Friday, June 19, 2009

BANGSA ATAU AGAMA???

Kali ini aku cuba membawa pembaca blog aku untuk berfikir sejenak dan juga membuka minda kita. Politik hari ini memaksa kita untuk berfikir lebih jauh kemana hala tuju masa depan politik dan kuasa orang melayu dan islam di Malaysia. Apa yang cuba aku catatkan berupa pandangan peribadi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan di kedai kopi.
Hari ini isu yang cukup panas dan sentiasa dibincangkan tak kira samada di kedai kopi mahupun diParlimen ialah isu Kerajaan Perpaduan yang jelas memerlukan pengorbanan serta komitmen yang serius dari semua pihak. Apa yang aku nampak Kerajaan Perpaduan ini ialah bagaimana mahu memperkukuhkan kuasa politik di Malaysia terutamanya kepada orang Melayu dan juga agama Islam.
Namun untuk merialisasikan perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semudah yang dicakapkan. Aku merasakan Kerajaan Perpaduan ini mestilah bermula dari UMNO dan PAS. Aku kata begitu kerana kedua-dua parti ini yang mendominasi politik Malaysia pada hari ini. UMNO adalah merupakan parti yang menunjangi BN dan PAS teras kepada PR. Aku cukup yakin PAS+UMNO akan mengubah rupa bentuk serta senario politik di Malysia.
Namun seperti aku katakan tadi, bukan sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan halangan yang menanti. Masalah dalaman setiap parti merupakan halangan yang perlu diselesaikan untuk melihat Kerajaan Perpaduan ini dapat dilaksanakan.
UMNO dianggap sebagai sebuah parti Melayu dan PAS pula sebagai parti Islam. Sebenarnya inilah agenda tersembunyi musuh-musuh yang tanpa kita sedari sedangkan yang islam itu melayu dan yang melayu itu islam secara asasnya. Namun ini yang telah berjaya dipisahkan oleh musuh kita dan inilah faktor utama yang menyebabkan kita melayu dan islam terpecah dua sedangkan kiblat kita sama.
Faktor lain juga ada. UMNO juga mempunyai masalah dalamannya sendiri. Politik berpuak wujud dalam UMNO. Walaupun UMNO parti melayu tapi ada melayu jawa, banjar, bugis, pattani dan bumiputra Sabah. Sudah pasti perbezaan yang ketara berlaku antara melayu dalam UMNO. Ini adalah agenda musuh kita yang mencipta sistem demokrasi yang menggunakan kaedah'pecah dan perintah'. Selagi kita mengamalkan sistem ini, pasti perpecahan akan terus berlaku.
PAS juga tak terlepas dari sistem ini. Kita dapat lihat dalam muktamar yang baru berlalu. Dengan sistem ini, PAS telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sebenarnya apa yang berlaku dalam PAS lebih bahaya dari apa yang berlaku dalam UMNO. Aku katakan begitu kerana dalam PAS perpecahan melibatkan fahaman agama. Wujudnya tiga kumpulan besar yang cuba menguasai parti PAS dengan fahaman agama yang berbeza. Kumpulan ini adalah kumpulan yang telah berjaya dicipta bagi memastikan Islam itu juga berpecah.
Sebenarnya ia bukan hanya sebagai sebuah kumpulan tetapi lebih kepada fahaman. ARDOGAN membawa fahaman Islam yang libral manakala terdapat fahaman Syiah dan Wahabi dalam PAS selain Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Akhirnya aku cukup yakin Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan dan dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan akan menjadikan Malaysia lebih dihormati dan lebih digeruni samada dari dalam mahupun luar negeri. Untuk mencapai cita-cita ini semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu dan bekerjasama dan sebagai seorang Islam wajib bagi kita berdoa memohon kepada ALLAH swt agar perkara ini dapat menjadi kenyataan, INSYAALLAH...


Ini hanya sekadar pendapat peribadi aku sahaja....




12 comments:

Anonymous said...

salam...bila ade puak fanatik dan tak mahu terima pandangan dan cadangan maka jadi lah perpecahan. mereka buta. memang lah perjuangan islam, tapi mereka tolak perjuangan melayu.. bangsa! sedangkan di tanah arab itu sendiri, mempunyai pelbagai bangsa, dan islam itu dikedalikan oleh bangsa arab. kenapa malaysia tidak boleh? setiap yang majoriti, pegangan bangsa perlu ada. dan perjuangan agama ditetapkan. maaf cakap, bangsa lain selain melayu yang gusar apabila melayu bersatu. kerana apa? kerana melayu itu ISLAM di negara ini. Kepada yang fanatik... anda seorang yang tidak berpelajaran, dan tidak mahu menerima pelajaran. bagi saya kepada org yang fanatik ni lah yg perlu kita perhatikan bro... sebab mereka sanggup jual bangsa untuk kepentingan dan peribadi.

Rantong said...

UMNO dah bersedia demi kepentingan Melayu. Yang tok guru ni lah punca perpecahan. Aku sokong kerajaan perpaduan.

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Terdapat banyak logik Tok Guru membantah. Rekod lama masih ada dan tentunya beliau belajar dari pengalaman. UMNO dan PAS pernah duduk di bawah satu bumbung, pada masa itu pelajar-pelajar Malaysia seberang laut menyambut baik. Diharapkan hujan sampai ke petang rupanya langit menyimbah sebelum tengahari.

Politik tetap dengan sainsnya!

Ternyata para ulamak Pusat Islam, IKIM dan badan-badan yang berkaitan dengannya GAGAL untuk menyatukan umat.

APAKAH PENYATUAN UMAT, PERPADUAN SESAMA ISLAM SESAMA MELAYU HANYA DITENTUKAN OLEH UMNO DAN PAS SAHAJA?

Lihatlah betapa politik telah membebalkan minda umat Islam - Melayu.

Selagi POLITIK, jangan harap ini akan berlaku. Jika berlaku sekalipun ianya tidak akan berpanjangan selagi masih duduk di bawah payung POLITIK.

Malah akan berbunuh-bunuhan apabila keadaan semakin tegang dan tidak dapat dikawal; duduk dibawah satu selimut tidur sebantal tetapi masing-masing menyembunyikan keris dan belati.

fikir,fikir,fikir
munajat
insyaallah ada kaedahnya.

UMNO atau PAS sebenarnya tidak mewakili orang Melayu apalaagi umat Islam di negara ini.

Berapa kerat sangat ahli UMNO ataupun PAS jika dibandingkan dengan jumlah MELAYU ISLAM di negara ini?

Rakyat akan bangun tidak lama lagi. Hanya menantikan waktu dan ketikanya sahaja.

~ suara RAKYAT

Anonymous said...

Berjaya juga British terus memerintah dan menjajah minda orang Melayu sehingga hari ini.

Orang Melayu hanya mampu melihat satu cara sahaja untuk berbaik-baik iaitu melalui UMNO dan PAS.

Bagaimana jika ada pihak ketiga yang benar dan jujur (bukannya badan, persatuan atau orang perseorangan yang pernah terlibat atau telah atau masih terlibat dengan POLITIK);

PAS dan UMNO (jika benar2 jujur) hendaklah hanya menjadi pengikut pihak ketiga ini sahaja. Sukar bukan.

Kenyataannya:

Benarlah kata-kata Sayyid Qutb mengenai Ghazlul Fikr.

Fikir...fikir....

- Megat Terawis & Ngah Jabor

Anonymous said...

Saya amat setuju dgn pendapat suara RAKYAT, Mgt Terawais & Ngah Jabor.

Politik telah memecahbelahkan orang Melayu, bagaimana politik pula mahu menyatukannya?

Semasa orang Melayu masih mentah, poltik telah digambarkan sebagai alat untuk bersatu. Orang Melayu percaya sedangkan ianya adalah satu tipu daya.Hari ini orang Melayu terperangkap. Ibarat dibuang mati emak ditelan mati bapa.

Perpaduan atau kerjasama yang menggunakan platform politik, perpaduan hanyalah angan-angan.

Shaari Jaafar
University of Wellington

Anonymous said...

itu dinamakan pecah dan perintah... kita jgn sebok dgn org perseorangan.. mcm tu baik xpyh ade pm.ketua kampong dan apa2 ketua... ha fikir kan lah... suara rakyat siape anda? dan siapa org ketiga yg dimuksudkan oleh ngah jabor? dan saya tak perlu nak pergi university jauh2 sampai ke oversea untuk faham dan mentelaah sejarah. dalam islam itu sendiri politik dan juga ada kroni. tak percaya buka sejarah islam. pemimpin-pemimpin yg dilantik pada zaman NABI kita. Ada ke baginda memilih orang yg tidak beliau percayai untuk menyelesaikan masalah? Ingat lar sikit. KITA MELAYU. dan MELAYU kita ni ISLAM. Melayu di sini banyak yg ketinggalan. nak belajar pun susah. inikan nak pergi luar negara. Melayu sini lemah, MAKNAnya org ISLAM negara INI LEMAH. jadi FIKIR-FIKIRKAN lah.

yuhana said...

Kekuatan org melayu apabila mereka bersatu sama juga kekuatan Islam itu sendiri juga berlaku apabila umat islam tanpa mengira bangsa bersatu
dgn menolak kepentingan perut sendiri
dan bersatu demi Islam pasti Malaysia menjadi negara yang aman dan sejahtera. Apa yg menakutkan musuh ketika ini bila melayu bersatu kemudian Islam tidak kira bangsa bersatu..

Anonymous said...

Salam...agama Islam ini adalah agama yang diredo oleh Allah.Untuk menjadi penganut agama yang diredoi Allah.Penganutnya mestilah belajar meredoi apa2 ketentuan Allah Taala.Pahaman adalah cabang-cabang dari pokoknya agama Islam itu sendiri.Oleh itu marilah kita sama2 muhasabah diri untuk mencari keredaan Ilahi.Minta maaf jika ada kesilapan.Wassalam.

Anonymous said...

Pihak ketiga itu telah ada dan sedang menjalankan kerja. Apa yang berlaku hari ini adalah hasil gerak kerja pihak ketiga. Ada dikalangan tertinggi UMNO dan PAS mengetahui mengenai perkara ini.

Sejak pihak ke-3 bergerak, ramai dan berbondong-bondong telah menjadi muslim.

Nampaknya orang Melayu masih lenaa tidur dan mungkin tidak tahu mengenai banyak perkara seperti Nebula, Aquarians Era, Atlantis, metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Tidurlah lena2 di dalam pelukan UMNO, PAS, KEADILAN dan yang seumpama dengannya.

Pihak ke-3 sedang berjihad. Insyaallah mereka akan berjaya.

> Pemantau
Wawasan 2020,
Modal Insan dan
1Malaysia.

A.M.A.R.A.N Dari Gunung said...

Dah dua hari tak tgk cerita baru yopp

penyair dari gunung said...

kecewa kerana perpaduan dipersendakan

tabtibau said...

sahabat sekalian pengunjung penyair dari gunung....

perkenalkan aku dengan pihak ketiga...ingin sekali aku bersama kalian