Wednesday, July 29, 2009

MENCARI DAMAI....


Salam...


Mengimbas kembali apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini bermula dengan peristiwa 8 Mac 2008 dimana senario politik Malaysia menyaksikan perubahan dimana BN kekurangan kerusi di Parlimen dan kehilangan beberapa negeri. Selepas itu kita juga dihidangkan dengan menyaksikan peralihan pucuk pimpinan dimana Pak Lah melepaskan jawatan sebagai PM dan di ganti oleh DS Najib.


13 Feb. 2009 Perak yang sebelum ini dikuasai PR telah kembali kepada BN apabila 3 ADUN telah mengisytiharkan BEBAS dan menyokong BN. Bermula dari itu, mahkamah telah menjadi perhatian seluruh dunia. MB Perak bertukar tangan beberapa kali.


Kemudian kita juga dikejutkan dengan kematian Teoh di bangunan SPRM. Sehingga hari ini siasatan masih dijalankan untuk mencari punca kematian beliau. Belbagai andaian dan persepsi didengari. Ahli-ahli politik mengambil kesempatan diatas penderitaan orang lain.


Begitu juga dalam tempoh ini beberapa siri PRK telah berlaku. Hampir kesemuanya BN tewas kecuali di Batang Ai, Serawak.


Kes Anwar Ibrahim juga mendapat perhatian luas. Sehingga ke hari ini kesnya masih ditangguhkan. Saiful menuntut pembelaan dilakukan dengan segera.


Nik Aziz beberapa kali bermain dengan isu perpaduan. Namun sehingga hari ini ia masih gagal untuk direalisasikan.


Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku disekeliling kita mungkin tanpa kita sedar atau pun tak ambil kisah.


Kesimpulan dari apa yang berlaku dapat kita lihat sebenarnya inilah sebuah nilai yang perlu dibayar dari kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. BN bukanlah sebuah parti yang sempurna. Banyak kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Begitu juga PAS. Apa yang berlaku hari ini sebenarnya mahu mengingatkan PAS dan UMNO tentang soal tanggungjawab yang masih belum dilaksanakan.

PAS dan UMNO sebenarnya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada agama. Apa yang aku maksudkan ialah soal kefahaman. UMNO gagal memahamkan rakan dalam kompunen seperti MIC dan MCA tentang soal agama Islam. Begitu juga PAS yang sepatutnya menjadi tunggak utama dalam PR. Maka tidak hairanlah bangsa lain yang bukan beragama Islam menentang apa saja yang berkait dengan Islam yang sebenar kerana mereka tiada kefahaman tentang Islam.

Hari ini kita sudah tidak yakin kepada qhada dan qhadar. Orang Islam yang mengepalai penentangan dengan apa yang berlaku. Perak bertukar pemerintah, kematian Teoh dan bermacam perkara lagi sedangkan Islam jelas menyatakan semua yang berlaku itu adalah dengan ketentuan dan keizinanNya. Walaupun sedetik terfikir dalam pemikiran kita namun tanpa izinNya ianya tidak boleh berlaku.

Allah itu maha segalanya. Kembalilah keyakinan kita kepadaNya, Insyaallah kita akan dapat kedamaian dan perdamaian...dan menikmati erti DAMAI

1 comment:

Anonymous said...

Benar. Semuanya benar. Sedih ~ sebenarnya kita sebagai anak cucu daripada datuk nenek moyang kita dahulu sekarang sedang dimangsakan oleh sistem yang selama ini diyakini betul dan tidak boleh berpisah dengan kefahaman diri. Ianya telah menjadi seperti darah dengan daging.

Hanya segelintir sahaja berjaya melihat ~ kerana mereka itu dicelikkan ~ darah itu telah begitu lama menjadi nanah bersedia untuk meluluhkan daging yang telah reput dan busuk.

Yang buta atau tidak dicelikkan mengatakan bahawa itu bukan nanah tetapi darah. 'Jangan tabur fitnah' kata mereka kepada yang celik.

Apabila mereka bersendiri di malam hari, terasa sakit sengal seolah sendi sukar menyokong untuk berdiri. "Ah....vitamin ada, mungkin aku kurang vitamin" namun jauh disudut hati ia tahu ada sesuatu yang sedang terjadi pada tubuhkan kerana dirinya terasa semakin lemah.

PAS dan UMNO sama sahaja. Satu kononnya berjuang untuk Melayu sedangkan bangsa Tionghua yang untung, satu lagi kononnya berjuang untuk Islam sedangkan ramai yang melangkah terus di dalam kesesatan.

___

Berebut-rebut mesjid menggajikan al Hafiz untuk menjadi imam solat terawih. Hanya kerana mereka menghafal dan sesetengahnya mempunyai suara yang lunak bukan menentukan bahawa mereka layak untuk memimpin jemaah di dalam ibadah solat.

Bayaran untuk mereka juga agak tinggi. Lagi ramai al Hafiz yang digajikan, jawatankuasa mesjid merasa itu satu pencapaian dan kejayaan besar.

___

Tua ini ada tiga.
1. Tua Bangka
2. Tua saja
3. Tua yang dituakan.

Carilah Tua yang dituakan untuk menjadi imam, itu lebih afdhal. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.


TJ @ SR