Sunday, September 19, 2010

PENYAKIT MASYARAKAT....

Salam 1Malaysia, Salam Syawal....

Sejak akhir-akhir ini, kita sering didendanngkan dengan pelbagai cerita yang kurang menyenangkan.
Dari cerita curi kecil-kecilan sehinggalah ke cerita bunuh yang menyayat hati. Apa sudah jadi? Kemana hilangnya nilai kemanusiaan pada diri kita? Apakah kita sudah hilang jati diri dan sudah tidak ada lagi maruah pada diri kita?
Apakah ini yang kita mahukan? Adakah ini ciri-ciri sebuah negara Merdeka dan inikah pra-syarat untuk menjadi sebuah negara maju?
Kita mungkin telah berjaya memenuhi syarat secara infranya untuk sebagai sebuah negara maju tapi mungkin kita alpa dan lupa untuk membangunkan manusianya.
Kita terlalu leka mencari kekayaan sedangkan ramai lagi yang daif. Bagi mencari jalan ringkas untuk seiring dengan yang kaya, berbagai tindakan yang jauh tersimpang dari norma manusia waras dilakukan untuk mengisi tuntutan dunia yang serba mencabar.
Tak kira la apa cara, halal atau haram manusia hari ini berlumba mencari kekayaan seiring dengan pembangunan pesat menuju NEGARA MAJU 2020.
2020 hanya tinggal 10 tahun lagi. Berapa banyak lagi nyawa yang menjadi korban?
Berapa ramai lagi yang akan menderita?
Sedarlah wahai semua. Apakah ini yang kita cari? Apakah kita sudah tidak waras? Apakah ini janji kita sebelum dilahirkan? Fikir-fikirkan la...

No comments: