Tuesday, June 2, 2009

PERBEZAAN UMNO & PAS...

Mari kita sama-sama fikirkan...Apakah perbezaan antara UMNO dan PAS? Secara peribadinya, aku nampak banyak perbezaan antara UMNO dan PAS dan ada juga persamaannya.
Kita tengok UMNO dulu. UMNO adalah parti yang mengamalkan dasar terbuka. Terbuka hampir keseluruhannya. Media arus perdana ataupun media UMNO setiap hari menceritakan apa yang berlaku dalam UMNO samada cerita buruk atau baik. Setiap hari kita boleh lihat diakhbar soal penyelewengan, rasuah termasuk politik wang, skandal pemimpin parti dan bermacam lagi. Yang baik pun akan kita baca dan dengar melalui media. Projek pembangunan, pendidikan, agama dan lain-klain lagi. Itu UMNO.
PAS pula lain dasarnya. Ia mengamalkan dasar tertutup. Apa masalah dalaman tidak akan disiarkan dalam media PAS. Apakah PAS tiada masalah? Sudah pasti ada. Masalah kepimpinan yang berpuak. Ada puak ulama, profesional, erdogan, fahaman agama yang berbeza seperti puak syiah, wahabi, sunnah wal=jamaah dan bermacam lagi. Mamun ia tertutup rapat dari pengetahuan umum. Itu menyebabkan PAS dilihat tiada masalah. Politik wang juga berlaku dalam PAS. Penyelewengan pemimpin juga ada. Masalah peribadi pemimpin juga wujud, cuma tidak didedahkan melalui media PAS.
Akhirnya kita lihat pula persamaan antara PAS dan UMNO. Kedua-dua parti ini dikuasai oleh orang melayu dan islam. Dasar perjuangannya untuk menegakkan islam. Ahlinya sama, sembahyang lima waktu sehari semalam. Puasa di bulan ramadhan, menunaikan haji dan sama dari segala tuntutan islam. Cuma mungkin perlaksanaannya yang sedikit berbeza.
Aku cukup yakin satu hari UMNO dan PAS boleh duduk semeja mencari titik pertemuan yang akan menjadikan Islam sebagai sebuah agama yang tersohor di Malaysia...AMIN

4 comments:

Anonymous said...

Pada saya satu sahaja penghalangnya iaitu Nik Ajis. Nik Ajis pada saya adalah orang yang paling lantang sekali menghalang perpaduan Islam. Alasannya kerana pernah kecewa dengan UMNO entah berapa puluh tahun dahulu. Apa yang saya musykilkan, pada zaman tersebut suasana berbeza, pemimpin yang dulu juga sudah tiada di pihak UMNO kecuali Nik Ajis yang masih kekal. Kesimpulannya (minta biar saya salah) hati kecil Nik Ajis penuh dengam dendam kesumat sehingga tidak boleh memaafkan sesama umat Islam. Malangnya sesama kafir harbi seperti DAP boleh pulak?

Anonymous said...

Aku orang Melayu amat risau , dari analisa aku pas akn berkubur sikit masa lagi..kerna tiada lagi perjuangan Islamnya....takut Allah akan cabut keistimewaan yang telah diberikan kepada PAS sebelum ini..
walupun ramai yang akan kondem aku tapi insyaalah itu le hakikatnya..

Anonymous said...

alah dulu pun dia bukannya pemimpin saf tertinggi parti PAS....

org mcm nik aziz ni campak aje dlm longkang....

mcm org2 syiah yg ratapi hussain dan dibaca kisah2 karbala yg dah berusia beribu tahun ....

logik ke umat islam skrg mewarisi dendam kesumat puak2 khawarij seribu tahun yg lalu ....sbb tu islam tak maju2.

sama la dgn otak tuan guru kenit ni ..... suruh org bernostalgia dendam kesumat tahun 70an dulu... aku tak nakk!!!

ni tahun 2009 la ...wake up.

Khairul Nizam.

PARPUKARI said...

mintak izin copy ya saudara! TQ