Jadi aku cukup yakin dengan Saiful ni. Dia berani. Bukan macan Anwar, berdolak dalik. Pilihanraya Penanti, BN tak bertanding pun, kena juga attack ngan Anwar ni. Ni semua games dia nak mengalih perhatian.Dan sebenarnya Anwar cukup risau sebab yang ada kat UMNO dan BN hari ni, hampir semua seangkatan dengannya. Trick Anwar dan tak berapa nak berkesan. Aku kesian kat Wan Azizah, Nurul Izzah, Ehsan dan anak2nya yang aku tak tau namanya. Mereka ni akan jadi mangsa kerakusan bapanya.
10 comments:
salam tuan penyair. motto 'to serve, to strive, and not to yield' yg mike pakai tu agak mirip dgn motto asal anderson school ipoh - 'to seek, to strive and not to yield'.
mike old andersonian ke? hi^5
tak...teman x-bounders (outward bound malaysia/obs)lumut, Teman dulu clifford/chulan
Saudara ku Penyair dari Gunung,
(hanya penyair mengenal penyair. dalam bahasa mereka berhubung dan bercanda mesra tapi sukar dimengertikan oleh yang bukan ahlinya)
___
Seronok juga membaca payah jerih kehidupan yang telah Saudara lalui. Ibarat terpukau dengan puncak - gunung didaki. Rindukan pada lembah - gunung dituruni. Meredah tasik sungai dan lautan luas. Perjalanan hidup mendewasakan diri.
Di puncak gunung seronok mendengar desir angin membisik bait-bait puisi ke telinga, dipantai mendengar bunyi ombak yang menghempaskan diri tak putus-putus - kita semakin tenggelam dengan indahnya alam. Kita terpaku dengan desir angin,hempasan ombak dan lenggok dedaun seperti menari ketawa meriah tiada hentinya.
Sebenarnya adakah angin membisikkan khabar bahagia dan adakah ombak menceritakan bab gembira?
___
Sukar untuk diterjemahkan desir angin, susah mahu dituliskan suara ombak. Percayalah - pendengaran ku mendengar cerita yang bersilang, penuh teka teki, banyak pembayang.
Wahai Saudara ku Penyair dari Gunung,
Aku duduk dipinggir pantai melihat jauh ke ufuk. Memerhatikan garisan-garisan kuning yang semakin hilang. Digantikan warna yang berbagai-bagai. Kemudian digantikan gelap malam menantikan matahari menjengah melempahkan cahayanya.
Di dalam gelap malam itu, penglihatan ku jelas melihat binatang buas - yang bertaring yang bertanduk yang berasu yang berbisa - keluar mencari mangsa. Semasa manusia semuanya sedang dibuai mimpi memeluk suami atau isteri, binatang buas ini beroperasi tetapi apabila matahari menjengahkan diri: Binatang buas ini bertukar menjadi manusia yang mahu dihormati.
___
Rakus membaham harta negeri. Tetapi tiada siapa yang berani menahan kerana merekalah yang wajib dihormati.
Tanah beribu-ribu ekar bertukar dari milik negeri kepada hak peribadi atas berbagai nama dan proksi.
Belalang lompat-lompatpun ikut serta melihatkan binatang buas membedal kanan dan kiri. Atas nama parti dan pangkat yang selama hidup itulah yang dicari-cari.
Tidaklah berubah nasib rakyat Negeri Perak. Memilih BN, melayu yang rugi. Memilih PR, melayu juga yang rugi. Bukan seperti gendang Cina yang berbunyi untung,untung,untung,untung. Gendang Melayu jika dipalu pada mulanya sahaja berbunyi untung,untung, untung kemudiannya disahut bunyi rugi,rugi,rugi.
___
Rupanya desir angin juga pandai bercerita mengenai kisah-kisah tersembunyi. Mempertikaikan integriti dan harga diri orang-orang kanan Dato' Seri Zamry. Orang kanan di dalam kabinet. Orang-orang kiri di luar kabinet.
Ah angin, kamu membawa fitnah. Tidak katanya. Aku lurus. Tapi tiada sesiapa yang tahu. Jika mereka berani: bersumpah laknatlah.
Ah angin, kenapa kamu suka bergurau? Tidak katanya. Aku lurus.
___
Jalur kuning dihujung ufuk mula menghilang digantikan dengan berbagai-bagai warna yang lebih indah dan cantik dipandang mata.
___
Btulkah angin? Ya katanya. Aku lurus. Ombak tidak henti-henti menghempaskan badannya ke pantai. Apa pula berita darinya? Daun-daun menari melentok-lentok, apa kisahnya pula dari mereka?
Ah...alam sudah lama tahu tetapi kita sahaja yang sommombokmomfahomlayubsirun.
___
Hadiah ku untuk Saudara ku Penyair dari Gunung.
Terimalah ini dengan hati yang tenang: 2:263
____________________________
2:269
Terima Kasih Anon!!!
Cuma satu ingatan dari aku, ingatlah:
Bahawasanya Tuhan mencipta MALAM
Manusia mencipta KEGELAPAN.
Tiada MALAM yang tidak INDAH
KEGELAPAN yang menjadikan kita RESAH
bang nuar..bang nuar...geng bapok kat Lorng haji Taib cukup mengemari bang nuar ni...dorang kata bang nuar ni membela nasib dorang serta memperjuangkan golong mereke ni...huhuhuhuhu...aku dok tunggu jer bile anwar nak datang ke tasik permaisuri di cheras (port gay terbesar di kuala lumpur)
setakat ni banyak la kereta2 mewah (puak2 gayzers ni) yang telah selamat di jahanam oleh geng jahat
aperpun saya ni pun
Ex-bounders SC449
'to serve, to strive, and not to yield'
Tahniah atas semangat perjuangan mike, ayuh terus dalam perjalanan ini.
saya x instructor 2000-2006, sc 440
Bahawasanya Tuhan mencipta MALAM
Manusia mencipta KEGELAPAN.
Tiada MALAM yang tidak INDAH
KEGELAPAN yang menjadikan kita RESAH
- tepat sekali wahai saudara ku Penyair dari Gunung. Apabila rohani terpenjara didindingi tubuh fizikal besar kasar; maka kegelapanlah ia. Gelap itulah yang menjadikan diri itu resah. Berapa orang exco barisan Zambry yang terang benderang rohaninya? Jika zaman Nizar dahulu hanya dapat 1 per 10, ittupun markah kesihan, waktu Zambry ini bolehkah lebih dari itu? Bertudung tak semestinya terang rohaninya, berjanggut x semestinya tahu. Selidikilah. Kita tak mahu sejarah lama berulang disebabkan exco Melayu beragama Islam duduk di dalam kegelapan sehingga akhir hayat. Negeri Perak memerlukan pemimpin yang terang benderang rohaninya.
Jika tidak 'tulah' kata orang Perak. Tunggulah....pangkat itu datang dengan tanggungjawab dan orang negeri Perak tidak mempunyai masa dan bukan bodoh lagi.
Kita memerlukan pemimpin yang 'benar' dan bijak. Jika tidak, janganlah berani duduk dibarisan exco negeri. Takut tersumpah 7 keturunan apabila rakus mengaut keuntungan peribadi.
Perak mahu bangun sekarang. Cahaya kuning diufuk semakin hilang apabila maghrib memboloskan diri.
BANG PENYAIR, RUMAH KATA PERGI PADA ANWAR AL JUBURI NI, LEPAS TU PULAK KAN, SG BULOH KATA MARI BANG NUAR, ADA SERBIS BARUNYA DIDALAM!
MUAHAHAHAHAHA
ANWAR MAKIN KALUT, SATU DEMI SATU RAHSIA NYA TERBUKA SEKARANG!
KESILAPAN DEMI KESILAPAN DEMI KESILAPAN DILAKUKAN BELIAU!
INILAH JADINYA BILA ANDA DI MAKAN SUMPAH!
Makan Sumpah? Anwar mana pernah bersumpah...
Post a Comment