Friday, June 12, 2009

LAWATAN KWAN YEW

Dalam iklim Malaysia yang agak kurang baik samada dari segi politik, ekonomi dan alam yang agak berjerebu seribu satu persoalan bermain didalam kepala aku, kenapa Kwan Yew ni beria benar nak jelajah Malaysia?
Apakah agenda tersembunyi yang sedang bermain dalam kepala otak Kwan Yew masa ni? Walaupun masa Singapura keluar dari Malaysia aku belum lahir tapi dari buku-buku yang pernah aku baca dan sejarah telah diketahui 'Siapa Kwan Yew ni'.
Mungkin kita ada saudara atau sahabat di seberang tambak sana sedang merana namun seperti kata Chedet 'Melayu Mudah Lupa'.
Melayu hanya tinggal sejarah di Singapura. Hanya tinggal gambar orang Melayu pada matawangnya, hanya tinggal lirik Melayu pada lagu kebangsaannya dan hanya tinggal arahan kawat dalam bahasa Melayu.
Peristiwa 1965 cukup besar kesannya pada orang Melayu angkara Kwan Yew. Hari ini Melayu Singapura ibarat pendatang. Tidak ada lagi keistimewaan seperti kita disini.
Namun 'red carpet' menanti Kwan Yew. Kenapa setelah DAP berkuasa di beberapa negeri,Kwan Yew beria benar nak makan angin di Malaysia. Kalau sebelum ini, hanya datang ke KL tapi makan angin kali ni akan berakhir di Pantai Pulau Pinang.
Aku pernah bertugas di Outward Bound Malaysia Lumut dan pernah mengendalikan pelajar-pelajar dari Singapura, anak Melayu pun tak tahu berbahasa Melayu.
Pasti ada sesuatu yang Kwan Yew harapkan. Hanya dia yang tahu...

1 comment:

Parpu Kari said...

saya sudah link artikel ini dari blog saya..pendek cite ni tapi mantap!