Monday, August 3, 2009

AIDS,UMNO,AIDS...UMNO!!!


Aids!!! Semua orang tahu pasal penyakit Aids. Aids dianggap sejenis penyakit yang cukup merbahaya dan boleh membawa maut. Antara punca aids ialah perkongsian jarum penagih dadah dan hubungan seks. Aids tidak boleh berjangkit melalui sentuhan. Dah beribu orang mati kerana aids. tidak ada penawar hanya ada ubat untuk menahan penyakit.

UMNO juga kini tak ubah macam penyakit Aids. Penyakit dalaman UMNO semakin parah. Bergaduh sesama sendiri. Berebut jawatan dan tak kurang juga yang dengki. Menghalang orang lain dari membantu UMNO walaupun orang yang menghalang tu tak buat apa pun. Terlalu banyak hasad dengki dan khianat dalam UMNO. Perkara ni bukan baru dan dah tak boleh diubati.

Budaya cantas-mencantas masih berlaku. Orang lain tak boleh lebih. Pemegang jawatan kalau boleh nak pegang jawatan sampai mati. Kalau boleh dah mati pun masih nak pegang jawatan. Tak tau membezakan antara jawatan parti dan jawatan kerajaan. Sombong, ego, bongkak dan suka bermewah-mewah.

Akhirnya, rakyat menganggap UMNO ni macam aids. Nak dekat pun takut walaupun tahu tak boleh berjangkit. Ada ubat pun hanya sekadar untuk melambatkan mati.

Kepada pemimpin, cari le ubat untuk pulihkan UMNO. Jangan le asyik duduk di hotel-hotel mewah, makan nak kena tempat air-con. Jangan duk asyik nak mengumpul harta. Rakyat ramai lagi yang beras kat rumah pun takde. Nak bagi belanja sekolah anak pun jenuh cari duit syiling.
UMNO perlu berubah. Pemimpin UMNO perlu berubah, Penyokong UMNO perlu berubah. PRU 13 bukan lama lagi. Jangan salahkan rakyat tak undi UMNO. Rakyat dah cerdik.
Wakil Rakyat...Ingat!!! Memang anda menang atas tiket parti tapi bila dah menang anda adalah wakil rakyat kepada semua rakyat tak kira apa parti. Jangan asyik duk layan kroni je. Ada yang tak berparti pun undi anda!!!

2 comments:

Anonymous said...

Bingungnya kerajaan negeri jika melantik orang politik (ADUN) untuk menjadi pengerusi syarikat negeri seperti majuperak, hartaperak dll jika bakal pengerusi itu tiada latarbelakang ekonomi dan termasuk golongan tak tahu berniaga.

Pada mereka asal "...masyukkkk..." kira sudah okay diberi jawatan itu. hentikan tindakan bodoh dan merugikan rakyat ini.

sprm di minta siasat kenapa perak hanjoong terlepas pada ytl. siasat juga salah guna kuasa dan wang di dalam perbadanan kemajuan negeri perak dan syarikat-syarikat kerajaan negeri. asyik menanggung hutang yang dibuat sendiri.

hentikan keinginan utk membuat duit utk temolok sendiri nanti dilaknati rakyat hingga tujuh keturunan mendapat petaka.

SPRM siasat negeri perak. sejak dahulu lagi rasuah menjadi-jadi. siasat perak hanjoong, syarikat yang mempunyai kepentingan negeri tiba-tiba menjadi hak ytl. buat ini dahulu kemudian buka banyak lagi.

1Malaysia: meletakkan sama sahaja taraf kita ~ orang baik dan perompak. kita sendiri menurunkan hak keistimewaan bangsa semata-mata mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Akah bangkit roh nenek moyang dari kubur menyumpah cucu cicit yang senang-senang menurunkan hak diri sedangkan mereka bermandikan darah.


Karim Perak

Anonymous said...

Apakah yang dimaksudkan itu orangnya di bawah kakinya ada spring, melompat dari satu parti ke satu parti. Mengaut peluang peribadi.

Baguslah kalau dah tersedar. Semua orang sudah tahu. Orang-orang Zambry semuanya mengaut harta negeri. 3 tahun sebelum PRU tempoh yghh cukp baik untuk mengaut apa yang ada.