Sunday, July 5, 2009

WALK THE TALK....PESANAN BUAT TOK GURU NIK AZIZ

Salam sejahtera!!! Aku balik berjumpa kawan yang pulang dari KL. Mereka ni golongan muda yang tak berparti (atas pagar). Mereka ni merupakan pengundi muda yang baru pertama kali mengundi pada PRU 12. Baru bertugas di KL. Yang menariknya mereka ni adalah pengikut 'tarikat' dan mendalam perihal agama. Kalau sembang bab agama, cukup mendalam pengetahuan mereka.
Kami bersembang hal ulamak yang duduk dalam parti politik. Berbagai perkara yang disembangkan termasuklah kisah Tuan Guru Nik Aziz. Dari perbualan itu, mereka berpendapat Tok Guru ni kena keluar dari PAS untuk menegakkan Islam. Alasan mereka cukup menarik. Selagi Tok Guru ni ada kat dalam PAS ia akan terpengaruh dengan agenda politik yang pasti tidak akan membenarkan Islam ni diperjuangkan. Tok Guru ni sebenarnya sangat dihormati dan disegani samada dari UMNO mahupun PAS sebelum ni. Namun suasana politik hari ini menyebabkan beliau sudah hilang kredibiliti sebagai seorang Tok Guru dan menjadi mangsa kepada permainan politik.
Ini jelas kalau kita lihat didalam blog-blog yang mana sebelum ini tidak pernah kita lihat wajah Nik Aziz digambarkan begitu rupa.
Ketokohan Nik Aziz sudah jatuh akibat kenyataan-kenyataan yang berbau politik sedangkan beliau merupakan seorang ulamak dan kenyataannya haruslah menjurus tentang soal agama. Kumpulan-kumpulan yang mempunyai agenda politik telah mempergunakan Nik Aziz untuk kepentingan mereka. Kini Nik Aziz dianggap sebagai seorang ahli politik dan bukan sebagai Tok Guru atau pendakwah. Islam yang dibawanya telah dibaham oleh politik. Rakyat mula mempertikai kenyataan-kenyataan beliau dan imej beliau sebagai seorang Tok Guru juga mula diragui. PAS dan UMNO sukar untuk disatukan melainkan ada pihak ketiga yang betul-betul mahu memperjuangkan Islam. Ini kerana PAS dan UMNO agendanya berbeza.
Tok Guru Nik Aziz tak perlu berdebat kerana ini mainan politik. Tok Guru tinggalkan parti, jadi pemimpin kepada pihak yang ketiga yang sebenarnya ramai menunggu pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan Islam dan Insyaallah kebangkitan Islam akan bermula di Malaysia yang kita cintai...

3 comments:

Anonymous said...

Bagaimana jika semua orang Melayu bubarkan parti-parti politik mereka dan memerintah negara tanpa berparti.

Menunggu Raja Yang Adil....

tj @ sr

Sisingamangaraja Gorgor said...

Stuju sangat ngan anon...~

Demokratik sebenarnya dah tak relevan kat Malaysia... Sebuah Negara Islam yang sedang membangun...~

Demokratik yang diamalkan di Malaysia skarang hanyalah sebagai satu proksi atau cara untuk bukan Melayu dan bukan Islam yang pro-barat dan pro-zionis memerintah dengan menggunakan konspirasi dan propaganda mereka...~

Harap dapat ditegakkan kembali kekuasaan Raja-Raja Melayu menjadi Pemerintah Negara seperti zaman sebelum kolonialis dulu...~

Yang Di-Pertuan Agong menjadi Raja Negara dan Raja Muda atau Putera Mahkota menjadi Perdana Menteri...~

Ubahkan UMNO, PAS, MCA, MIC, PPP dan PBB Sarawak dari sebuah parti politik kepada pertubuhan NGO yang akan menasihat Perdana Menteri dalam segala hal...~

Anonymous said...

Mungkin Raja Yang Adil itu bukannya yang sedang bertakhta sekarang ini.