Friday, May 8, 2009

Sepatah Dua Kata dari Pegawai Khas YAB. Menteri Besar Perak

Salam, saya bagi pihak Dato Seri Dr. Zambry Menteri Besar Perak, serta ahli Exco serta ahli dewan BN bersama ahli dewan bebas yang menyokong BN ingin merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh Malaysia kerana turut sama mendoakan kejayaan sidang dewan bersidang pada hari ini, walaupun ada usaha terancang dari pihak DAP, PAS dan PKR untuk membatalkan sidang Dun pada hari ini, mereka membuktikan diri mereka adalah kelompok yang terdesak dan tidak mempunyai etika sebagai ahli yang mewakili rakyat, hasrat mereka jelas untuk membatalkan sidang dewan dengan berbagai kaedah termasuk menyekat Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk bertitah, tetapi mereka terlupa kekuasaan ini adalah hak ALLAH swt, dan Allah lah yang menentukan kepada siapa untuk di serahkan amanah menjaga rakyat, negeri dan negara.

Selama lebih 5 jam ahli Dun BN bersabar walau pun mereka memaki hamun, menghina dan mencerca termasuk menyentuh soal peribadi dan kaum, dalam keadaan tegang begitu pun Dato Seri MB tetap tenang, hari ini juga membuktikan kesemua ahli dewan BN juga dun bebas bersatu, bekerjasama senada dan seirama, mereka berpadu tenaga untuk menjayakan sidang dewan terus berjaya, walau pun kita berjaya bukan lah bermakna perlu di raikan secara berlebihan,

Ambillah sejarah hari ini sebagai pengajaran betapa sukarnya kita untuk mempertahankan kuasa jika ia pernah hilang, kita perlu terus bersatu, kuatkan jentera, teruskan kerja, berikan kesedaran pada keluarga dan teman-teman, kejayaan hari ini bukan kejayaan Umno atau BN, bukan juga sekadar kejayaan ahli dewan BN, tetapi kejayaan kita semua yang cinta kepada Islam..cinta pada keamanan, terima kasih atas doa saudara semua, terima kasih juga kepada pasukan keselamatan, terima kasih Saudara Hamdan Taha..Allahualam

No comments: