Saturday, August 29, 2009

APAKAH KITA SUDAH MERDEKA???


31 Ogos datang lagi. Kita akan menyambutnya untuk kali yang ke 52. Sambutan hari kemerdekaan disambut setiap tahun tanpa henti bermula dari tahun 1957. Berbagai acara sambutan diadakan samada dari pihak kerajaan mahupun pihak swasta ataupun orang persaorangan. Semua orang mahu terlibat merayakan hari kemerdekaan.
Aku masih teringat ketika aku kecil. Nun di hulu Negeri Perak iaitu di Lenggong. Setiap kali menjelang hari kemerdekaan, program anjuran Jabatan Penerangan akan diadakan di Dewan Bunga Raya Lenggong. Selain tayangan wayang penerangan, acara seperti kebudayaan dan pertunjukan pentas akan diadakan. Biasanya aku akan terlibat dengan acara pakaian beragam dan biasanya aku mesti juara. Selain itu acara mendeklimasikan puisi yang bertemakan 'merdeka' akan berkumandang. Drama pentas juga akan mengisi program malam merdeka. Aku masih ingat kumpulan drama SMDA biasanya yang membuat persembahan. Tajuk dramanya pun aku masih ingat sehingga hari ni iaitu 'DARAH MERAH DIBUMI HIJAU'. Drama ni cukup menarik dan mereka ni pernah menjadi juara Pertandingan Drama Kebangsaan.
Itu cerita dulu. Masa telah berubah dan pengertian merdeka juga telah berubah. Hari ini kalau malam merdeka yang muda-mudi akan memenuhi disko-disko atau tempat hiburan untuk menyambut merdeka. Yang Mat Rempit akan mengelilingi bandar dengan bendera dalam kumpulan yang ramai. Ada juga anak dara yang kehilangan dara kerana 'merdeka'.
Kerajaan-kerajaan Negeri pula akan membelanjakan puluhan atau mungkin ratusan ribu ringgit dengan acara hiburan dan juga pertujukan bunga api. Dah jadi macam budaya pula setiap kali sambutan merdeka mesti ada bunga api. Kalau diKL tu, yang wajib ialah di Dataran Merdeka dan KLCC.
Banyak nyawa yang melayang malam merdeka. Yang Mat Rempit dengan Mat Rempit le. Yang mabuk keluar disko pun tak kurang hebatnya. Pihak Polis tak boleh buat apa pasal malam merdeka.
Ada keluarga yang kehilangan anak. Isteri hilang suami dan bermacam lagi akibat merdeka. Ada yang menjadi janda, ada yang jadi duda dan paling menyedihkan anak-anak muda yang sepatutnya menjadi harapan negera terkorban dimalam merdeka.
APAKAH KITA SUDAH MERDEKA? Bunga api tu budaya kita ke. Hiburan yang melampau tu merdeka ke. Mat Rempit dengan bendera tu tanda kita merdeka ke. Disko-disko dibenarkan beroperasi lebih waktu malam merdeka tu petriotik ke.
Mungkin jasad kita merdeka tapi jiwa kita masih dijajah. Yang lebih malang malam merdeka anak melayu lah yang mendominasi. Kematian anak melayu, mabuk anak melayu, yang hilang dara anak melayu.
Apakah pemimpin tak nampak perkara ni atau buat-buat tak nampak? Apakah pemimpin hari ni faham apa difinasi kemerdekaan? Atau pemimpin rasa itu bukan tanggungjawab mereka sebab bukan keluarga mereka?
Mungkin ini kesilapan pemimpin dahulu. Sekarang pemimpin dah baru. Jangan lah kita mengulangi kesilapan yang sama kerana manusia yang mengulangi kesilapan yang sama adalah manusia yang paling hina. Percayalah!!! Untuk mendapat kemerdekaan bukan sesuatu yang mudah dan untuk mengisi kemerdekaan bukan sesuatu yang senang. Kita harus memahami apa erti merdeka dan menjadi tanggungjawab kita juga untuk memahamkan orang lain maksud merdeka.
SELAMAT HARI MERDEKA!!!

No comments: