Tuesday, July 27, 2010

Pokok Jarak

Pokok Jarak di kawasan terganggu
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Keluarga: Euphorbiaceae
Subkeluarga: Acalyphoideae
Tribe: Acalypheae
Subtribe: Ricininae
Genus: Ricinus
Spesies: R. communis
Nama binomial
Ricinus communis
L.
Pokok Jarak ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.
Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.
Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa. Kejadian dua kes yang baru-baru ini dapat memberikan wawasan tambahan terhadap ketoksikan yang boleh dijangka. Dalam kedua-dua kes tersebut, muntah dan cirit-birit berulang kali berlaku, dengan tingkat kreatina serum dinaikkan. Pendehidratan adalah lebih ketara dalam kes kedua. Bagaimanapun, kedua-dua pesakit dapat pulih tanpa peristiwa menarik. Manifestasi-manifestasi ketoksikan kacang kastor yang lain yang pernah dilaporkan, termasuk nekrosis hepar, kegagalan renal, hemolisis eritrosit, konvulsi, dan renjatan tidak berlaku. [1] Sila lihat risin untuk data ketoksikan yang lebih lanjut.
Biji-biji kastor telah ditemukan di makam-makam Mesir yang bertarikh sejak dari 4000 SM. Herodotus dan para pengembara Yunani telah memperhatikan kegunaan minyak jarak sebagai bahan api lampu dan minyak badan.
Pengeluaran kacang kastor di seluruh dunia adalah di sekitar sejuta tan setahun. Kawasan-kawasan pengeluaran yang utama termasuk India, China, dan Brazil. Adanya juga banyak rancangan pembiakan baka yang aktif.

Isi kandungan [sorok]
1 Tatanama
2 Habitat dan pertumbuhan
3 Kegunaan
4 Galeri gambar
5 Rujukan
6 Lihat juga
7 Pautan luar
[sunting]Tatanama

Nama Ricinus merupakan perkataan Latin untuk sengkenit . Kacangnya dinamai sedemikian kerana ia mempunyai bonggol pada salah satu hujung serta tanda-tanda yang kelihatan seolah-seolah sebilangan sengkenit.
Nama amnya dalam bahasa Inggeris, iaitu "castor oil", mungkin merupakan pengganti untuk castoreum, bes minyak wangi yang diperbuat daripada kelenjar perineum Memberang ("castor" dalam bahasa Latin).
[sunting]Habitat dan pertumbuhan

Walaupun Pokok Jarak mungkin berasal dari kawasan tenggara Mediterranean dan Afrika Timur, pokok ini tersebar secara meluas di seluruh kawasan tropika pada hari ini. [1] Pokok Jarak hidup biak dengan mudah seolah-olah ia merupakan pokok asli dan sering ditemukan di tanah tandus. Ditumbuh secara meluas sebagai suatu tanaman seperti di Ethiopia, pokok ini juga dipergunakan sebagai tumbuhan hiasan di taman-taman dan kawasan-kawasan awam yang lain, khususnya sebagai "tumbuhan bintik" dalam skim-skim pendasaran tradisional.
Walaupun bersifat monotip, Pokok Jarak amat berbeza dari segi tabiat pertumbuhan serta rupanya. Ia merupakan pokok renek malar sulur akar yang tumbuh dengan cepat dan yang boleh mencapai tinggi sebatang pokok kecil (sekitar 12 meter), akan tetapi pokok ini tidak lasak. Di kawasan-kawasan yang sering mengalami fros , pokok ini biasanya lebih rendah dan tumbuh seolah-olah ia merupakan sebatang tumbuhan semusim. Pokok ini dapat mencapai 2-3 meter tingginya dalam setahun (jika disemai dengan awal di bawah kaca dan dikekalkan pada suhu kira-kira 20° C sehingga dipindahkan ke kawasan terbuka). [2]
Daunnya berkilat, antara 15 hingga 45 sentimeter panjangnya, dan berbentuk palmat, dengan 5-12 lobus yang ketara serta tepi yang bergigi. Warnanya berbeza-beza antara hijau tua (kekadangnya dengan warna kemerah-merahan sedikit) sehingga ungu kemerah-merahan atau kuning gangsa. Tangkai dan lenggainya yang bulat dan berduri juga berbeza-beza dari segi pempigmenannya, dengan lenggai lebih menonjol berbanding dengan bunganya.
Bunga jantan berwarna hijau kekuning-kuningan, dan mempunyai stamen-stamen yang berwarna putih kuning. Ia disangga oleh spika yang berbentuk ovoid dan yang panjangnya sehingga 15 sentimeter. Bunga betina yang terletak pada hujung spika mempunyai stigma yang menonjol dan yang berwarna merah. [3]
Pemilihan-pemilihan telah dibuat oleh para pembiak baka untuk dijadikan tumbuhan hiasan:
Gibsonii mempunyai daun-daun yang merah sedikit, serta vena-vena kemerah-merahan dan lenggai yang hijau kemerah-merahan jambu.
Carmencita Merah Jambu adalah serupa dengan Gibsonii, dengan tangkai yang merah kemerah-merahan jambu.
Carmencita Merah Terang mempunyai tangkai yang merah, serta daun yang berwarna ungu tua dan lenggai yang merah.
Kesemua tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan tumbuhan musim dan tumbuh sehingga sekitar 1.5 meter tingginya. [4] Tumbuhan-tumbuhan yang lain yang juga digunakan sebagai tumbuhan hiasan adalah seperti yang berikut:
Impala adalah padat (hanya 1.2 meter tingginya), dengan dedaun dan tangkainya berwarna kemerah-merahan. Warna tunasnya adalah paling terang.
Puncak Menara Merah (bahasa Inggeris: Red Spire) tingginya 2-3 meter, dengan tangkai merah serta dedaun yang berwarna kuning gangsa. (Ketinggian merujuk kepada pokok yang ditumbuh sebagai tumbuhan semusim.)
Zanzibarensis juga 2-3 meter tingginya dan mempunyai daun besar (50 sentimeter panjangnya) yang berwarna hijau sederhana serta tulang daun yang berwarna putih. [5]
Kacang kastor juga dipergunakan sebagai satu tumbuhan makanan oleh larva-larva untuk sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk Rama-rama Harimau Bintang Raksasa (bahasa Inggeris: Giant Leopard Moth), Hypercompe hambletoni, dan Rama-rama Buah Pala (bahasa Inggeris: Nutmeg). Ia merupakan makanan kesayangan Burung Merpati Tamburin (Turtur tympanistria; bahasa Inggeris: Tambourine Dove).
[sunting]Kegunaan

Rencana utama: Minyak jarak
Penggunaan minyak jarak untuk lampu dan ubat tempatan di India telah didokumenkan sejak 2000 SM lagi. Ubat itu dipergunakan sebagai julap dan katartik dalam sistem perubatan UNANI dan Ayurvedik, serta juga sistem-sistem etnoperubatan yang lain.
Kacang kastor dan minyak jarak juga telah digunakan di China sejak berabad-abad lagi, khususnya sebagai ubat tempatan untuk kegunaan dalaman atau serta juga sebagai tuam untuk merawat kecederaan.
[sunting]Galeri gambar


Debunga Ricinus communis (gambar mikroskop elektron)

Kacang Ricinus communis

Buah Ricinus communis

Tunas yang menonjolkan kotiledon

Bunga dan buah Ricinus communis

Kebun Ricinus communis Carmencita di Belanda

Ricinus communis

No comments: