Friday, September 25, 2009

PEMIMPIN IBARAT TOKONG....

Salam... Hari ni aku nak menulis soal pemimpin. Aku terpanggil untuk menulis kerana melihat kemelut yang berlaku hari ni. Pemimpin diibaratkan sebagai sebuah patung ditokong-tokong. Aku kata demikian kerana kalau kita lihat senario pada hari ini, pemimpin sebenarnya diangkat oleh pengikut. Mana mungkin seorang pemimpin jadi pemimpin kalau takde pengikut.
Pengikutlah yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan seorang pemimpin itu berada ditempatnya. Ada pengikut yang sampai taksub demi memastikan pemimpinnya naik keatas. Tak kurang juga pengikut yang sanggup bergadai nyawa kerana seorang pemimpin.
Mungkin ada pengikut sanggup memutuskan hubungan keluarga kerana pemimpin. Ada juga yang bercerai berai kerana pemimpin. Jiran tak bertegur sapa kerana pemimpin. Ada yang sampai berhutang dengan AhLong kerana pemimpin.Pendek kata banyak pengorbanan pengikut demi untuk menaikkan seorang pemimpin.
Kalau kita lihat patung ditokong, dibuat cantik-cantik. Diwarnakan dengan pelbagai warna, rupa yang bermacam. Ada yang mata besar, ada yang perut besar, ada yang banyak tangan dan belbagai lagi dan akhirnya orang yang buat patung ni sembah dan puja patung ni sebagai tuhan.
Inilah yang berlaku dengan pemimpin hari ni. Diangkat dengan berbagai cara. Diletakkan pada satu tahap yang cukup tinggi, diberi pangkat, kemewahan dan belbagai lagi tapi akhirnya pemimpin hanya untuk disembah. Ramai pengikut yang nak jumpa pemimpin pun kena appointment. Pengikut tidak dilayan dan macam-macam lagi...

No comments: