Friday, September 18, 2009

PERMAINAN....

Salam Syawal... Rasanya semua orang pernah main. Belbagai permainan yang pernah kita main dan kita tengok orang main. Apa saja yang kita main tak boleh main-main. Bila kita serius masa bermain, ia bukan sahaja menyeronokan malah ia akan menyihatkan badan dan minda kita. Tapi kalau kita main-main ia mungkin boleh memudaratkan kita. Mungkin akan berlaku kecederaan atau juga mungkin menyebabkan kematian kalau kita main-main.
Dari kecil sampai le ketua kita tak akan terpisah dengan main. Selagi ada nyawa kita akan terus bermain.
Aku masa kecil mula kenal main ialah main kahwin-kahwin. Lepas tu main perang dan bila dah besar sikit main bola. Selain dari tu main basikal. Tangkap labah-labah dan main laga labah=-labah. Kalau nak disenaraikan apa permainan aku dari kecil rasanya terlalu banyak.
Bila dah dibangku sekolah, aku aktif dengan permainan sukan. Masa disekolah rendah, aku masih ingat sebelum masauk kekelas kami akan bermain bolasepak dengan menggunakan bola tenis.
Bila masuk ke kelas semua berpeluh-peluh dan hilang tumpuan untuk belajar. Tapi bermula dengan bola tenis akhirnya aku berjaya mewakili sekolah dalam permainan bolasepak.
Bila pula masuk ke Sekolah Menengah, ada dua permainan sukan yang aku ceburi. Masa di menengah rendah, aku mewakili sekolah dalaam permainan bola lisut dan dua tahun berturut-turut kami menjadi naib johan peringkat sekolah-sekolah Perak.
Antara sukan atau permainan yang merbahaya pernah aku sertai ragbi. Permainan ni dianggap 'gentleman games'. Aku masih ingat ada pernah aku lihat pada t-shirt ragbi perkataan 'hanya sigagah bemain ragbi'. Itu antara permainan yang aku sendiri pernah ceburi.
Selain dari permainan yang aku sebut, banyak lagi permainan yang perlu menggunakan minda seperti chess, dam dan belbagai lagi. Begitulah sinonim nya permainan dengan hidup kita. Sehinggakan adengan diranjang juga banyak yang kata 'main'...
Tapi dalam banyak permainan yang aku pernah main, ada satu permainan yang cukup dan paling bahaya. Permainan ni tak kira umur, jantina atau latarbelakang agama. Tak kira orang kaya. miskin juga terjebak dengan permainan ini. Kadang-kadang kita pun tak sedar rupanya kita pun dah terjebak dengan permainan yang cukup bahaya ni.
Permainan ni juga cukup kejam, ganas dan takde prikemanusiaan. Ada kawan jadi musuh. musuh jadi kawan dan bermacam lagi perkara ganas dalam permainan ini. Yang terbunuh dengan permainan ini ada dan tak kurang juga yang gila kerananya.
Kalau ragbi dianggap 'gentleman games'...permainan ni tiada bandingan dengan ragbi. Ragbi hanya bermusuh dipadang dan setelah wisel penamat berbunyi, semua boleh duduk minum sekali. Tapi permainan ni tiada wisel penamat. Mungkin untuk menang, khidmat bomoh digunakan. Khidmat gengster juga ada dalam permainan ni dan permainan ini perlukan belanja besar dan mungkin kalau berjaya orang yang main permainan ni juga akan dapat projek besar...
INILAH DIA POLITIK....

5 comments:

Anonymous said...

salam...

main punggong pon bahaya bang...keh keh keh...

yopman said...

Salam sejahtera,
Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.

- Yopman
sanasinigitugini.

Anonymous said...

Permainan itulah yang menyebabkan orang Melayu jadi hina begini. Bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Satu mesjid dua imam.

Jika pergi umrah naik haji tapi asyik bermain dengan mainan ini dan menggunakan taktik kotor, jatuh menjatuh, fitnah menfitnah, tikam menikam - baik pergi kuil masuk agama apa-apa. Orang Islam tiada perangai buruk begini.

Permainan ini membuatkan orang Melayu menjadi penyemmbah berhala ghaib. Penyembah Anwar akan kata Anwar mampu buat reformasi, penyembah Najib akan kata Najib lebih baik dari Pak Lah, peminat Tun Mahathir akan mengatakan bekas PM itu bagus walaupun dalam kata-katanya terbau dia sudah tua dan perlu banyak istighfar dan bersyukur juga.

Inilah sembahan orang politik. Cadang nak buat patung kepala pemimpin politik supaya boleh diletakkan oleh orang politik di tengah ruang tamu supaya ramai yang memuji akan kehebatannya.

Di sebabkan politik, ramai orang Melayu yang sudah sesat akidah dan ramai pula menjadi munafik sedangkan diri mati-mati mengatakan 'aku Islam'. Perghhhhhhhhhhhhh.........

Anonymous said...

Yes. That is the fucking reality with the malays. Stupido.

Patung Najib, Mahathir, Haji Hadi, Anwar Ibrahim - agaknya patung kepala siapa yang paling mahal?

Industri kraftangan akan bangun selepas ini. hehehehe...

Anonymous said...

Politik mainan orang bute, biornyalah deme nak bersuka dan bermain-main.

Deme suka main-main. Perjuangan pun main-main.