Tuesday, January 25, 2011

ALAHAI PKR...



Penubuhan parti PKR berasaskan 'keadilan'. Itulah yang menguatkan parti. Ramai rakyat terpesona dengan slogan 'reformasi' atau perubahan. Sejak dari penubuhannya pada awal 1999 sehingga kini telah berjaya menarik ramai penyokongnya.
Berbagai latarbelakang rakyat menyertai parti PKR ni dan berbagai bangsa juga bersama dengan PKR.
Bermula dari penubuhan dapat dilihat PKR menjadi ancaman kepada parti pemerintah.
'Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari'. PKR yang telah berusia 10 tahun kini ibarat retak menanti belah. Asas perjuangan iaitu menentang kronisma, nepotisma, demokrasi, ketelusan sudah tidak mampu diperjuangkan lagi.
Ini bermula selepas PRU12. Kenapa jadi begini? Jawapannya senang je...selepas PRU12, semua dah mula berkira-kira untuk memegang jawatan penting kerana dah terasa bahang untuk jadi pemerintah. Ada yang dah berangan nak jadi YB, Menteri dan jawatan2 penting yang lain.
Idelogi perjuangan telah terhakis akibat ketamakan dan kegelojohan untuk mendapat apa yang diangankan.
Maka berlakulah pijak-memijak, jatuh-menjatuhkan demi servival peribadi. Hilang semua pertimbangan akal yang waras. Semua kerana gila kuasa.
Apa bezanya dakwaan PKR terhadap UMNO? Rasanya lebih teruk dari UMNO. Tu belum berkuasa...kalau dah berkuasa, hancur la parti dan negara.
Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi bersama PKR, tinggalkanlah perjuangan parti yang sia-sia tu. Mari kita rapatkan kembali matlamat perjuangan asal kita. Tinggalkanlah Azmin, Anwar Ibrahim dan kroni dengan PKRnya...Marilah kita berjuang atas nama agama dan bangsa!!! REFORMASI...

No comments: