Jelas Presiden UMNO sudah dapat menghidu masalah yang dihadapi oleh UMNO.Sebagai pemimpin tertinggi dalam parti, 'point of view' beliau jelas memperlihatkan kepincangan yang berlaku dalam UMNO. PRU 12 adalah indicator pada masa depan dan hala tuju UMNO.
Sebenarnya ada semacam kerunsingan dan ketakutan dapat dilihat pada wajah Presiden parti.
Mana tidaknya, pengundi Melayu telah beralih arah dan pengundi bukan Melayu pula terang dan jelas tidak bersama BN lagi.
Mana mungkin UMNO dapat memerintah Malaysia sekiranya tiada back-up dari parti komponen. Pemuda UMNO seperti hilang punca dalam perjuangan. Puteri pula masih tercari-cari. Harapan hanya boleh disandarkan pada wanita.
Maka Presiden parti pun melaungkan slogan 'Trasformasi'. Mungkin agak fobia dengan 'reformasi' namun hakikatnya sama. Beliau menyeru kepada pemimpin dan ahli parti untuk berubah sebelum rebah.
Mampukah pemimpin berubah setelah lama tinggal dalam 'zon keselesaan'? Ahli sediakah untuk berubah kerana telah lama mengidam untuk jadi macam pemimpin yang ada?
Perubahan perlu berlaku dari setiap sudut. Dari ahlinya, pemimpinnya dan yang lebih penting sistemnya!!!
No comments:
Post a Comment