Sunday, May 17, 2009

Saturday, May 16, 2009

PAS PUN BERNAFSU JUGA (SIRI 2)


Dua hari lepas kita terkejut dengan pendedahan Ketua Dewan Ulama PAS ,Ustaz Mohd Daud Iraqi tentang wujudnya rasuah dalam pemilihan PAS bulan Jun ini.

Tetapi ianya dinafikan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, iaitu Ustaz Ahmad Awang. Saya sebenarnya tidak terkejut dengan penafian oleh Ahmad Awang ini. Kerana saya tahu beliau adalah tergolong dalam geng erdogan. Dan mereka yang mengamalkan politik wang dalam pemilihan PAS sekarang adalah geng-geng erdogan.

Sebelum saya pergi lebih jauh pasal politik wang dalam PAS,izinkan saya mengulas lebih lanjut siapa Ahmad Awang. Beliau adalah bekas Presiden Persatuan Ulamak Malaysia. Saya tidak tahu bila beliau menyertai PAS tetapi namanya agak menonjol ketika krisis Anwar Ibrahim 1998. Beliau juga boleh dikatakan antara penjilat setia Anwar.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Tetapi beliau tidak bertanding dalam PRU 2004 & 2008 kerana beliau seorang yang muflis. Seseorang yang muflis tidak layak bertanding dalam p/raya di Malaysia.

Tetapi selepas 11 bulan negeri Perak mempunyai seorang MB daripada PAS , semua hutang Ahmad Awang telah dijelaskan dan beliau telah bebas daripada muflis serta dapat pula membeli sebuah kereta mewah.

Pelik bin ajaib bertahun-tahun punya hutang yang tidak dibayar tetapi boleh dibayar dalam tempoh 11 bulan ketika wakil PAS menjadi MB Perak.

Maka risikan pun dijalankan daripada mana beliau dapat wang sehingga berjaya menyelesaikan hutang dalam tempoh 11 bulan. Hasil daripada risikan tersebut mengatakan beliau mendapat kawasan balak semasa nizar bintang tiga menjadi MB.

Inilah yang saya nak cakapkan kepada anda bahawasanya orang-orang PAS pun tidak lari daripada nafsu untuk mengejar wang ringgit dan kekayaan.

Walau bagaimanapun saya sebagai seorang melayu yang beragama Islam merasa banggalah jugalah sedikit kerana orang yang sebangsa dan seagama dengan bebas daripada muflis dan memiliki kereta mewah. Selama ini hanya kaum-kaum yang tidak sebangsa dan seagama dengan saya sahaja yang mampu memiliki kereta mewah. Sekurang-kurangnya bertambah juga bilangan melayu yang menggunakan kereta mewah dan berkurangan melayu yang muflis.

Saya tidak mempertikaikan Ahmad Awang mendapat kawasan balak. Tidak mengapa, dia berniaga,kita berilah peluang kepada orang-orang kita nak berniaga untuk menaikan taraf sosio ekonomi bumiputra. Apa salahnya. Betul tak ?

Tetapi apa yang saya nak tekankan disini ialah, sahabat sekalian boleh bayangkan atau tidak jika ini terjadi kepada UMNO. Maka akan gegak-gempitalah seluruh alam ,sehingga air laut pun bergelora bagaikan ombak tsunami,menjerit di sana sini UMNO RASUAH,UMNO SALAHGUNA KUASA,UMNO BAGI BALAK KEPADA KRONI DLL LAGI.

Inilah salah satu contoh PAS pun tidak lari daripada kronisme. PAS pun bernafsu juga. Cuma selama ini mereka berpura-pura saja diatas pentas ceramah kononnya mereka baik,mereka jujur,mereka bersih dan pelbagai lagi kata-kata manis untuk memikat pengundi.

Ibarat seorang pemuda sedang membodek ibu bapa seorang gadis comel lote yang sudah bertunang supaya memutuskan tunang dengan jejaka yang menjadi tunangannya itu dan memilih dia sebagai menantunya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada jejaka yang menjadi tunangan gadis itu kononnya jejaka itu berkudis,bau busuk dan sebagainya.Sedangkan dia sendiri penuh dengan kurap,panau,kudis buta malah siplis lagi di sekeliling anunya.

Berbalik kepada kisah pemilihan PAS,mengikut kata Pengerusi J/Kuasa Pemilihan PAS,Datuk Mustafa Ali,pemilihan PAS kali adalah yang teramai dalam sejarah PAS.klik sini.

Ini sudah mengalahkan pemilihan UMNO. Sampaikan jawatan Timbalan Presiden hingga ada lima calon bertanding. UMNO baru ada 3 calon sahaja. Tolak satu,tinggal 2 calon sahaja.

Kenapa sampai jadi begitu. Kerana mereka sudah mula nampak kuasa. Masing-masing ada nafsu maka mereka harus merebut peluang ini untuk masa depan politik dan kewangan mereka.

Kalau semasa pemilihan UMNO dulu setiap keluaran lidah rasmi PAS,Harakah kah kah kah pasti akan menghentam UMNO kononnya UMNO akan hancur kerana pemimpin mereka berebut kuasa. Setiap hari Donkey PAS dari Pokok Sena pasti akan mengeluarkan kenyataan di media masa menghentam UMNO kononnya berebut dan gilakan kuasa. Sekarang ini Donkey Pokok Sena itu juga yang turut berebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Sebenarnya politik wang dalam pas sudah ada semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan minggu lalu antara anak Nik Aziz dan Adun Mengkabang,Abd Latiff. Geng-geng erdogan telah berusaha untuk memastikan Nik Abduh kalah. Ianya telah diketuai oleh Husam Musa.klik sini. (Penulis blog berkenaan adalah seorang penulis yang pro PAS.)

Husam Musa memang dikenali sebagai bapak kepada segala rasuah di Kelantan. Dia juga adalah salah seorang kepala geng erdogan dan pemain utama politik wang dalam pemilihan PAS kali ini.

Husam menggunakan kelebihan dia sebagai Exco Kelantan untuk mencapai cita-cita politik beliau. Sebagai seorang ahli UMNO saya amat suka kalau Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS ,kerana ianya akan memudahkan kerja-kerja UMNO menghancurkan PAS. Kerana Husam seorang ahli politik yang memainkan politik jahat dan rasuah. Kalau geng ulamak yang terpilih agak susah sikit ,kerana tiada isu untuk UMNO mainkan kerana mereka-mereka ini boleh dikatakan agak bersih.

Berapa banyak balak-balak dan ladang rakyat di Kelantan yang disalahgunakan oleh Husam untuk diberikan kepada kroni-kroninya di Kelantan. Saya dengar cerita Husam juga menyalahgunakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan untuk kepentingannya. Dengar ceritanya disana beliau melantik seorang kroninya iaitu penulis blog kickdefella sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dengan gaji RM 8000.00 sebulan.

Untuk menampakan dia telus dan hendak mengambil hati Nik Aziz maka Husam melantik salah seorang menantu MB Kelantan itu ke satu jawatan yang penting juga di PMBK.

Husam Musa tahu Nik Amar menjadi saingannya yang paling rapat untuk dilantik sebagai MB Kelantan menggantikan Nik Aziz satu hari nanti. Rakyat Kelantan lebih menerima Nik amar daripada Husam. Maka Husam harus mencari jalan bagaimana untuk 'mengenakan' Nik Amar.

Pada satu hari ,artis Maya Karin ada membuat satu kunjungan ke Kelantan. Saya tidak pasti dalam majlis apa. Husam dan Nik Amar juga ada datang ke mjalis tersebut. Semasa upacara penyampaian cenderamata kepada Maya Karin Husam telah aturkan dengan Pengacara Majlis tersebut supaya menjemput Nik Amar menyampaikan cenderamata tersebut kepada Maya Karin tanpa diketahu oleh Nik Amar.

Nik Amar amat terkejut apabila dia dijemput menyampaikan cenderamata kepada Maya Karin. Adalah amat sukar bagi Nik Amar untuk menolaknya apabila namanya dijemput dengan tiba-tiba. Sudah tentu majlis akan rosak jika Nik Amar menolaknya.

Maka dengan muka tersipu-sipu Nik Amar menyampaikannya kepada Maya Karin. Semasa penyampaian itu dilakukan oleh Nik Amar, budak suruhan Husam iaitu kickdefella telah mengambil gambar. Kemudian gambar itu disiarkan di dalam blog kickdefella.

Motif Husam ialah untuk menunjukan kepada rakyat Kelantan bahawa Nik Amar sebagai seorang yang tergolong dalam golongan ulama tapi bersekongkol dengan artis perempuan. Dengan itu reputasi baik Nik Amar akan tercalar dan rakyat Kelantan akan menolaknya. Apabila rakyat Kelantan menolak Nik Amar maka peluang untuk Husam menjadi MB Kelantan amat cerah.

Terbaru,hari ini Husam mengatakan Anwar Ibrahim adalah sahabatnya. Dulu semasa Anwar didalam penjara dan selepas keluar penjara Husam tidak percayakan Anwar. Masa itu juga dia tidak berapa rapat dengan Anwar. Dia yakin Anwar seorang peliwat. Perkara ini pernah diberitahu kepada bekas sahabat baik beliau iaitu Ezam Md.Noor.

Husam berkata kepada Ezam dia tahu Anwar memang punyai perangai yang teruk. Tetapi kata kita (PAS) hendak kudakan Anwar sahaja untuk kepentingan politik PAS. Selagi boleh pakai ,maka kita pakailah.

Tetapi segalanya berubah selepas pru 2008. Husam mula rapat dengan Anwar ,kerana Anwar tahu dia harus kudakan Husam untuk mendapatkan sokongan daripada Nik Aziz. Ini kerana pada waktu itu Husam adalah orang kepercayaan Nik Aziz.

Maka Anwar berjanji kepada Husam akan memberikan Husam jawatan Menteri Kewangan jika projek 16 sept menjadi. Dengan syarat Husam harus gunakan sebaik mungkin Nik Aziz untuk memberi sokongan kepada Anwar dalam menjayakan misi mat jenin 16 sept.

Daripada sanalah Husam mula rapat dengan Anwar. Maknanya Husam sebagai seorang pemimpin PAS sanggup gadai prinsip yang dia pegang selama ini demi kerana jawatan.

Apa pun tahniah kepada Husam kerana berkawan dengan peliwat dalam misi untuk menjatuhkan UMNO.

Ikuti lagi kisah Husam disini. Setakat ini ada lapan episod.

COPY FROM ruang bicara faisal

No comments: