Tuesday, June 9, 2009

CERAMAH UMUM JELAJAH PERAK









Selepas UMNO Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Timur, siri ceramah umum menjawab tomahan PAS dan Penipu Rakyat (PR) diteruskan ke UMNO Bahagian Bagan Serai.
Program ceramah umum jelajah Perak ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh Bahagian di Negeri Perak. Program ceramah ini diketuai oleh Saudara Hamdan Taha (Pegawai Khas Menteri Besar Perak) dan akan juga turut sama ialah Saudara Lokman Adam, Saudara Hanapiah Man, Saudara Zahid Mat Arip dan Saudara Ezam Mohd Nor. Program ini akan diteruskan sehingga PRU 13.
Untuk ceramah malam tadi, Saudara Hamdan Taha dann Saudara Lokman Adam menjadi penceramah utama dan telah dihadiri oleh seramai hampir 500 orang penduduk setempat.
Oleh kerana masa tidak mencukupi, ramai hadirin merasa tidak puas mendengar ceramah yang telah disampaikan dan meminta agar diadakan lagi.

2 comments:

A.M.A.R.A.N Dari Gunung said...

hebat penceramah tu. Ramai tak puas

WY said...

macam mana you kira 500? i tengok gambar tu, kira kira pun paling banyak dek 100-200.hairan.