Rasanya semua orang kenal daun kari atau masyarakat India panggil 'karipullai'. Daun ni biasanya tumbuh meliar dan banyak didapati dikampung-kampung. Kalau dibandar, untuk mendapatkan daun ni biasanya kena beli. DiHyper Market juga dijual daun kari ni.
Fungsi daun kari ni adalah untuk diletakkan dalam masakan terutamanya kalau masak kari. Selain dari itu ada juga dicampur dalam mengoreng dan kalau kita beli 'masalode' ada terdapat daun kari didalamnya.
Namun perasan tak kita, daun kari ni fungsinya hanya untuk mendapatkan rasanya sahaja dan untuk menyedapkan masakan kita.Kalau aku sendiri pun, tak makan daun kari ni kecuali termakan. Biasanya kalau kita nampak daun kari dalam pinggan kita, kita akan letakkan ketepi pinggan. Kalau dah termasuk kedalam mulut, kita akan keluarkan dari mulut kita. Itu le nasib daun kari. Besar peranannya dalam masakan tapi akhirnya dibuang walaupun banyak khasiatnya.
Ini la nasib pengikut UMNO. Bila bab nak berpanas, Melayu yang macam daun kari le yang akan kedepan. Sampai ada yang dilebel 'gangster' kerana nak pertahankan UMNO.
DiPerak misalnya, sampai masuk dalam Internet TV kerana nak pertahankan UMNO masa PR memerintah Perak. 11 bulan, Melayu daun kari le yang bersusah payah turun kepadang mengetuai suara rakyat untuk menuntut kembali pemerintahan Negeri Perak kembali pada UMNO. Berjemur, berhujan, berembun dan berbagai pengorbanan Melayu daun kari ni.
Selepas 11 bulan, UMNO dapat kembali Perak. Muncul le 'hero' yang tak tahu dari mana datangnya. Ada yang vest UMNO sampai dah berhabuk pun pakai balik. Ada yang dari KL, Johor, Pahang dan tah dari mana lagi tiba-tiba muncul.
Melayu daun kari duduk le ditepi pinggan-pinggan, diluah dari mulut dan tak dihargai langsung. Sedangkan sumbangan mereka ini cukup besar dan banyak membantu bagi memastikan UMNO kembali memerintah.
Ini le nasib MELAYU DAUN KARI....

4 comments:
Tunggu temubual esklusif dengan 'gangster' Melayu Daun Kari....
Sepatutnya gulungan daun karapulai ini diberikan sokongan, bantuan, nasihat bimbingan dan apa juga kemudahan yang dimiliki oleh kerajaan sebagai membayar balik jasa mereka meletakkan kerajaan yang boleh mentadbir dan memerintah dengan baik di atas tampuk pemerintahan.
Perjuangan itu pada peringkat awalnya walaupun di rasakan agak mustahil, sekarang telah menjadi realiti. Zambry dari Parti UMNO kini telah menjadi Menteri Besar.
Golongan karapulai inilah punya kerja.......hingga usaha itu berjaya.
Satu artikel yang baik. Memberi kesan yang mendalam kepada hati-hati yang penuh sifat ihsan.
Kita tidak akan porak peranda jika kita praktikkan BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH' dan MULIA MEMULIAKAN SATU SAMA LAIN.
Jika ini diamalkan, insyaallah berjaya.
NI
Aku rasa memang dah banyak jenis macam ni yang patut jangan diberi muka lagi, golongan inilah yang akan menjadi punca kejatuham pejuang UMNO seperti kata panglima hitam bagai daun kari
Aku cadangkan bongkar selagi boleh, biar mereka tahu supaya jangan terlalu angkuh bila duduk diatas makin tinggi diri dan lupa siapa yang menjulang
Memang doa aku biar satu ketika nanti mereka yang terbuang kerana perjuangan sebenar lansung tidak dihargai akan bangkit, jangan sokong mereka beritahu rakyat negeri perak pemimpin jenis ini tak diperlukan
Lihat sahaja ketua pemuda umno sendiri yang lansung tidak mahu menoleh lansung kepada jasa perwira yang mengangkat mereka kembali, dedahkan sahaja segala keangkuhannya lagi pun bukan begini pemimpin yang kita kehendaki
Post a Comment