Friday, December 31, 2010

TAHNIAH BUAT TEAM HARIMAU MALAYA...

Salam 1Malaysia...
Tahniah diucapkan kepada Team Harimau Malaya yang berjaya menjuarai Pertandingan Bolasepak Piala AFF.
Kejayaan ini merupakan titik permulaan kepada Malaysia untuk mengorak langkah kearah yang lebih tinggi.
Melihat kepada corak permainan, ia boleh dibanggakan walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Soal menang atau kalah bukanlah keutamaan, apa yang penting ialah kualiti permainan. Untuk pergi kepertandingan yang lebih tinggi, kualiti permainan juga mestilah tinggi. Melihat kepada pemain-pemain muda yang membarisi skuad harimau Malaya ini, aku yakin mereka ini boleh membuka mata dunia terhadap bolasepak Malaysia. Namun pihak pengurusan juga harus memainkan peranan yang penting.
Pada pandangan aku, barisan pemain ini perlu dikekalkan. Jurulatih juga perlu dikekalkan. Jangan terlalu banyak politik dalam pengurusan. Kemenangan piala AFF adalah merupakan momentum untuk terus mengorak langkah. Bagilah ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pemain-pemain muda ini untuk membuktikan komitmen mereka kepada negara.
Jika pemain dan jurulatih ini dikekalkan, insyaallah dalam 2 tahun dari sekarang kita akan dapat melihat kejayaan demi kejayaan yang akan dikecapi oleh pasukan bolasepak kita. Sekali lagi ucapan TAHNIAH...Majulah bolasepak untuk Negara!!!

No comments: