Friday, May 29, 2009

PETIKAN UCAPAN YAB MENTERI BESAR PERAK SEMASA MAJLIS ILMU DAN BERBUKA PUASA


Mereka yang menjadi ahli kubur sebelum ini adalah manusia biasa. Tidak ada manusia yang terkecuali dari berhijrah ke alam kubur, samada dia Rasul atau Nabi juga Perdana Menteri, Menteri Besar, orang kaya atau miskin tidak dapat mengelak daripada menjadi ahli kubur. Mereka yang telah menjadi ahli kubur semasa didunia bertungkus lumus mencari rezeki dan menyara keluarga masing-masing. Ada antaranya kaya raya dan berpangkat besar, ada pula yang tidak berpangkat, ada juga yang punya rumah besar, ada yang kereta mewah manakala ada yang hidup sehelai sepinggang. Akhirnya semua mereka akan kembali kepada Allah swt ke tempat asal kita, secara suka atau terpaksa dengan pelbagai sebab dan musabab. Perjalanan setiap manusia sebelum kembali kepada Allah swt berbeza-beza. Mengambil iktibar tersebut, saya amat berharap rumah resmi menteri besar ini harus dijadikan tempat ilmu, dakwah, perjumpaan rakyat untuk kepetingan rakyat. Kepetingan dunia dan akhirat. Saya mahu semuanya bermula dan kita gerakan ke bandar, kawasan perumahan dan dikampung-kampung. Saya tidak mahu dipertanggungjawabkan dan disoal menjadi pemimpin hanya menumpukan urusan dunia sehingga lupa mengajak rakyat ke urusan akhirat. Saya berharap semua jentera parti atau kerajaan menganjurkan majlis-majlis ilmu sebegini atau lebih baik lagi. Terima Kasih.
DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

No comments: