Semalam aku berpeluang mengikuti perhimpunan BLACKOUT di Petaling Jaya. Masa kat Kelana Jaya hajat tak sampai sempat sampai Damansara jer...jem teruk dari hingway PLUS dari Sungai Buluh lagi.
Masa kat Ipoh pulak aku duk kat Langkawi atas urusan kerja. Sambil mengambik gambor, sempat juga le aku bersembang dengan beberapa orang yang turut hadir di perhimpunan tersebut.
Kalau sebelum-sebelum ni, majoriti orang melayu yang ramai tapi perhimpunan BLACKOUT ni semua bangsa turut terlibat. Yang menariknya, kaum cina paling ramai. Berbagai lapisan umur turut menyertai.
Dalam sembang-sembang dengan mereka, bermacam cerita dapat dikongsikan berdasarkan latarbelakang mereka ni.
Rata-ratanya berpendapat PRU13 ni merupakan kemuncak kepada kemarahan mereka terhadap pemerintah serta SPR.
Mereka ni ramai yang menaruh harapan yang teramat tinggi dalam PRU13 kerajaan bertukar kepada PR dari BN. Mereka merasakan pemerintahan kerajaan dibawah pentadbiran BN sudah terlalu lama dan sudah banyak perkara yang mereka mahukan perubahan tidak berlaku sepanjang BN memerintah.
Mereka menanti dengan penuh harapan pada malam Ahad 5hb 5.2013 impian dan harapan mereka menjadi kenyataan namun semuanya hancor berkecai kerana perancangan terapi dari pihak BN untuk memastikan mereka terus memerintah.
Dikalangan meraka, ada yang mengharapkan kos sara hidup dapat dikurangkan dengan bebanan yang semakin meningkat pada setiap hari. Harapana mereka kalau PR memerintah, barang keperluan harian dapat diturunkan dengan penurunan harga petrol.
Dikalangan mahasiswa, mereka menanti detik 5/5/2013 dengan harapan PTPTN dapat dihapuskan seperti yang tercatat dalam manifesto PR.
Dikalangan peniaga-peniaga samada kecik mahupun besar, ada yang sudah pasang angan-angan nak tukar kereta baru sebab kalau PR memerintah, harga kereta akan diturunkan.
Namun semua harapan hancur berkecai apabila mereka mendapati PRU13 dicemari dengan berbagai penipuan yang membuatkan BN terus berkuasa. Memang agak pelik PRU kali ni, dengan sistem yang serba canggih dan maklumat hanya dihujung jari tapi keputusan yang diumumkan semakin lewat sekiranya dibandingkan dengan PRU12.
Pelbagai insiden telah dikenalpasti dikebanyakan tempat sepanjang PRU13 yang lalu. Antaranya ialah:
Terdapat dibeberapa pusat mengundi, lampu telah dipadamkan berperingkat-peringkat. Pada aku ni bukan kerja TNB tapi ada tangan syaitan yang telah melakukannya demi memuaskan nafsu pemimpin politik yang takut dengan kekalahan.
Juga terdapat dibeberapa pusat mengundi, Pooling Agent dan Counting Agent diminta meninggalkan peti undi selama satu (1) jam dengan alasan meminta meraka supaya solat dulu dan hanya akan mula mengira sejam kemudian. Sungguh mulia para petugas SPR dan beberapa orang POLIS tapi rupanya mempunyai hati yang sangat busuk!!!
Terdapat dibeberapa tempat mengundi, warga asing telah ditangkap sewaktu berbaris ditempat mengundi.
Dakwat yang didakwa kekal namun terdapat beberapa bukti menunjukkan dakawt ni tak kekal selama mana pun. SPR bebelanja besar untuk dakwat kekal ni tapi sirap ros lagi tahan lama...beli kat kedai mamak jer.
Kesimpulannya, rakyat sudah tidak percaya dengan sistem pilihanraya diMalaysia ni dan mereka tidak sanggup lagi untuk menunggu sehingga PRU14 kerana mereka cukup yankin PRU14 juga akan penuh dengan penipuan.
Maka mereka pun berhimpun dengan satu matlamat...PRU13 mesti dibersihkan. SPR mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan beberapa kejadian yang tidak diingini.
Mereka mahukan pilihanraya diadakan semula...
1 comment:
Kalau banyak sangat penipuan masa pilihanraya hari tu....seperti yang penulis tulis kat atas... apa kata cari bukti dan laporkan kepada polis.... setakat nie, blackout, peti hilang and pengundi hantu (pendatang tanpa izin) semuanya sudah terbukti propaganda PR untuk tak terima kekalahan...Jangan kena tipu lagi dengan PR nie... cuba congak tengok... dalam PR tak ada kronisma, nepotisme ker?... bersih sangat ker?....
Post a Comment