Aku singgah sekejap di Lubuk Merbau, di Perumahan Awam Dato Mior Aris. Nama yang cukup dikenali. Seorang pejuang yang memperjuangkan AGAMA, BANGSA & NEGARA
Sumbangannya sedikit sebanyak mengubah wajah Lubuk Merbau hari ini.
Di Sauk, aku menziarahi pusara kedua Ibubapa yang telah kembali kerahmatullah. 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Nama bapa aku dipahat pada nama Perumahan Awam di Lubuk Merbau yang aku singgah tadi. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat...AMIN
Inilah antara hasil perjuangan pemimpin Melayu & Islam selama lebih 50 tahun memerintah Perak. Kemudahan jalanraya yang menghubungkan Kuala Kangsar ke Gerik bukan sahaja memudahkan malah lebih selesa kalau dibandingkan sebelum ini...
Di perkuburan cina ini lah terdapat banyak pengganas komunis ditanam di Lenggong. Sekitar awal 70an, masa tu aku masih kanak-kanak namun tidak pernah aku lupa peristiwa yang berlaku pada waktu itu.Kalau ada komunis yang mati ditembak sewaktu bertempur dengan tentera, ramai orang cina mengiring komunis ini untuk ditanam...
Aku waktu tu masih di sekolah rendah, tengok le mereka ni mengiring di pagar sekolah. Kalau sekarang le, mau rasanya aku ludah je komunis yang dah mampus ni...
Kereta perisai yang menjadi simbol kekuatan tentera menyambut siapa yang tiba di Lenggong. Inilah kenderaan yang digunakan oleh tentera kita sewaktu mempertahankan tanah air tercinta dari ancaman pengganas komunis yang tiada perikemanusiaan...
Di Balai Polis Lenggong ni lah saban hari menerima mayat-mayat pengganas komunis yang berjaya dibunuh oleh anggota tentera dan aku sering melihatnya sebab balai ni dekat dengan rumah aku.
Ini pekan Lenggong hari ni...Dulu jadi tempat perhentian kepada sesiapa yaang nak ke Gerik. Pada masa perang, kalau nak ke Gerik mesti sebelum pukul 6 petang atas faktor keselamatan. Kalau lepas pukul 6, kena tidur kat Lenggong sehingga pagi esoknya...
Satu lagi kereta perisai sebelum meninggalkan Lenggong. Lihat lah betapa sinonimnya kenderaan ni dengan orang-orang di Lenggong. Begitu banyak kenangan pahit sewaktu pengganas komunis berleluasa di sekitar Lenggong dan Gerik. Mana mungkin orang Lenggong dan Malaysia boleh membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia.
Di Balai ini sering berlaku pertempuran. Aku masih ingat, kawan aku Halim anak Polis kat balai ni, kalau ada pertempuran sampai seminggu tak sekolah. Di mana dia sekarang?
Dikampung ni le berlaku pembunuhan kejam dimana orang kampung dibunuh dan dikelar macam ikan sewaktu keluar ke Sg. Perak untuk menagkap ikan...
Huh!!! Masa tu dengar nama kampung ni je dah fobia. Dah le kawasan sekitar 'port' komunis. Nak ke tempat ni pulak YAALLAH...Bukan ada jalan tar. Jalan tar cuma sampai Gerik. Makcik aku tinggal di sini. Kalau musim panas, berdebu jalannya. Kalau hujan boleh sangkut kat dalam lumpur. Masa tu mana ada 4x4. Sekarang jauh berbeza. Tu pun ada yang kata apa kerajaan buat? Tak faham aku...
Ni lagi le pulak...'BLACK AREA'. Kawasan ni memang ramai komunis. Mana taknya, senang nak lari. Dekat dengan sempadan Thai. Apa-apa hal lari ke Thai. Maklum le Thai dasar pintu terbuka. Buat kecoh kat Malaysia, komunis ni akan lari ke Thai. Tu pasal di selatan Thai ada perkampungan komunis yang dah pencen ni. Rashid Maidin, Chin Peng dan ramai anggota PKM tinggal disitu.
Perjalanan hari ini mengembalikan kenangan silam dan memperkuatkan lagi semangat aku untuk terus mnyambung perjuangan Allahyarham bapa aku demi BANGSAKU, AGAMAKU & TANAH AIRKU walaupun dengan nyawa aku. Kepada pejuang-pejuang yang tekorban demi mempertahankan Negara, marilah kita sama-sama menghadiahkan AL-FATIHAH....AMIN
5 comments:
WOW, BESTNYA DAPAT BERJALAN KE KAMPUNG KAN SAUDARA? TERINGAT KEMBALI NOSTALGIA ZAMAN DULU-DULU...
CUMA AKU SEDIH SEBAB, MELAYU MUDAH LUPA....
yob , mike ke rpa meor aris tu jumpe sape?
Salam untuk Sahabat Ku Penyair dari Gunung,
Perjalanan tuan mengimbau sejarah mencetuskan ingatan kepada kedua ibubapa yang sudah tiada lagi.
Al Fatihah.
------------------------------
Politik akan menjadi sesuatu yang tinggal di dalam lipatan sejarah pada masa akan datang. Percayalah, semua ini akan digantikan dengan dunia baru.Dunia yang lebih harmoni dan membahagiakan.
Pada masa itu - ilmu berpolitik yang di amalkan oleh pemimpin-pemimpin (semua parti), akan menjadi ilmu yang amat kuno dan ketinggalan zaman.
Pada masa itu - manusia akan lebih cenderung kepada ilmu ketuhanan, akan lahir pemikir-pemikir (hari ini mereka dipinggirkan), wujud ilmu-ilmu baru dan manusia mulia memuliakan satu sama lain. Nizar dan Zambry akan bekerjasama demi membangunkan Islam. Aminkan kata-kata saya ini wahai Penyair dari Gunung.
UMNO akan menyedari kesilapan dan mula mengutip amanah-amanah yang selama ini tercicir. PAS akan mula melihat ISLAM dari perspektif yang Haq - bukan lagi anggap-anggapan atau telah-telahan semata-mata. Keadilan akan mula menyedari betapa selama ini mereka memikul amanah yang salah. Kesedaran itu akan menyebabkan umat Islam (tanpa mengira warna kulit dan bangsa) akan bekerja kuat untuk menyatukan semua bangsa dan ISLAM akan menjadi terasnya. Pendek kata, semua parti-parti politik pada masa itu hanya akan menjadi badan kebajikan untuk bekerjasama erat membangunkan negara ini.
Siapakah pemimpin negara pada masa itu?.....mungkin seseorang yang kita langsung tidak terfikirkan ! Kelayakannya: Rohaninya Mutmainnah !
Institusi kesultanan - hanya Allah yang akan menentukan mana yang batil dan mana yang haq. Tidak boleh di sekat-sekat lagi. Darah keturunan yang tidak betul dan diri yang tidak sempurna akan menyebabkan ketentuanNya jelas menjadi kenyataan.
------------------------------
Sahabat ku Penyair dari Gunung,
Mulakanlah amanah diri anda itu. Bukannya berpolitik, menulis mengenainya dan mengecam atau menempelak, memuji atau memuja - sebaliknya jadilah Penyair dari Gunung yang sekian lama telah melihat alam dari tempat yang tinggi turun mencari jiwa-jiwa yang amat memerlukan bantuan (bukannya subsidi!).
Memegang tangan-tangan tua yang selama ini hidup penuh derita dan tidak tahu Jalan Pulang. Anak-anak yang kematian kedua ibubapa yang hilang tempat bergantungan, tiada arah tujuan.
Itulah amanah anda wahai saudara ku Penyair dari Gunung.
Ada konsep baru untuk menjadikan anak-anak YATIM sebagai TANGAN YANG DI ATAS. Bukan lagi penerima derma amal jariah.
Inilah harapan aruah bapa anda wahai Saudara ku Penayir dari Gunung.
Kurungkan diri anda sebentar dari dunia luar, carilah di dalam diri - alam yang lebih besar.
------------------------------
Salam hormat dari saya.
- TJ @ SR
Teman kee rumah maksik ham.
Terimakasih TJ@SR
Komunis - entah berapa ramai (tokoh?) veteran di dalam MCA dan Gerakan adalah Komunis atau Penyumbang Perjuangan Komunis? Hari ini mereka telah mendapat gelaran Dato', Dato' Seri dan ada yang di anugerahkan Tan Sri.
Kekayaan mereka adalah hasil rakusnya tembolok orang politik, mohon tanah dapat tanah, mohon lombong dapat lombong, mohon balak dapat balak.
Untuk mendapatkan wang mudah dan segera, jual sahajalah pada Ah Meng, Ah Long, Ah Beng, Ah Chong.
Perkara ini berleluasa di Negeri Perak. Sudah berapa orang MB, tetapi tradisi tetap sama. Dirinya, orang kanannya, penyokong-penyokongnya - semuanya serupa. Tidak mampu melihat jauh kehadapan dan membuat perancangan strategi dengan baik, akhirnya diri ssendiri kaya tetapi mengkhianati perjuangan orang Melayu.
Chin Peng hanya seorang individu, tanpa taukeh-taukeh yang kini sudah mendapat anugerah dari Sultan kononnya berjasa dari negara - tentunya sudah lama si Chin Peng ini mati kelaparan di dalam hutan. Jangan siasat jauh sangat, cuba semak naama-nama Dato'2 di Sungai Siput sudahlah.
Entah berapa lama lagilah orang melayu nak menjadi bodoh, pemimpin pun sama. Gelaran-gelaran yang dianugerah oleh Sultan sudah tiada hargannya lagi pada pejuang Melayu yang sebenar. Sekupang dua pun tak laku kecualilah kepada yang mempunyai kepentingan diri melebihi dari amanah ilahi.
Post a Comment