Monday, June 8, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Menurut sumber melalui akhbar Sinar hari ini, Presiden Parti PAS dan UMNO bersetuju pintu rundingan untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan akan terus dibuka bagi mencari satu titik pertemuan demi untuk melahirkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia. Namun ada pihak yang kurang senang dengan cadangan itu. Antara mereka yang tidak bersetuju termasuk Musridul am PAS Dato Nik Aziz yang mempunyai dendam kesumat terhadap UMNO. Selain dari Dato Nik Aziz, Muslimat PAS juga menolak cadangan kerajaan perpaduan.

Persoalanya, jika mereka menolak perbincangan dengan UMNO, kenapa mereka boleh bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. Kepada muslimat PAS yang mendakwa tidak mahu diperkudakan oleh UMNO tapi mereka lebih rela dikaldaikan oleh DAP.

Dimana Islam yang didakwa oleh PAS hendak diperjuangkan?
Apakah UMNO ini tidak Islam?
Apakah ahli UMNO yang sama-sama berjamaah dimasjid dengan ahli-ahli PAS tidak Islam?
Apakah tidak sama kiblat PAS dengan kiblat UMNO?
Apakah syurga dan neraka PAS tidak sama dengan UMNO?

Terlalu banyak persamaan antara UMNO dan PAS dari segi dasar perjuangan, apakah tidak ada ruang untuk perbincangan demi Islam yang sebenarnya?

Sama-sama kita fikirkan....Sila komen

2 comments:

Anonymous said...

terang-terang nik aziz bersifat dendam kesumat, mungkin pada PM Najib..mursyidul am Pas pun manusia, ada nafsu..ada dengki..ada buat SILAP..mursyidul am bukan Nabi..plus nik aziz umurnya dah tahap subsidi..tak lama lagi ..sabar..rasanya lepas nik aziz dah takda baru boleh merge dua parti ni kot..wallahualam

ctfza said...

ini semua sebab gila dan tamakkan kuasa.. jelas, terang bersuluh.. tamak kuasa + ego.. mcm mana la org boley dok puja lagi TGNA ni..