Thursday, May 7, 2009

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak

Sekitar jam 10 pagi bermulalah episod drama Siva di dewan undangan Ng. Perak. Selepas perbarisan dan semua ahli dewan masuk ke dewan, Siva mengarahkan 10 ADUN dari BN untuk keluar dari Dewan. Namun semua ADUN berkeras untuk terus duduk di dalam Dewan. Dato Seri Dr. Zamry mencadangkan supaya Ganesan dicalonkan sebagai speaker yang baru dan disokong oleh semua ADUN BN. Siva terus duduk di kerusi speaker sehingga diangkat keluar oleh pihak keselamatan dan akhirnya sidang dewan berjalan dengan sempurna sekitar jam 3 petang. Diluar dewan sekitar bandaraya Ipoh seramai 64 orang pemimpin dan penyokong PR telah ditangkap.

No comments: