Wednesday, January 16, 2013

PENYU SEGARI SEDANG MENANGIS...


Pusat Pembiakan dan penetasan penyu Segari bukan satu cerita baru...dah lama, rasanya anak aku yang sulung masa aku bawa pegi sana berkhemah lebih kurang berumur 2 tahun masa tu kini dia sekali lagi aku bawa kesana, kini dia dah berumur 21 tahun...lama dah tu.
Namun kini penyu Segari sedang berhadapan dengan kepupusan. Kepupusan berlaku akibat kerakusan manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah dimukabumi ni.
Kita harus ingat, kita menjadi khalifah dimukabumi ni buka hanya untuk dikalangan manusia malah kita juga merupakan khalifah kepada seluruh makhluk yang ada.
Allah mengangkat kita sebagai khalifah dengan memberikan keistimewaan kepada kita melebihi makhluk yang lain. Kita diberi akal yang sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin. Tapi malangnya akal yang diberikan kita telah salahgunakan.
Sebagai khalifah kita sepatutnya mempertahan dan memelihara apa yang telah dikurniakan kepada kita. Kita yang harus mempertahankan apa yang dianugerahkan tapi malang kitalah yang menjadi agen pemusnahnya.
Penyu Segari antara mangsa akibat kerakusan manusia. Manusia yang sentiasa tamak dan penting diri tanpa mengira hak makhluk yang lain. 
Atas alasan pembangunan, kita sanggup memusnahkan persekitaran yang kita ada. Atas alasan pembangunan kita tidak peduli dengan nasib makhluk yang lain....
Jangan kita dilaknat Allah kerana ketamakan dan kerakusan kita...SELAMATKAN PENYU SEGARI!!!

1 comment:

Noor Iskandar Mokhtar said...

Kerajaan Negeri Perak perlu peka apabila membuat perancangan pembangunan. Selain dari menjaga kepentingan dan sinergi untuk masyarakat masadepan, keutamaan hendaklah diberikan kepada alam sekitar dan hidupannya.

Kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan dapat dilihat dari perancangan yang dilakukan dan kaedah ianya dilaksanakan.

Apabila penyu segari ini pupus disebabkan oleh pembangunan yang cuai perancangannya,ianya adalah kegagalan yang amat merugikan.