Monday, September 21, 2009

UMNO SUDAH HILANG SEMANGAT......


Salam Syawal....
Semua umat Islam di seluruh Malaysia menyambut kedatangan Syawal dengan penuh gembira. Kunjung mengunjung yang telah menjadi budaya setiap kali Syawal menjelma diteruskan. Kepada VVIP, majlis rumah terbuka menjadi 'trend' setiap kali menyambut raya.
DiPerak, YAB Menteri Besar Perak juga tak ketinggalan mengadakan Rumah Terbuka. Aku sendiri pun tak pergi. Menurut laporan semasa Buletin Utama TV3. hampir 10 ribu orang menghadiri kemajlis rumah terbuka tersebut. Alhamdullillah, jika kehadiran rakyat itu diambil sebagai kayu pengukur, maknanya rakyat masih sukakan Dr. Zambry tapi bolehkah ini dijadikan penunjuk sokongan kepada UMNO atau betulkah laporan TV3 tu. UMNO jangan syok sendiri!!!
Aku juga berkesempatan meninjau kebeberapa tempat sambil menziarah saudara. Kalaulah boleh aku katakan banner-banner yang tergantung disimpang-simpang jalan itu ibarat sebagai panji-panji parti kalau berperang, secara sikologinya UMNO telah tewas dengan parti pembangkang. Mereka menguasai hampir setiap simpang dengan banner ucapan Selamat Hari Raya. Kalau adapun, yang UMNO dengan muka MB hanya terletak dibawah dari yang pembangkang punya. Ada satu tempat tu, banner UMNO yang ada gambar MB dah hampir masuk kedalam longkang. Jangan kata ini tiada kesan apa-apa. Kalau tiada apa-apa kenapa bila pilihanraya, UMNO berbelanja besar hanya untuk poster dan banner.
Dalam soal ini, aku meletakkan kesalahan kepada pemimpin yang dah nak senja. Kalau pemimpin pun dah macam putus asa, mana mungkin golongan muda mahu bersemangat? Jawatan mahu, sehingga sanggup berbuat apa saja untuk jawatan tapi ini lah hakikatnya...7 month, nothing happen...What happen???
Apakah UMNO sudah selesa dengan anugerah yang ALLAH kurniakan dengan memberi kembali Perak pada UMNO sehingga UMNO rasa tak perlu lagi berbuat apa-apa?
Kalau pertandingan mengikut pusingan, pusingan pertama UMNO telah tewas. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin dalam pemikiran orang dan pemimpin UMNO untuk 3 tahun ni kita kena pulun projek sebab PRU 13 kita tak boleh menang sehingga terlupa amanah yang telah diberikan ALLAH kepada UMNO untuk membela nasib bangsa. Kerana tak dapat balak, ada antara orang UMNO yang sanggup menyerang secara peribadi walaupun sesama sendiri.
Kalau inilah sikap orang UMNO, memang sepatutnya UMNO menerima padah. Sebenarnya UMNO tewas PRU 12 bukan kerana pembangkang kuat, tapi kerana rakyat nak bagi tau yang mereka dah 'getik' dengan pemimpin UMNO yang mudah lupa.
Aku rasa cukup kecewa dengan sikap pemimpin UMNO ni. Bila berceramah selalu ditakut-takutkan rakyat yang kononnya kalau UMNO tak memerintah, rakyat terutamanya orang Melayu akan mendapat padah tetapi tidak ada tindakan yang dibuat untuk mempertahankan kuasa. Masih lagi cerita yang sama balak,pasir, kuari dan tanah dari zaman Ghazali Jawi sehingga le ke zaman Dr. Zambry.
Aku masih teringat ucapan seorang penceramah hebat UMNO. Orang UMNO kena jadi 'singa jangan jadi kambing'. Apakah UMNO masih menjadi kambing? Atau sudah bertukar menjadi singa, tapi hanya seekor singa sarkes?
Sedarlah pemimpin UMNO!!! Apa yang selalu kamu takut-takutkan pada rakyat itu akan menjadi kenyataan kalau kamu sendiri masih selesa dengan kuasa yang kamu ada. Jangan lah kamu marahkan generasi muda akan datang 'kencing' di kubur kamu. Ingat lah...kalau ALLAH boleh kembalikan kuasa kepada UMNO walaupun tanpa kita terfikir, ALLAH juga boleh menarik kembali kuasa yang diberikan tanpa kita sedar...///

1 comment:

yopman said...

Salam sejahtera,
Memang benar dan tepat sekali seperti apa yg mike katakan tu 'penyair'. Memang Umno/BN nampak tercorot dalam hal ini.
Soalnya, kenapa jadi macam tu?

Dari apa yg teman dapat fahamkan, pemimpin Umno disemua peringkat sekarang ni sibuk menguatkan kedudukan di peringkat pimpinan masing-masing.

Mereka lupakan perjuangan dan matlamat serta kepentingan parti. Mereka hanya fikirkan perjuangan untuk diri mereka sahaja.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan ramai dpd pemimpin Umno sekarang sedang syok sendiri macam si Samy Velu.

Akhirnya nanti, kuat dan menang di kalangan ahli parti setempat tetapi kalah dalam pilihan raya.

Sesungguhnya mereka masih belum serik dan keputusan PRU-12 belum benar-benar dapat menyedarkan mereka kerana masih ramai yang berada dalam kepompong 'Melayu Mudah Lupa' dan 'Melayu Perasan'.