Saturday, December 11, 2010
POKOK DURIAN...
Pokok Durian & buah durian (raja buah) kalau yang sedap tu biasanya adalah dari hasil semaian dan penanaman 20 tahun dulu. Antara buah durian yang sedap boleh didapati di kawasan Gopeng, Bukit Gantang...dan beberapa tempat lain. Kebanyakan pokok-pokoknya berusia lebih 15 tahun.
Walaupun dengan teknologi canggih, pokok durian kahwin dapat dihasilkan namun rasanya tidak boleh dibandingkan dengan durian asli.
Begitu la juga halnya dengan politik. Ramai antara kita merasakan suasana politik hari ini hasil dari 'pokok kahwin'. Pada aku, hasil yang kita rasa hari ni lebih kepada pokok dan semaian yang kita mulakan 20 tahun dulu walaupun mungkin ada sedikit sebanyak kesan dan hasil jangka pendek.
Janganlah kita cepat melatah. Ini la hasil dari pemimpin terdahulu. Kalau nak tengok hasil dari pemerintahan Pak Lah mungkin 10 tahun lagi dan kalau nak tengok hasil pemerintahan Najib mungkin 20-25 tahun lagi.
Begitulah juga halnya dengan pemimpin muda seperti KJ,Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin muda yang lain. Hasilnya mungkin selepas pemimpin tu dah takde lagi. Ini lah 'hukum karma'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam persahabatan bro, saja menjengah sahabat disini. Teruskan perjuangan...~ bh
Post a Comment