Monday, June 1, 2009


Seperti yang telah diduga, apabila BN tidak bertanding di Penanti sudah pasti calon PKR akan menang mudah dalam PRK DUN Penanati. Tapi persoalan yang bermain selepas selesai keputusan dikeluarkan, mengapa hanya 46% sahaja pengundi yang keluar? Apakah pendedahan Kak Min tidak langsung diambil kira oleh pengundi?Apakah rasuah, ugutan, penyelewengan sudah tidak lagi menjadi agenda utama PKR? Mana pergi orang-orang PKR yang begitu lantang sebelum ini menentang segala bentuk penyelewngan dalam BN? Apa yang jelas, hari ini semua yang didakwa oleh Anwar dan kunco-kunconya tentang untuk membenteras semua gejala yang berlaku dalam BN kononnya hanyalah cakap-cakap orang politik sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi jelas lah jika Pembohong Rakyat (PR) ini memerintah Negara, maka soal penyelewengan akan terus berlaku kerana penyokong-penyokong parti ini tak kisah soal ini, yang penting dapat memerintah.

5 comments:

Anonymous said...

Patutla hang sokong Zamry, hang pun mamak jugak.

Anonymous said...

JADILAH ORANG KAYA

Di bawah ini adalah karakter-karakter atau sifat atau watak yang wajib dimiliki oleh orang kaya. Catitkan berapa jumlah yang anda perolehi.

1. tak busuk hati kepada sesiapa sahaja
2. sentiasa bersyukur walau di dalam keadaan susah
3. sentiasa menilai dan memperbaiki keindahan diri
4. pengasih dan penyayang kepada semua makhluk
5. pemurah walaupun di dalam kesempitan
6. pengampun walaupun kepada musuh apabila dia benar-benar memohon maaf
7. bertakwa
8. penyabar walaupun dinista dan dicaci
9. meredhai apa juga samada kepada yang baik atau yang buruk, membawa keuntungan atau yang membawa kerugian
10. ehsan sesama makhluk
11. ikhlas di dalam apa juga perkara
12. jujur dengan diri sendiri
13. amanah seluruh hayat
14. tawakal setelah berusaha semaksimanya
15. bijaksana dan mampu mencari kaedah yang paling berkesan dengan kos yang paling rendah
16. lemah lembut di dalam perbuatan, tuturkata dan rasa
17. sopan santun walaupun pada yang lebih muda
18. berbudi bahasa
19. memahami perasaan orang lain
20. berharta dan berkemampuan
21. berilmu
22. muafakat
23. adil dan saksama
24. patuh dan taat kepada perintah dan arahan
25. tenang walaupun nyawa mahu kembali ke asalnya
26. tegas di dalam mendisiplin jatidiri
27. bertolak ansur di dalam perundingan
28. beradab walaupun sedang menyendiri
29. menjaga nama baik diri dan darah keturunan
30. pembersih zahir dan batin

--------------------------------
Di atas tadi adalah definasi sebenar kaya. Ini akan digunakan di dalam Dunia Baru. Hanya dengan pengertian ini, hadis yang mengatakan bahawa KEMISKINAN ITU HAMPIR DENGAN KEKUFURAN akan membawa makna atau pengertian yang tepat.

Mulalah semaikan diri dengan nilai-nilai ini. Jika seluruh rakyat Negeri Perak mula mengamalkan pengertian ini pada dirinya sendiri, pada anak-anaknya, pada isteri-isterinya, pada suami, pada kedua ibubapa - itu sudah amat memadai.

Tamaddun Dunia Baru akan bermula di Negeri Perak !
--------------------------------
- TJ @ SR

Anonymous said...

Jangan di gembar gemburkan berkenaan dengan chin peng.. siapa dia tu? samsiah fakeh, rashid maidin, mahupon abdullah cd memang menentang untuk kemerdekaan, tujuan mereka tu, tapi chin peng lain! dia memang nak mengkomuniskan malaya masa tu, dia ada perjanjian dengan british. force 136 siapa yang bekalkan senjata mulanya untuk tentang jepon? british lah, tapi bila jepon menyerah, british baru sedar kesilapan dia bagi senjata pada chin peng! chin peng memang komunis pure. kenyataan org yg sokong chin peng adalah racist! perkauman yg kuat! bunuh org melayu, jadi jgn cerita pasal 13 mei lar wahai org yg baru menetap kat sini. Ingat sri lanka dahulu yg dikenali sebagai ceylone adalah maju, penduduk tamil yg kastanya paling rendah adalah pendatang ke sri lanka.. apa jadi? 30thn ltte menentang memporak perandakan negara yg mereka tumpang, musnah ekonomi. jadi jgn nak salahkan kejadian yg lepas disebabkan org melayu. dan kepada melayu tali barut, lebih baik anda jgn jadi islam! teman orang perak. penyair dari gunung harap buka kan lagi fakta tentang sejarah kita. yg lain tak nak dengar mereka adalah buta. tak reti membaca dan mengikut ulama politik!

penyair dari gunung said...

Aku Melayu Pattani Bro!!! Aku sokong zambry bukan kerana keterunan. Thanx to ANON & TJ @ SR

Anonymous said...

Salam ziarah.

View Profile: Rantong™