Esok 12012013 akan berlangsung satu lagi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Perhimpunan atas nama RAKYAT dengan tujuan menuntut piliharaya yang bersih kerana dakwa mereka pilihanraya di Malaysia tidak bersih. Itu kata mereka dan mereka berhak berkata apa pun sebab kita negara demokrasi.
Aku sebagai photojournalist berkesempatan menyertai dua perhimpunan sebelum ni iaitu BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 Sebagai jurugambar pelbagai view aku dapat saksikan peristiwa yang akan menjadi cacatan sejarah negara.
Sewaktu BERSIH 2.0 aku tertumpu di kawasan Masjid Jamek dan Puduraya. Aku datang awal sehari bagi mengelakkan sekiranya ada sekatan jalanraya. Aku menginap di Back Packers sekitar Puduraya. Pada mulanya aku sendiri tak tahu yang BERSIH 2.0 akan berpusat di Puduraya.
Pada malam sebelumnya keadaan cukup tenang dan aku sempat berjalan-jalan sekitar Petaling Street. Tapi di Petaling Street ramai peniaga yang agak resah kerana mungkin mereka tahu apa akan terjadi esoknya.
Aku dengar bisik-bisik dikalangan peniaga untuk tutup awal perniagaan mereka malamtu dan tidak akan membuka perniagaan mereka esoknya kerana bimbang apa yang akan terjadi.
Esoknya lebih kurang jam 9 pagi aku dah sedia dengan kemera aku untuk menjalankan tugasan. Aku terus berjalan ke arah Masjid Jamek kerana aku dimaklumkan beberapa orang telah mula berkumpul disana. Dalam perjalanan ke Masjid Jamek sempat singgah breakfast (itu la juga lunch dan minum petang).
Sampai aku disana, aku tengok beberapa kenderaan POLIS juga sudah bersedia dengan anggotanya yang bertopi merah. Mula-mula tu cuak juga sebab teringat zaman reformasi dulu tapi sebab kali ni ada gantung tag media, aku lebih berani nak menghampiri geng topi merah.
Sempat le bersembang dengan beberapa anggota POLIS kat situ...sembang-sembang rupanya depa dari FRU Ipoh dan aku pun kata aku dari Ipoh.
BERSIH 3.0
Sekitar jam 1030 telah wujud beberpa kumpulan yang berkumpul di sekitar Masjid Jamek dengan bermacam laungan. POLIS telah mula bertindak dengan menyuraikan kumpulan-kumpulan tersebut. Bersurai sekejap kemudian berkumpul semula. Datang POLIS bersurai dan kemudian berkumpul semula.
Bila kumpulan dah mula menjadi besar, POLIS pun dah menggerakkan kenderan anti rusuhan mereka. Beberapa tangkapan telah dibuat. Kebanyakannya pelajar IPT. Apabila tangkapan mula dibuat, bersurai seketika kumpulan tadi namun sekejap sahaja.
Aku lihat beberapa orang peguam berpakaian lengkap muncul untuk melihat keadaan mereka yang kena tangkap.
Mereka berkumpul kembali dan kali ini pihak POLIS bertindak lebih agresif dengan menembak gas pemedih mata. Kesian juga aku tengok pakcik-pakcik yang kena gas tu. Ada yang terduduk terus selepas kena gas tu. Aku tak kisah sangat sebab udah selalu kena masa reformasi dulu. Mana-mana pakcik dan makcik yang udah duduk terjelempoh, apa lagi...POLIS terus pegang dan tangkap mereka. Mereka dibawa masuk ke perkerangan Masjid Jamek yang dijadikan sebagai lock up sementara.
Kemudian aku bergerak ke Menara Maybank setelah keadaan di Masjid Jamek udah kelihatan tenang. Baru saja aku sampai kat belakang bangunan Kota Raya, dah terdengar bunyi letupan senapang dari pihak POLIS. Aku berada betul-betul belakang lori water cannon. Aku ingat selamat ler, rupanya angin bertiup menghadap pihak POLIS. Gas yang ditembak kepada 'pendemo-pendemo' telah ditiup angin kearah pihak POLIS. Bukan aku jer yang lari lintang pukang menyelamatkan diri, POLIS yang tak pakai mask pun berselerak lari.
Masa POLIS lari tu ler pendemo dah makin dekat dengan lori water cannon yang ada berada betul-betul depan Menara Maybank. Beberapa objek aku nampak melayang kearah lori merah dan lori merah pun mengambil tindakan menyemburkan air kuning nya. Sekali lagi berterabur aku lagi sebab aku pernah rasa penangan air kuning masa reformasi dulu.
Waktu tu dah petang dan aku pun mula nak beransur balik ke KL Central. Pegi cek kat stesen komuter rupanya ditutup sampai pukul 6 petang.
Aku pun patah balik dan berjalan depan puduraya. Masa tu le aku terserempak dengan Suhardi yang depa dakwa mati tapi esoknya hidup balik. Sempat le aku shoot beberapa keping gambar dia yang tengah diberi rawatan. Gambarnya masih ada dalam simpanan dan akan jadi bahan sejarah akan datang.
Pukul 6 petang aku pun naik komuter bergerak ke KL Central. Sampai sana beli tiket ETS untuk balik Ipoh, pukul 9 malam baru ada ETS. Melepak le aku kat KL CEntral dan ke food court untuk cari makan yang last aku jumpa pukul 9 pagi tadi...
BERSIH 2.0
BERSIH 3.0 aku datang pada hari kejadian. Aku tumpang kereta kawan yang juga antara mereka sebagai pendemo. Dari Ipoh sekitar jam 7 pagi dan 9.30 tiba di Pertama Kompleks. Keadaan tenang, takde road block sepanjang perjalanan dari Ipoh. Parking kereta bawah Pertama Kompleks dan berpisah dengan kawan aku untuk masing2 menjalankan tugas.
Aku terus berjalan ke arah dataran merdeka. Rupanya udah ramai yang berkumpul bermula dari GS Gill sehinggalah ke dataran. Pelahan2 aku bergerak sehingga kesimpang empat depan dataran. Rupanya tak boleh masuk kekawasan dataran sebab POLIS dan rentang kawat duri.Berlegar-legar le aku kat kawasan tu...
Sekitar jam 2 petang udah ramai berkumpul dikepala simpang. Anwar Ibrahim pun ada. Masa tu le pendemo angkat dawai kawat yang merentang jalan masuk ke Dataran Merdeka dan masa tu le gas mula dilepaskan. Berselerak le lagi mencari tempat berlindung. Tah mamat mana kat depan aku duk sibuk basuh muka aku pun terus minta kat dia air sikit sebab aku pun udah berair mata kena gas. Sepanjang hari tu jer aku ingat 4 kali aku makan gas.
Aku pun bergerak menuju Pertama Kompleks dengan keadaan yang sangat penat. Tengah aku update status kat FB depan tangga Pertama yang tutup hari tu, masa tu le aku tengok pendemo surfing atas kereta waja POLIS tapi disebabkan penat yang amat sangat nak angkat kamera pun udah tak larat. Sayang sungguh tak dapat shoot kejadian tu. Takde rezeki le tu...
Esok sekali lagi mereka berhimpun. Pada pandangan aku sebagai pemerhati, kalau POLIS boleh kotakan apa yang dikata...takde FRU, takde sekatan jalan dan POLIS bertindak sebagai pemudahcara, aku rasa ini satu tindakan yang amat baik dan sekiranya takde berlaku provokasi dari pihak tertentu...Perhimpunan esok akan berjalan aman dan tak lebih 2 jam semua akan selesai. Bukan pasal apa, yang datang bukannya semua muda...yang dah berumur dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik, berapa lama sangat le dema lalu nak berjemur!!!
HARAP SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN TIADA SEBARANG PERKARA YANG TAK DIINGINI BERLAKU DAN SEMUANYA SELAMAT!!! SELAMAT BERHIMPUN...
1 comment:
Syabas Penyair Dari Gunung.
Laporkan perkara yang benar biar semua jangan dikelirukan oleh ahi2 silap mata yang memegang kuasa.
Post a Comment