Friday, December 10, 2010

PEMIMPIN HADAPAN...



Salam Transformasi....
Setelah sekian lama aku menyepikan diri diruangan blog ni, aku rasa ada perkara yang aku nak tulis tengah malam ni.
Aku nak tulis pasal KJ. Beliau adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO yang telah menang dalam pemilihan dan telah dipilih oleh para perwakilan.
Sebagai seorang pemimpin, beliau dilihat berkarisma dan mampu menjadi pemimpin yang dihormati.
Namun sudah pasti bak peribahasa MELAYU...'bumi mana yang tak ditimpa hujan'. Sebagai seorang manusia, pasti beliau tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Macam dalam program melatih manusia yang selalu aku kendalikan, sering aku menjadikan Thomas Edison sebagai contoh. Dalam usahanya untuk memberikan nikmat kepada manusia lain, beliau melakukan bukan sahaja beratus kali kesilapan, malah mungkin beribu kali kesilapan untuk menghasilkan mentol serta lampu yang kita nikmati hari ni. Dan semua orang yang berjaya adalah melalui proses 'kesilapan'. Namun sesuatu yang perlu diingat, jangan ulangi kesilapan yang sama dua kali.
Begitu la juga dengan KJ. Untuk menjadikan beliau seorang yang berjaya dan cemerlang, pasti beliau juga melalui proses yang sama.
Dalam setandan pisang, pasti ada busuknya. Namun apakah kerana sebiji dua yang busuk maka kita perlu buang semuanya. Buang sahaja yang busuk, yang lainnya boleh kita makan.
Aku melihat dari sudut positifnya KJ ni. Beliau seorang yang masih muda. Namun kini beliau telah berada ditempat yang cukup tinggi. Mungkin tak semua kita mampu meletakkan diri kita seperti beliau. Maka kita sepatutnya memberikan sokongan kepada beliau untuk terus berada diatas disamping kita terus memberikan teguran kepadanya. Bukan mudah untuk berada ditahap beliau. Berbagai cabaran dan dugaan yang beliau tempohi untuk sampai ketahap itu.
Berilah masa dan ruang untuk beliau membuktikan kemampuannya.
Kepada penyokong dan yang mengundi beliau, jangan biarkan KJ kesaorangan merempuh badai dan gelora yang ganas.
Ubahlah pemikiran wahai pengundi KJ. Apakah kerana KJ tak mampu nak beri projek, maka beliau ditinggalkan. Atau sengaja anda pengundi KJ menaikkan beliau dengan tujuan untuk menjatuhkannya.
Aku tak kenal KJ dan aku juga bukan pengundi KJ, namun aku yakin dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada beliau seluas-luasnya pasti ada sinar yang menerangi pemuda pada masa hadapan...

6 comments:

eM JaY... said...

jolor tuh.yang penting sekali kata-kata demo,"jangan lakukan kesilapan yang sama 2 kali".
tapi sifat ego yang ramai org muda mula cemuh pada KitoL nih.apapun samaLah,ambo bukannya pengundi KitoL...tapi sudah adat pertandingan ada kalah dan menang.apapun,2011 kitoL kena lebih fokus lagi pada hari ini.Mantopp!!!

Groom said...

Betul kata saudara tu terutamanya "Dalam setandan pisang, pasti ada busuknya. Namun apakah kerana sebiji dua yang busuk maka kita perlu buang semuanya. Buang sahaja yang busuk, yang lainnya boleh kita makan."...jadi yg busuknya si Kitol ni lah..dia patut dibuang dari kepimpinan Pemuda kerana tindakannya yang telah menjahanamkan Pemuda dan UMNO...barulah UMNO boleh maju! Dan saya ingatkan saudara " jangan biar pisang berbuah dua kali ok"

Groom said...

sikit lagi..."Beliau seorang yang masih muda. Namun kini beliau telah berada ditempat yang cukup tinggi. Mungkin tak semua kita mampu meletakkan diri kita seperti beliau" Komen saya-memanglah bukan semua kita tak mampu macam dia, sebab kita tak de Pak Mentua PM! Dan lagi "..Berbagai cabaran dan dugaan yang beliau tempohi untuk sampai ketahap itu.." Komen: Mana ada pelbagai cabaran dan dugaan...tak payah cabaran, lepas abis U, jadi menantu Pak Lah...terus dapat ofis kat JPM, terus jadi jutawan dan terus jadi Ketua Pemuda..tu ko kata pelbagai cabaran dan dugaan? peeeeeeeeeeerahhhh..kalau nak mengampupun, sikit-sikit cukuplah beb...

penyair dari gunung said...

maksud aku setandan pisang tu KJ la...yang busuk tu apa yang tak baik pada dia la...mana ada manusia perfect bro...
cabaran dan dugaan tu untuk nak jadi KP la...ingat senang ke nak dapat. Bukan tanpa bertanding...best man win la bro...
tak main le mengampu-ngampu bro, KJ bukan kenal aku pun...
apakah KJ je tak baik yang lain tu baik???

aku said...

salam,
buat apa kita nak pilih pilih setandan pisang yg dah ada 1-2 bijik busuk...kalau pegi beli kat kedai pun, aku confirm kita akan ambil yg semuanya ok..

bakat org2 muda yg lain lagi ramai. si kitol ni..dia pun dah kaya, tak perlu lah teruskan politik dia..tumpukan perhatian pada bisnes..Kitol masuk politik pun sebab nak kaya dulu..dia tak pernah hidup susah merasa perjuangan BN/UMNO..tahu-tahu zaman PakLah dia muncul..
TQ

penyair dari gunung said...

aku said
rasanya kalau nak cari pisang setandan yang takde busuk langsung, kena cari malaikat le nampaknya...