Wednesday, March 9, 2011

FB,BLOG,TWITTER &....

Salam...
Baru-baru ini kita dengar ada ura-ura kerajaan bercadang mahu menghalang penggunaan beberapa laman internet seperti blog, Facebook, Twitter dan beberapa halaman lain yang dianggap menggugat kerajaan dan parti UMNO.
Jika benar perkara ini berlaku, ia amatlah mengecewakan. Ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak serta merugikan. Mana tidaknya, kerajaan yang sama yang membelajakan jutaan ringgit untuk membangunkan dunia cyber tapi akhirnya kerajaan yang sama mahu menghalangnya.
Kenapa perlu dihalang dunia alam maya atau dunia tanpa sempadan ini? Apakah ia benar-benar merupakan amcaman kepada pihak kerajaan? Kenapa ini berlaku?
Bangsa lain telah jauh maju kehadapan. Dengan menguasai dunia internet, ia bukan sahaja sekadar hiburan, malah jauh dari itu laman sosial merupakan ruang-ruang perniagaan kepada mereka yang bermodal kecil seperti aku.
Tujuan diwujudkan internet diMalaysia juga adalah sebagai satu langkah kehadapan untuk mereka yang menguasai alam maya ini.
Tidak timbul soal ancaman kepada kerajaan melalui laman sosial ini kerana ianya sentiasa dipantau. Sebaliknya ia menjadi ancaman kerana pihak parti yang memerintah tidak menganggap laman sosial ini merupakan satu medium baru penyebaran maklumat.
Kini ramai rakyat sudah tidak lagi membaca akhbar ataupun menonton berita. Laman seperti Facebook atau blog telah mengambilalih media-media.
Sepatutnya parti yang memerintah mengarah atau mengerah semua peringkat untuk menguasai laman ini. Jika tidak tahu, diajar. Wujudkan kelas-kelas untuk mereka yang kurang arif ini belajar serta menguasai laman sosial ini.
Tidak kurang juga pakar-pakar laman sosial ini dan mereka sanggup untuk berkongsi pengalaman mengajar mereka yang tak tau.
Itulah masalah parti memerintah. Sama seperti sukan. Kita hanya berjaya menganjur, kejayaan milik orang lain.
Parti yang memerintah buat internet tapi parti lain yang menguasai....

No comments: