Thursday, July 23, 2009

PENING,PENING....

Semalam aku jumpa seorang kawan yang baru balik dari kedai motor, katanya pergi renew roadtax. Yang sedihnya dia bagitau insuran kenderaan dah naik 50%. Apa yang aku fikir, Apakah yang ni juga termasuk sebagai 'hadiah' 100 hari DS Najib jadi PM?

6 comments:

najamarine said...

yeke kerajaan yg naikkan..atau puak2 agent insurans ni amik kesempatan..

tak reti aku...roadtax kete ngan moto aku mati sept ni..sakit la kalau dah naik 50%....org beraya sakan,aku raya menangis sebab duit abis kat roadtax je...

Anonymous said...

inilah apa dia rakyat didahulukan.apa2hal rakyat susah didahulukan .majeriti yang empunya motosikal rakyat susah.dah lah naik motor pun susah kalau hujan kena cari tempat berteduh'klu terlanggar lubang jatuh.takkan ini pun nak bagi tahu klu nak berniaga pun carilah berniaga yang tak meyusahkan org.terutama org2 yg. dah cukup susah tak reti2 lagi.

Anonymous said...

tak bukan nak berniaga.nak megurangkan org. bermotosikal sebab kadar kematian bagi penungang motosikal sangat tinggi terutama dimusim perayaan.dan megurangkan mat rempit.supaya ramai2 buat hutang beli kereta.adakah ini alternative yg. terbaik?

A.M.A.R.A.N Dari Gunung said...

Memang kena buat gitu supaya rakyat akan terus membenci kerajaan. Pemimpin UMNO pula banyak sangat silat nya. Nu tak boleh, ini tak boleh. Byk songeh dan mengada pemimpin UMNO ni.

Anonymous said...

Sesungguhnya Malaysia belum lagi mendapat pemimpin yang benar-benar mempunyai hati rakyat.

Pemimpin yang peka dengan tekanan dan bebanan hidup rakyat sukar di cari. Parti-parti politik sebenarnya telah menjadi institusi yang melekakan manusia. Lenyap perjuangan diri untuk membangunkan insan. Semuanya dilakukan atas kepentingan diri.

Sungguhpun FELDA dibangunkan pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu ayahanda Perdana Menteri tetapi ianya adalah saranan dan desakan dari beberapa orang pemikir. Ada di antara pemikir-pemikir yang memberi sumbangan dan mendesak supaya projek FELDA itu dijalankan ditangkap sebaik sahaja Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia. Mereka dituduh komunis. FELDA itu adalah dari acuan 'commune system' komunis. Bukan semua sistem komunis itu buruk kerana banyak juga yang Islamiknya.

Persamaan dan perkongsian sesama rakyat di ajar oleh Baginda Rasulullah.

Manipulasi institusi FELDA pada hari ini adalah bersifat Kapitalis. Tetapi itu tidak salah dari segi undang-undang negara.

FELDA juga diwujudkan pada peringkat asalnya untuk membantu orang Melayu kemudiannya telah dipolitikkan bertujuan untuk 'pecah dan perintah'.

___

Sahabat ku Penyair dari Gunung,

Pemimpin tertinggi Malaysia hari ini dan nama-nama yang bakal menggantikan mereka (sudah tersusun agendanya dan ada protokol yang perlu diikuti, cuma ramai yang tidak tahu bahawa semuanya ini mempunyai skrip yang lengkap!), jika diamati barisan pemimpin negara kita adalah berasal dari keluarga yang berada, tidak pernah merasakan beban dan perit kehidupan. Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Hisahamuddin, Dato' Mukhriz, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang lagi adalah susunan-susunan tangan ghaib yang sentiasa berada di atas sistem pemerintahan ataupun perundangan negara.

Selain dari nama-nama itu hanyalah ibarat ayam-ayam togel yang berasa gembira diberikan berbagai-bagai makanan yang baik-baik seperti gandum, jagung dll. Ini membuatkan ayam-ayam togel merasakan bahawa tuan mereka itu amat sayangkan mereka. Cuma yang tidak diketahui oleh ayam-ayam togel ini, sampai sahaja masanya menyambut perayaan i.e Hari Raya, ayam-ayam togel yang sudah gemuk, berisi dan mempunyai bulu yang cantik-cantik ini akan disembelih dan di ratah dibuat rendang dan lain-lain jenis lauk pauk untuk dicicah bersama ketupat dan lemang.

Oh...di dalam PKR memang ketara susunannya manakala di dalam PAS, pemimpin-pemimpin sibuk dan lalai membicarakan berapa kali lilitan serban dan kitab mana yang sah atau tidak sah, mana yang makruh atau yang mabrur.

Sedangkan rakyat semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Polis ~ kerja mereka adalah untuk menjaga kepentingan firma-firma insuran. Membuat sekatan jalanraya dan menahan pemandu yang tidak mempunyai 'cukai jalan'. Tanpa insuran, 'cukai jalan' tidak boleh dibeli.

Mereka menjadi penguatkuasa sistem cukai !~ sama pada zaman Perancis sebelum revolusi Perancis dan zaman orang Melayu pada zaman penjajah. Tiada apa yang berbeza.

Ah....kita belum merdeka lagi.

Beramai-ramailah kita bermohon kepada Allah supaya dilimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada kita semua supaya 'mata hati' kita celik 'minda laduni' kita jelas dan mencampakkan kita semua (yang telah sedar) ke Badr. Berjuang bersama Baginda Rasulullah.

Kematian itu permulaan kehidupan yang abadi.

TJ @ SR

love wooden shoes said...

yer..rtax dinaikkan 50%..
sy bayar utk mtor pyer..terasa jugaks r..
services tax 5% pun kena byr gaks..
xbleh mansuhkan ker..
fikir 10x la kalo nk mkn kopitiam @ fast food..

-ikhlas dr saya yg berpendapatan sederhana ni..-