Thursday, May 14, 2009

KENAPA PERLU BUBAR DUN PERAK?

Saya menjemput kepada semua bloggers untuk memberikan hujah diruangan comment ini KENAPA PERLU BUBAR DUN PERAK dan saya bersama rakan-rakan bloggers akan menjawab. Nyatakan hujah dan alasan anda samada dari sudut politik atau undang-undang. Tak kisah apa Parti anda....Silakan

14 comments:

Save Perak said...

Poll bacian di NTV 7 sebentar tadi pada jam 7.30 malam

PERLUKAH PILIHAN RAYA DIADAKAN UNTUK TAMATKAN KEMELUT DIPERAK?

A. Perlu - 97%

B. Tidak perlu - 03%

Bacian melalui media elektronik pro BE END pun hendakkan pembubaran DUN di negeri Perak. najib perlu peka dalam kemelut yang beliau mulakan dan tamatkan lah segera jika benar benar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia Rakyat.....
"Suara Rakyat keramat" yang selalu beliau ucapkan semasa memberi ucapan.

Save Perak said...

Setakat ini yang sudah pasti antara pemimpin negara yang bersetuju DUN Perak dibubarkan (serahkan kepada kuasa rakyat) :

1. DS Anwar Ibrahim
2. DS TG Haji Hadi
3. Lim Kit Siang
4. TG Nik Aziz
5. Presiden SUHAKAM Tan Sri Talib Othman
6. Yang Dipertua Dewan Negara
7. Presiden Majlis Peguam
8. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang
9. Timbalan Presiden MCA
10.Tan Seri Mahyuddin Yassin
11. 45 NGO Perak

Save Perak said...

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

Save Perak said...

N05 Selama
(M-83.5%, C-10.0%, I-6.3%, L- 0.1%)
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
….Majoriti 355


N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66

N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95

N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
....Majoriti 555


N23 Manjoi
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
....Majoriti 348

N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
....Majoriti 14

N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
....Majoriti 454


ini mungkin antara sbb knp Bn begitu takut untuk diadakan semula pilihanraya. kubu gajah...majoriti hanya 66!! sure kalah besar slps ini.

penyair dari gunung said...

Mengikut survey yang dibuat, buat masa sekarang kalau diadakan p'raya negeri Perak BN akan kalah. Antara faktornya ialah
1.undi dari pengundi Cina dan India tidak akan diberikan kepada BN.
2.Undi Melayu pecah 2
Apakah kesan selepas p'raya?
1. Nizar tidak akan menjadi MB
2. DAP akan meletakkan calon melayu
3. Melayu hilang kuasa di Perak
Kesan jangka panjang ialah anak cucu kita akan merana

Abu said...

aku ada rmai kwn cina...yg aku tau diorg x jahat....mcm melayu....

penyair dari gunung said...

Sapa kata cina jahat? Yang aku maksudkan bila cina dapat kuasa, melayu akan terpinggir.

Abu said...

klu bodoh..p u nk beromen...ada moto nk merempit...bkan stakat cina memerintah, bahkan klu unta memerintah pon melayu akan ttp terpinggir selagi melayu tu x berubah...cina wlupon x mndapat kemudahan pelajaran selengkap melayu, tp depa lbih berjaya...tp melayu plak...............nauzubillah

per2 pon..tgok video ni...

http://www.youtube.com/watch?v=NcwmllmjNfY&feature=player_embedded

dn ckp kt parpu berhenti mmfitnah!!

penyair dari gunung said...

tu pasal melayu kena berkuasa. kurang-kurang terbela juga nasib melayu. Aku tak tau le abu ni bangsa apa? Jangan sampai dah hilang kuasa baru nak menyesal. jangan ikut perasaan. jangan kerana marahkan nyamuk bakar kelambu.betul umno bukan perfact tapi lebih 50 tahun dah berjasa pada kita. boleh saya tahu kenapa abu tak puas hati dengan kerajaan sekarang? apa yang abu minta tak dapat?

Abu said...

ok...sbnarnya bnyk bnda aku x puashati dkat kerajaan skrg ni..
aku sbnarnya x kisah sgt klu setakat harga minyak naik ka, harga barang naik ka..x tepati jnji manifesto ka..besa la silap sket2 ja...xda kerajaan yg perfect...
masalahnya, kerajaan skrg ni jahat (evil)...agama pon x kuat..tudung pon x pakai..pstu sibuk nk bela agama...tolonglah...susah sgt ker nk pkai tudung tue...dh la suka menindas pembangkang...tiap2 hari bntai pemvangkang kt tv...nk ceramah permit susah nk dpt..permit nk buat konsert cpat jer dpt...double standard...pstu x mesra rakyat (x semua la)...nk jmpa pon slalu sibuk...dh la x mesra rakyat, x berjiwa rakyat plak tu...hidup nk mewah...rumah bertingkat2...cba tgok adun PAS or DAP or PKR...kereta kecil...rumah kecil..hidup pnuh sederhana (wlopon x semua) org nk dtg rumah pon sng...

sbnarnya bnyk lg....x larat nk tulis dh..

penyair dari gunung said...

Soal pakai tudang ni, hidayah ALLAH. Mungkin belum dapat hidayah.Kita tak boleh paksa. Pasal permit ceramah tu, kerja POLIS. Betul kata tuan tu sebahagian pemimpin tak mesra. Tapi jangan lah sampai kita sanggup gadai masa depan bangsa kita kerana segelintir perkara yang tidak memuaskan hati kita. Buka minda kita. Tengok sama yang baiknya. Kalau kita tengok yang negetif je, negetif le dapatnya. Sebagai pemimpin, apa yang dia buat dia akan tanggung. Kita sama-sama doa mereka jadi lebih baik.

penyair dari gunung said...

Mungkin tuan tak tau. 11 bulan PR memerintah pun sama juga. Berapa kawasan balak dah lulus? PKR dua orang je yang conquer. Siap dah pakai mez. PAS pun sama juga. DAP lagi le. Tu baru 11 bulan, kalau 5 tahun??? Sebelum ni mungkin saya pun yakin betul cakap PKR+DAP+PAS. Tu masa takde kuasa.

Save Perak said...

"Soal pakai tudang ni, hidayah ALLAH. Mungkin belum dapat hidayah.Kita tak boleh paksa."

pakai tudung bukan soal hidayah. siapa yg faham islam...tudung (menutup aurat) adalah perkara wajib!!

kalau dah di sebut wajib dlm islam. bermakna tiada kompromi lagi. wajib tetap wajib. tak timbul soal hidayah. boleh ke..kita ni org islam ckp..."aku ni belum dpt hidayah la nak sembahyang"

agak2nye..kat mana penyair dari gunung ni belajar agama yeaa....?

penyair dari gunung said...

Sembahyang pun wajib, tapi tak semua orang islam sembahyang. Bila dah dapat hidayah, baru rasa takut tak sembahyang. Ramai orang islam yang tinggi ilmu agamanya, tapi bila tak dapat hidayah tu yang ustaz pun kona. Pokoknya apa pun hidayah. Yang penting kita kena selalu berdoa dan berzikir semoga cepat mendapat hidayah.