Tuesday, June 7, 2011

NASIB SI NIZAR LAMBAI...

Nizar Jamaluddin merupakan mantan MB Perak yang hanya sempat duduk ditahta selama 11 bulan.

Sebenarnya Nizar ni tak pernah terbayang untuk jadi MB pun. Bukan sahaja dirinya malah rakyat Perak pun tak terfikir Nizar sebagai MB Perak. Dia bertanding ditempat yang cukup kontravesi iaitu di DUN Pasir Panjang.

DUN Pasir Panjang ni dah 3 kali pilihanraya UMNO minta untuk letak calonnya disitu. Tapi atas dasar permuafakatan BN, maka DUN ini terus dibagi kepada MIC walaupun ramai ahli UMNO yang tak puas hati.

Kemuncak kepada kemarahan ahli UMNO ialah pada PRU 12 yang lalu. MIC terus diberi laluan untuk bertanding ditempat tersebut dan berlawan dengan calon PAS iaitu Nizar Jamaluddin. Tak pasal-pasal Nizar menang kerana ketidakpuasan hati ahli UMNO di Pasir Panjang.

Nizar bertambah bernasib baik, apabila BN tidak cukup kerusi untuk mentadbir negeri dan pihak Sultan yang bijaksana telah mengambilkira jumlah kerusi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat walaupun bukan bertanding atas satu symbol, maka PR telah diberi mandat untuk menerajui pentadbiran Negeri Perak.

Oleh kerana DAP yang memperolehi kerusi lebih, sepatutnya DAP yang jadi MB tapi malang takde ADUN Melayu dikalangan DAP dan yang kedua lebih ialah PKR tapi Sultan pula tak bersetuju dengan ADUN PKR yang nampak kurang menonjol maka terpakasa la dipilih MB dari kalangan ADUN PAS.

Setelah ditilik dalam mangkuk hikmat, maka terpacullah muka si Nizar dalam mangkuk tu. Maka jadilah Nizar MB Perak kerana nasib.

Bermula dari situ, Nizar jadi semakin popular. Selepas 11 bulan, Nizar makin popular ditambah dengan simpati kononnya dia teraniya…

Apabila makin popular, rupanya Nizar ni makin mengarut. Banyak tindakannya sudah mula dipertikaikan. Nizar sudah menunjukkan ‘true color’nya.

Dari simpati, rakyat dah mula getik dengan tindak tanduk Nizar. Nizar sudah hilang kredibilitinya. Bermula dengan mengarut didalam Sidang DUN sehinggalah ke siri-siri ceramahnya. Rakyat sudah dapat menghidu pembohongan-pembohongan Nizar.

Selain dari berbohong, Nizar sudah jelas dilihat hanya menjadi boneka kepada dua sidurjana iaitu Nga dan Ngeh.

Selain dari rakyat biasa, dikalangan ahli PAS sendiri sudah hilang keyakinan pada Nizar ni.
Nizar dianggap laibiliti kepada PAS. Mana tidaknya, bila video kenyataan Nizar dalam sidang DUN yang meminta ADUN dari BN membuktikan PAS nak perjuangkan ISLAM telah membuka pekong si Nizar ni.

Ahli-ahli PAS yang veteran sudah mula mempertikaikan Nizar yang jelas tidak sehaluan dengan dasar perjuangan parti.

Kalau dah MB yang mewakili parti PAS sendiri pun menafikan PAS nak memperjuangkan ISLAM, macamana ahli biasa nak berhadapan dengan masyarakat di pasar-pasar atau di kedai kopi nak pertahankan perjuangan ISLAM PAS?

Bila Nizar menang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, dia merasakan dirinya semakin digemari. Maka makin menjadi la melalutnya si Nizar…

Dengan keyakinan yang begitu tinggi si Nizar ni, maka beliau pun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS semasa Muktamar PAS yang baru berakhir.

Nizar cukup yakin beliau akan menang untuk jawatan tersebut sebab dia perasan dia masih popular.

Rupanya bukan sahaja rakyat Perak yang dah getik, apatah lagi orang-orang UMNO rupanya ahli PAS sendiri pun menolak cara dan style Nizar.

Dengan tewasnya Nizar dalam pemilihan pimpinan PAS Pusat, ia merupakan isyarat yang jelas kepada Nizar, karier politik bangangnya telah berakhir.

Perwakilan PAS dengan jelas memberitahu kepada Nizar, cukuplah mainan politik bodohnya yang sentiasa tunduk dan mengikut telunjuk Nga dan Ngeh.

Walaupun PAS nampak seakan-akan bekerjasama dengan DAP, namun sedikit terdetik dihati ahli PAS terutamanya yang veteran sifat kebencian terhadap DAP masih ada kerana hanya ahli PAS yang muda-muda je boleh menerima DAP keran mereka tidak tahu sejarah PAS-DAP sebelum ni.

Nizar semakin dilupakan. Nizar akan dilupakan oleh Nga dan Ngeh. Nizar akan hilang dalam pemikiran ahli-ahli PAS.

Nizar akan lenyap dari dunia politik sedikit masa lagi. Nizar tidak lagi menjadi asset kepada PAS. Nizar bukan calon MB buat DAP kerana DAP sudah ada calon Melayu lain di Perak.

Kalau dilihat melalui siri-siri ceramah Nizar, beliau cukup hebat dengan ayat-ayat Al-Quran nya tapi Nizar hanya tinggi ilmunya tapi kurang pada amalannya.

Rasanya eloklah Nizar tinggal politik dan pergilah mendalami amalan agamanya…


1 comment:

goodlistener said...

oh oh NIZAR DERHAKA... melayu yg pertama sanggp derhaka....7 keturunan nizar derhaka akan diingat sebagai keturunan perderhaka kpd RAJA SULTAN PERAK