Saturday, November 6, 2010

PRK GALAS & BATU SAPI...

Keputusan PRK Galas & Batu Sapi berpihak kepada BN...Tahniah.
Komen aku...

GALAS
1. Ni PRK dan bukan PRU. Semua jentera dari seluruh Malaysia dapat ditumpukan kesemua kawasan tapi kalau PRU mampu ke BN melakukan seperti PRK.
2. Pertembungan antara UMNO & PAS. Apakah banyak pilihan yang ada pada pengundi? Pasti mereka membuat keputusan memilih BN sebab semua menteri waima sampai Timbalan Perdana Menteri pun turun menabur janji. Kalau tidak kerana PRK, mungkin GALAS pun orang tak tau.
3.Pengundi cina pasti berpihak kepada BN kerana yang bertanding MELAYU. Pengundi cina mengambil kesempatan untuk mendapat projek yang menguntungkan mereka 'direct' dari federal.
4. Bagi pengundi orang asli, PRK baru le dapat jumpa dengan jentera BN sebab ada kawasan khusus diberi pada jentera. Mampu ke jentera tempatan buat seperti ini bila tiba PRU? Sanggupkah disediakan makan pagi, makan tengahari, transport pada pengundi orang asli bila PRU? Boleh ke jentera tempatan bawa masuk generator, TV, astro bila PRU?
5. Apakah dengan kekuatan jentera dan segala machinery yang digunakan, majoriti 1000 lebih boleh dikatakan rakyat sudah kembali kepada BN?

BATU SAPI
1. Memang sudah dijangka BN akan menang bila pertembungan 3 penjuru.
2. Pengundi Batu Sapi menolak 'atonomi' dan menerima 1Malaysia yang mana akan menguntungkan mereka.

Secara keseluruhannya, BN jangan jadikan keputusan PRK ni sebagai 'indicator' sekiranya mahu menang PRU. Semua jentera mesti terus bekerja keras. Semua janji pilihanraya mesti dikota sebelum PRU13 sebagai bukti BN betul-betul mengota janji...

No comments: