Tuesday, February 8, 2011

SIDANG MEDIA PEMUDA UMNO PERAK...

Satu sidang media telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Perak bagi menjawap isu ANCAK yang telah berlarutan sekian lama. Sidang media yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairul Azwan Dato Harun bagi menjawap kepada risalah yang tersebar luas semenjak seminggu yang lalu. Sidang media tersebut telah dibuat di Bagunan UMNO Negeri yang turut dihadiri oleh barisan exconya. Menurut Saudara Azwan, sidang media ini dibuat bagi memperjelaskan isu sebenar yang telah diputarbelitkan oleh pihak pembangkang terutamanya DS Nizar. Walaupun telah diperjelaskan beberapa kali oleh YAB Menteri Besar Perak, DS Zambry termasuk didalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, namun ia terus menjadi isu dan bahan untuk DS Nizar semasa berceramah dan yang terbarunya risalah telah diedarkan dibeberapa buah masjid sewatu Solat Jumaat yang lalu. Menurut Saudara Azwan perkara ini perlu diperjelaskan dan dihentikan segera.
Beliau dalam kenyataannnya menganggap DS Nizar sebagai 'political clown' kerana sentiasa berubah-ubah kenyataannya dalam setiap ceramah dan menjadikan isu ANCAK ini sebagai bahan untuk beliau ditertawakan oleh penonton.
Saudara Azwan juga menganggap DS Nizar ni ibarat orang yang hilang ingatan kerana DS Nizar sendiri telah mendifinasikan erti sebenar didalam Sidang DUN dengan merujuk Kamus Dewan.
Menurut kamus dewan, istilah ANCAK adalah seperti berikut 'talam dibuat dr anyaman (bambu, daun, atau lidi nyiur) untuk tempat barang yg disajikan kpd roh (hantu dsb);
Saudara Azwan juga meminta agar aktiviti ANCAK dirujuk kepada gambar seperti dibawah:

GAMBAR AKTIVITI ANCAK DI INDONESIA

Menurut kenyataan DS Nizar dan juga melalui risalah yang diedarkan, beliau telah menuduh DS Zambry sebagai telah melakukan perbuatan kurafat. Tan Sri Mufti dalam kenyataannya merujuk kepada perrbuatan yang telah dibuat oleh Ds Zambry telah menyatakan perbuatan Ds Zambry bukanlah perbuatan ANCAK sebaliknya hanya sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang masih diamalkan disesetengah tempat dan tidak sama dengan ANCAK.
Seterusnya Saudara Azwan mempersoalkan pula apa yang telah dilakukan oleh Ds Nizar dalam isu kematian Teoh Beng Hock. Semasa beliau menghadiri satu majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock di Pejabat DAP, beliau dengan beberapa orang telah melakukan 'moment of silence' dengan memegang lilin yang dengan terang dan jelas bertentangan dengan amalan dalam ISLAM. Apakah ini tidak kurafat? Tanya Saudara Azwan...

Perbuatan membakar lilin untuk memperingati simati adalah merupakan amalan Kristian. Merujuk kepada gambar dibawah, perbuatan yang dilakukan oleh Ds Nizar adalah sama. Selain dari Kristian, upacara membakar lilin juga diamal oleh kaum Yahudi.

Diakhir sidang media itu, saudara Azwan meminta agar Ds Nizar menghentikan dengan segera tentang isu ANCAK yang telah sekian lama diputarbelitkan beliau.
Pergerakan Pemuda UMNO Perak juga akan mengeluarkan 1 juta CD untuk diedarkan kepada rakyat mengenai tafsiran ANCAK yang telah dibuat oleh Ds Nizar semasa sidang DUN yang lalu.

No comments: