Wednesday, May 27, 2009

IPOH HARI INI....


Hari ini di Ipoh keadaan agak tenang. Disekitar kawasan Medan Istana (Pejabat DAP) pun keadaan tenang namun Polis terus berkawal jika berlaku sebarang kemungkinan. Hari ini aku nak ajak rakan-rakan beralih pandangan sedikit dari isu Negeri Perak.
Aku masih teringat waktu kecil-kecil. Masa tu aku tinggal di Lenggong Perak. Apa yang aku nak kongsi dengan kawan-kawan ialah pada masa tu ancaman komunis masih ada. Peristiwa ni lebih kurang tahun 1974.
Aku masih teringat, dihadapan rumah aku ada sebuah padang bola. Boleh dikatakan setiap hari padang tu jadi tempat pendaratan helikopter Nuri tentera. Mana taknya, sebelah padang tu ada sebuah balai polis.
Semasa tu, tentera melakukan operasi Cahaya Bina 1 & 2. Operasi ini bertujuan menghapus saki baki komunis sekitar hutan Grik. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku tengok mayat komunis ni di balai polis Lenggong.
Selepas Operasi Cahaya Bina 1 & 2, ada satu lagi operasi merangkap latihan yang dipanggil Latihan Gonzales.
Aku hari-hari makan ration askar pasal khemah askar ni sebelah rumah aku. Apa yang masih terbayang dalam ingatan aku sehingga hari ini, aku pernah melihat mayat orang kampung yang dibunuh komunis. Orang kampung ni ke Sungai Perak untuk menangkap ikan dengan sampan. Beliau dibunuh diatas sampan tersebut dan mayatnya dikelar macam mak kita siang ikan. Dari tengkok hingga ke kaki dikelar komunis, mukanya hancur dihentak belakang senapang. Itu antara kisah benar kekejaman komunis.
Akhirnya, komunis meletakkan senjata (lupa tahun bila), tapi kita harus ingat mereka hanya mengisytiharkan meletakkan senjata tapi fahaman komunis ni masih segar sehingga ke hari ini.
Hari ni telah terbukti fahaman itu masih segar, dan dengan keadaan politik semasa kita dapat lihat bagaimana kumpulan ini telah berani meminta kerajaan untuk membawa balik kepala penyamun pengganas komunis Chin Peng. Pihak kerajaan jangan sekali-kali kompromi dalam hal ini. Jangan kerana mahukan undi, kita korbankan pejuang-pejuang yang telah mempertahankan Negara walaupun dengan nyawa mereka. Kalau perlu dihapuskan, jangan takut untuk bertindak.
Filem Bukit Kepung walaupun beratus kali aku tengok, namun setiap kali aku tengok pasti akan menitiskan air mata kerana teringat nasib orang kampung yang dikelar komunis....AWAS ANCAMAN KOMUNIS ALAF BARU!!!

5 comments:

Anonymous said...

Yop, teman nak tanya: semasa kejadian Bukit Kepong tu tahun berapa? Semasa tu Polis ni polis Kerajaan Malaysia atau Kerajaan British. Komunis yang kena bunuh tu, statistiknya berapa orang Melayu, berapa orang Cina dan berapa orang India?

Sekadar nak mengulangkaji sejarah tanahair.

penyair dari gunung said...

Nanti saya confirmkan, kurang pasti

Johor Antique Strores said...

salam saudara.pengalaman hidup saudara hampir sama pengalaman hidup saya di tahun tahun tersebut.saya di besarkan di balai polis tapah,daerah batang padang,seperti saudara,saya juga selalu lihat mayat mayat tentera kita yang di bunuh oleh komunis sewaktu operasi di tronoh,jalan cameron highland dll.dilain kesempatan juga saya selalu nampak pengganas komunis yang di bunuh tentera kita.itu belum tentera kita yang terpijak oleh jerangkap samar.mayat mayat mereka ini akan di bawa ke balai polis tapah dahulu sebelum dituntut oleh keluarga masing2 atau di hantar pulang ke kpg setelah di sembahyangkan.dari situ,saya sangat membenci komunis kerana saya tahu perasaan mereka2 yang punya kenalan atau orang tersayang yang di tugaskan memburu atau terlibat didalam operasi menghapuskan pengganas komunis.

Untuk anonymous,
komunis adalah idelogi yang harus diperangi cuma kebetulan kebanyakkan pendukungnya di malaya adalah kaum cina.tidak kira apa bangsa pun,jika mengamalkan idelogi songsang,wajib kita hapuskan.
Mas selamat itu cina kah?
dah anonymous,gi tolong emak kopek ikan bilis,esok boleh tolong mak buat nasi goreng.pas tu gi tidur,esok susah nak bangun.sekolah masuk jam 7.10 kan?
(padanlah kerajaan hapuskan MECD kalau macam ni pun tak boleh cari sendiri jawapan)

Anonymous said...

Buat movie aaa... Tapi letak sikit kisah cinta.. macam ala-ala Pearl Harbour tu..

penyair dari gunung said...

Untuk ANON...Ok ke maklumat yang saya bagi?