Monday, June 15, 2009

SELAMAT DATANG KE PARLIMEN

Selamat datang diucapkan kepada Nizar ke Parlimen. Hari ni merupakan hari pertama Nizar diParlimen.
Selepas sahaja mengangkat sumpah, Nizar telah diarahkan keluar dewan dan terus digantung untuk tempoh 2 hari kerana memakai kain lilit di songkok dengan perkataan 'BUBAR DUN PERAK' . Tak cukup dengan itu, beliau juga menjerit 'kembalikan hak rakyat'.
Ini merupakan sejarah dalam dewan Parlimen. Baru je angkat sumpah dah kena keluar dan digantung dari dewan.
Pada Nizar ini merupakan satu kejayaan. Inilah strategi Nizar anak murid Anwar. Untuk memastikan populariti tidak meleset, mesti cetuskan isu. Tak kira samada isu itu positif atau sebaliknya. Hari-hari mesti masuk media. Biar apa orang nak kata, yang penting populariti mesti 'maintain'. Inilah amalan Anwar. Sebagai seorang ahli politik populariti mesti dikekalkan.
Kita lihat Anwar. Hampir 2 bulan namanya agak dilupakan. Bagi memastikan beliau tidak tertinggal, maka beliau membawa isu agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Pasti ramai yang marah. Maka nama Anwar akan diingat sekali lagi. Inilah strategi Anwar yang diikuti Nizar.

1 comment:

hudada said...

setuju..